Pertanyaan-pertanyaan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-13 [KLUANG]

Parlimen Malaysia

Soalan-soalan lisan

1. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membentangkan kertas putih terhadap incident MH370 di parlimen berdasarkan “Cabinet Note” yang diberi oleh pemangku Menteri Pengangkutan pada 14 Mei 2014. Berapakah kos yang telah dibayar dalam misi search and rescue dan anggaran kos yang akan dibelanjakan pada tahun yang akan datang?

2. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan status projek Keratapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan apakah pertimbangan kerajaan dalam menentukan jajaran HSR mengikut koridor pantai barat KL – Seremban – Melaka – Muar – Batu Pahat – Nusajaya? Bilakah kementerian akan mengumumkan feasibility studies yang dikatakan sudah siap pada tahun 2013 kepada orang awam?

3. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

a) syor-syor laporan nahas bas Genting Highland pada 21 Ogos 2014 yang telah dilaksanakan oleh Kementerian dan SPAD.

b) Adakah Menteri mengambil keputusan untuk merombak semula sistem pemeriksaan kenderaan bermotor yang kini diswastakan kepada PUSPAKOM di mana kelemahannya telah dikenalpasti oleh Panel Bebas tersebut?

c) Berapakah jumlah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang telah dibelanjakan sejak penubuhan. Nyatakan perbelanjaan secara terperinci mengikut laluan bas (bus route).

4. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama syarikat perunding yang telah dilantik dan kos perundingan yang dibayar untuk mengkaji dan merancang projek Bus Rapid Transit yang dilaporkan dalam laporan ETP 2013. Bilakah laporan feasibiliti akan diumumkan kepada orang ramai dan apakah sasaran bilangan penumpang setelah BRT siap dibina?

5. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
a) Apakah purata bilangan warganegara Malaysia dan bukan Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor dan Jambatan Linkedua setiap hari dari Johor Bahru ke Singapura, dari tahun 2008 ke 2013?

b) Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor memandangkan peningkatan warga Malaysia bekerja di Singapura sejak kebelakangan ini.

6. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes yang dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk pemintasan email, telekomukasi dan pos mengikut pecahan ahli politik, suspek jenayah dan orang awam pada tahun 1998 hingga 2014.

7. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk mengelakkan catuan air yang telah berlaku pada Mac 2014 di Malaysia (termasuk Kluang) daripada berulang menjelang fenomena El-Nino tahun ini. Dari segi jangka panjang, nyatakan langkah-langkah mitigasi kerajaan dalam menangani masalah keselamatan air (water security) ekoran fenomena perubahan iklim secara terperinci mengikut badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.

8. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan sedia ada dan berpotensi yang telah hilang dari Malaysia, terutamanya di Kluang, akibat ke-tidakcukupan bekalan air.

9. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kerajaan bercadang menggandikan Cawangan Khas PDRM dengan Organisasi Perisikan Keselamatan dan Jenayah seperti di Australia, di mana organisasi tersebut menerima pengawasan Parlimen dan di-kawalselia oleh undang-undang yang jelas.

10. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah prosedur dan jangka masa untuk pembunuhan banduan setelah hukuman mati dijatuhkan dan rayuan dan pengampunan ditolak. Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman mati.

Soalan-soalan Bertulis

11. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI menyatakan dengan terperinci keluasan tanah pertanian untuk tujuan tanaman kontan sahaja mengikut negeri dan daripada jumlah tersebut, berapa peratuskah tanah yang tiada geran?

12. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan perkembangan kajian synchrotron di Malaysia. Apakah kajian yang telah dihasilkan tentang synchrotron oleh Agensi Nuklear Malaysia. Jikalau tidak, adakah kementerian bersedia untuk mengupah pakar asing untuk mengendalikan synchrotron?

13. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan senarai nama bandar-bandar / negeri-negeri yang telah menjalin hubungan Bandar Berkembar (Twin City / Sister City) dengan bandar-bandar negara asing. Apakah inisiatif-inisiatif yang telah dan bakal diambil oleh Wisma Putra dalam melaksanakan City Diplomacy?

14. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan hasil kerjasama dengan agensi-agensi nuklear antarabangsa oleh Agensi Nuklear Malaysia (AKM) yang berkaitan dengan penjana kuasa nuklear dan fusion reactor secara terperinci. Berapakah terbitan sains 347 pengkaji AKM telah dilakukan dari tahun 2008 hingga 2013?

15. En Liew Chin Tong [KLUANG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah jururawat, pegawai perubatan, pegawai perubatan biasa dan bilangan katil di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang. Adakah bilangan kakitangan perubatan dan katil ini memenuhi piawaian negara dan antarabangsa khususnya piawaian World Health Organisation.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More