
MB Johor diseru jelaskan maklumat akaun yayasan-yayasan perbandaran kepada rakyat
- 15 July 2014
- Uncategorized
Kenyataan media Ahli Parlimen Kluang dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong di Kluang pada 14 Julai 2014
Pada 28 Jun, Menteri Besar Johor Dato Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata satu peratus daripada jumlah pendapatan 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dicarumkan kepada yayasan PBT masing-masing.
Beliau juga berkata sumber dana yayasan itu pula bukan sahaja diperoleh daripada hasil PBT berkenaan, tetapi boleh juga diperoleh daripada sumbangan orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat korporat.
Caruman tersebut akan dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (EXCO Johor) negeri masing-masing, di mana ia dikatakan akan digunakan untuk tujuan kebajikan dan bagi “meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat”.
Oleh kerana caruman tersebut terdiri daripada hasil cukai rakyat Johor, atas dasar akauntabiliti, saya menyeru kepada Menteri Besar untuk mengumumkan secara terperinci maklumat mengenai caruman ini, khususnya staf upahan, butir-butiran dan kegunaan yayasan-yayasan.
Menurut kenyataan rasmi Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada 6 Julai 2014 (Lampiran surat YPK), Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor telah memutuskan bahawa Bazar Ramadhan Kluang adalah dikendalikan oleh EXCO Johor Hj. Md. Jais Hj. Sardi yang menyandang sebagai Pengerusi Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) dan ADUN Mahkota di bawah Parlimen Kluang.
Dalam lawatan di Bazar Ramadhan Taman Makmur, Kluang, saya diberitahu bahawa penjaja-penjaja hanya membayar RM200 sebagai sewa satu tapak untuk sumbangan bubur lambok kepada 10,000 orang penduduk tempatan.
Sebaliknya, YBK mengenakan bayaran sebanyak RM1,700 terhadap penjaja-penjaja Bazar Ramadhan Kluang yang terletak di bandar Kluang. Ini tidak termasuk lagi caj-caj tambahan. Bayaran tersebut telah menimbulkan sesetengah aduan penjaja bahawa sewaan terlalu mahal.
Kegunaan hasil sewaan tapak bazaar tersebut juga tidak didedahkan oleh Md.Jais dan tidak diketahui oleh orang ramai.
Justeru itu, saya menyeru Khaled Nordin dan Md. Jais jelaskan maklumat, staf upahan, butir-butiran dan kegunaan yayasan-yayasan kepada orang ramai untuk tujuan ketelusan dan kebertanggungjawapan pentadbiran.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.