Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

IMG-20150211-WA0016

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat Johor
Selasa, 11 Februari 2015

Mahkamah Persekutuan Putrajaya semalam telah mengekalkan sabitan terhadap DSAI. Hakim Mahkamah juga telah menolak rayuan sabitan bersalah DSAI seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lepas. Satu lagi sejarah hitam negara telah berlaku, mengulangi tragedi sama pernah ditanggung DSAI sebelum ini.

Pakatan Rakyat (PR) Johor inging menyatakan kekesalan di atas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Kami menganggap DSAI seorang “prisoner of conscience”.

Kami juga mengecam keputusan mahkamah yang bersifat politik di mana institusi kehakiman telah diperalatkan untuk menghalang DSAI daripada terus membawa perubahan reformasi di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Kepada DSAI, ahli keluarganya dan seluruh anggota PKR dan PR, semoga kita terus bersabar dan beristiqamah serta meningkatkan azam, komitmen bagi meneruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan, demokrasi dan perpaduan seluruh rakyat dalam negara ini.

Pakatan Rakyat Johor
“Solidariti bersama DSAI”

Hi Aminolhuda Hassan
Pesuruhjaya PAS Johor

Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Johor

Hj. Hassan Karim
Pengerusi PKR Johor

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More