Krisis air bakal melanda Kluang, Mersing dan daerah-daerah lain di Johor

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa krisis air bakal melanda Johor.

Penduduk Kluang telah menghadapi catuan air sejak 16 Ogos sementara Mersing pula dicatu bekalan airnya sejak empat bulan setengah yang lalu. Sejak minggu lepas, beberapa kawasan di Mersing mendapat bekalan air daripada trak, tidak lagi dari paip.

Soalnya sekarang, apa yang boleh kita lakukan? Dan sama ada Kerajaan Negeri Johor mempunyai kekuatan politik untuk mengekang kebun dan ladang haram di sekitar empangan dan fasiliti air bagi menjamin dan meluaskan kawasan tadahan air.

Cabaran utamanya ialah kebanyakan empangan di Johor adalah dikelilingi ladang sawit. Saya melawat empangan Lebam dan Sungai Layang bersama pegawai senior SAJ pada November 2015 dan kemudian empangan Congok minggu lalu, untuk menyaksikan sendiri masalahnya.

Empangan Sembrong, yang menyediakan keperluan air bagi Kluang, turut dikelilingi kebun-kebun serta ladang ternakan dan sawit. Kami malah melihat kuda sedang mandi-manda di empangan Sembrong.

Empangan tanpa kawasan tadahan adalah sekadar tangki air yang diisi hujan. Jika hujan tidak turun, atau hujan tidak turun ke kawasan empangan, maka tiadalah air untuk kegunaan orang ramai. Demikianlah sedihnya keadaan di Johor.

Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Johor dan Menteri Besar Khaled Nordin kepada satu tulisan Jackson Ewing dan Karissa Domondon bertajuk “Drought, Pollution and Johor’s Growing Water Needs”, diterbitkan Institute of Southeast Asia Studies pada 26 Ogos 2016.

Selalunya saya tidak suka membandingkan Singapura dengan Malaysia. Tapi dalam keadaan ini, perbezaan antara pengurusan air di Singapura dan Johor dalam tempoh beberapa dekad ini adalah terlalu ketara.

Tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Air kumbahan terawat (NEWater) adalah 30 peratus daripada keperluan air tawar Singapura, manakala air suling pula 10 peratus’

Kawasan tadahan air Singapura telah bertambah menjadi dua pertiga daripada permukaan bumi negara itu (daripada 11 peratus pada tahun 1970)

Sekitar 40 peratus keperluan air Singapura adalah dari Malaysia, berbanding 80 peratus sewaktu Singapura merdeka pada tahun 1965.

Saya menyeru Khaled untuk mengemukakan rancangan dengan perincian garis masa untuk memindahkan kesemua ladang sawit di sekitar empagan dan mewujudkan serta meluaskan kawasan tadahan air demi memastikan kemampanan bekalan air untuk rakyat Johor.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More