
Penggunaan tempat awam bukan hak monopoli mana-mana parti politik
- 25 February 2015
- Institution, Johor, Social
Kenyataan Media Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 25 Febuari 2015
Di sebuah negara demokrasi yang berfungsi, penggunaan tempat awam adalah hak dan harta kepunyaan orang ramai di mana pihak berkuasa tempatan dan kerajaan hanya bertindak sebagai penjaga (“caretaker”) kepada harta awam.
Oleh itu, pihak pemerintah seharusnya mempermudahkan akses kepada harta awam supaya semua pihak termasuk parti politik pembangkang diberi peluang untuk menikmati harta awam secara adil dan saksama.
Untuk memastikan semua pihak dan rakyat Johor mendapat hak saksama dalam penggunaan harta awam, saya akan menyusuli isu halangan permit kepada aktiviti “Jom Balik Jalan Ismail untuk meraikan Tahun Baru Cina” yang melibatkan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) terutamanya Ahli-ahli Majlis MCA.
Pada 21 September 2013, Pusat Komuniti Pakatan Rakyat Kluang (KCC) telah menganjurkan Pesta Warisan Sempena Hari Malaysia dan Pesta Tanglung yang mendapat sambutan meriah lebih daripada 10,000 penduduk tempatan.
Untuk aktiviti Pesta Warisan tersebut, pihak MPK telah mengeluarkan surat rasmi “Tiada Halangan”, dan pihak penganjur juga telah membuat bayaran yang sepatutnya.
Aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dan telah mencetus penyertaan penduduk Kluang dalam pembinaan komuniti tempatan. Namun begitu, selepas aktiviti tersebut, pihak KCC tidak lagi mendapat kelulusan daripada MPK untuk aktiviti awam sehingga sekarang.
Adalah menjadi satu kebiasaan untuk MCA dan BN menghalang parti politik Pakatan Rakyat menggunakan dewan serbaguna, padang dan tempat awam lain untuk menganjurkan aktiviti.
Dalam satu sidang media yang berlangsung semalam, Ahli-ahli Majlis MCA mengatakan bahawa MPK tidak dapat meluluskan permohonan aktiviti “Jom balik Jalan Ismail untuk meraikan Tahun Baru Cina” yang berlangsung pada 18 Febuari kerana tiada permohonan dibuat kepada Pejabat Daerah Kluang oleh KCC.
Menurut kenyataan mereka, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat 1998 mengatakan sebarang kegiatan luar yang melibatkan musik, pameran dan sebagainya perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan bukannya pihak berkuasa tempatan.
Mereka juga berkata bahawa pemohonan tersebut biasanya memakan masa selama dua bulan dan mempertikaikan samada KCC berharap menyelesaikan kesemua prosedur tersebut dalam masa sepuluh hari sebelum aktiviti dilangsungkan.
Saya ingin membalas tuduhan yang tidak berasas tersebut:
1. Syarat untuk permohonan diluluskan oleh Pejabat Daerah adalah satu alasan baru selepas berjayanya aktiviti Pesta Warisan Sempena Hari Malaysia dan Pesta Tanglung. Sebelum itu setiap permohonan dikemukakan kepada PBT iaitu MPK. Ini kerana setiap permohonan penggunaan tempat awam adalah di bawah skop penguasaan pihak berkuasa tempatan, bukannya unit lain.
2. Adakah Pejabat Daerah sebahagian daripada Kerajaan BN dan bertindak memihak kepada parti tersebut (political master) ?
3. Seterusnya, KCC akan membuat permohonan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di tempat awam sepanjang tahun ini untuk memastikan sama ada Kerajaan BN akan mengubah sikap diskriminasi terhadap parti politik Pakatan Rakyat dalam permohonan penggunaan tempat awam.
Kami akan menggunakan nama KCC dan DAP—kedua-dua pertubuhan yang sah – untuk membuat pemohonan penggunaan tempat awam pada masa yang akan datang. Kami juga akan mengumumkan proses dan dokumen permohonan untuk pemeriksaan orang ramai supaya membongkar praktik diskriminasi (“unwritten rule”) anggota kerajaan.
Share this article
Related Articles


- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆

- 12 Sep 2023·
Green transition as a new investment opportunity
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.