
Soalan 38: Statistik Kes Jenayah 13 IPD Johor
NO. SOALAN: 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA: TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ]
TARIKH : 2 APRIL 2014
RUJUKAN : 6584
SOALAN:
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai jadual statistik terperinci kes jenayah keganasan dan harta benda dengan perinci seperti kes rogol, bunuh, ragut dan sebagainya yang berlaku di Johor menurut 13 lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) dari tahun 2008 hingga 2014.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Pihak polis mengkategorikan statistik jenayah kepada dua bahagian iaitu jenayah bukan indeks (Non Index Crime) dan jenayah indeks (Index Crime). Bagi statistik jenayah indeks pula ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i) Jenayah Kekerasan:- melibatkan bunuh, rogol, samun berkawan bersenjata api, samun berkawan tanpa senjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, mencederakan;
ii) Jenayah Hartabenda:- melibatkan kes curi, curi motokar, curi motosikal, curi van/lori/jentera berat, curi ragut, dan pecah rumah & curi.
Statistik jenayah indeks bagi Kontinjen Johor mengikut daerah Polis bagi tahun 2008 sehingga 2014 (Januari) seperti berikut:-
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·






