
Subramaniam perlu menjelaskan sebab pencemaran kilang getah Buloh Kasap berterusan
- 17 February 2015
- Uncategorized
Kenyataan Media Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 17 Febuari 2015 di Buloh Kasap
Semalam, saya melawat penduduk di kawasan Buloh Kasap, Segamat dan mengedar buah limau serta poskad “March 2 Freedom”Anwar Ibrahim kepada mereka.
Turut bersama saya adalah Naib Pengerusi DAP Johor dan ADUN Jementah Tan Chen Choon serta Setiausaha Organisasi DAP Johor dan ADUN Bekok Lim Eng Guan.
Sepanjang lawatan, kami mendapati penduduk Buloh Kasap masih terbelenggu dengan masalah bau busuk kilang getah yang sekian lama berlarutan.
Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berjanji akan mengambil tindakan terhadap perkara ini, tetapi sehingga sekarang, penduduk tempatan masih terpaksa menahan bau busuk kilang getah setiap hari.
Menurut laporan media pada 10 April 2014, Subramaniam berkata bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan kompaun kepada kilang getah tersebut dan pemilik dihendaki memperbaiki operasi ataupun berpindah keluar daripada kawasan Buloh Kasap.
Subramaniam, yang juga Ahli Parlimen Segamat, telah berjanji akan mengambil tindakan susulan sehingga masalah bau busuk diselesaikan.
Pada 1 April 2014, saya telah membangkitkan isu pencemaran udara kilang getah Buloh Kasap dalam sesi perbahasan Parlimen, di mana walaupun berkali-kali rakyat membuat aduan mengenai bau busuk, masih tiada tindakan daripada pihak JAS.
Malah saya mencadangkan supaya JAS diperuntukkan lebih ramai pegawai penguatkuasa untuk menangani isu pencemaran alam sekitar.
Genap satu tahun telah lepas tanpa penunaian janji. Adakah janji Subramaniam tidak dapat dipercayai? Ataupun tiada tindakan susulan mengenai perkara tersebut hingga kesihatan penduduk Buloh Kasap terus diancam?
Saya minta Subramaniam tampil memberi penjelasan. JAS juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap kilang getah untuk berpindah daripada Buloh Kasap.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆

- 12 Sep 2023·
Green transition as a new investment opportunity
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.