Tragedi Hospital Sultanah Aminah Yang Menyayat Hati, Agensi Penyelamat Digesa Lakukan Siasatan Tegas

Jam 9 pagi ini kita dikejutkan dengan satu tragedi mengejutkan apabila satu kebakaran teruk telah berlaku di Tingkat 2, Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kami ingin menzahirkan rasa sedih dan kesal dengan tragedi dimana ia berlaku disatu bangunan yang menempatkan orang awam dan pesakit yang sedang menerima rawatan disamping kakitangan hospital yang sedang bertugas merawat pesakit.

Kami amat bersimpati kepada mangsa dan keluarga atas bencana ini. Kami menggesa semua pasukan penyelamat untuk berganding bahu menjalan operasi menyelamatkan mangsa. Manakala semua agensi kerajaan yang lain juga perlu tampil segera dan membantu menempatkan pesakit yang terpaksa dikeluarkan ditempat sementara ini ke satu tempat yang lebih selamat.

Satu langkah segera perlu diambil oleh pihak keselamatan untuk menyiasat punca kebakaran termasuk langkah-langkah keselamatan yang seharusnya ada disetiap bangunan kerajaan.

Sekali lagi, kami berdoa agar semua mangsa dan para pesakit serta kakitangan hospital dapat diselamatkan.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More