
HSA: DAP mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja
- 27 October 2016
- Economy, Institution, Johor, Politics, Social

DAP Johor mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA). Selain itu, DAP Johor juga cadang bahawa perkhidmatan sokongan hospital konsesi Medivest Sdn Bhd untuk HSA digantung semasa siasatan, dan kalau mendapati kesalahan, semua perkhidmatan syarikat tersebut digantung dan dirunding semula.
Dalam ucapan pembahasan Belanjawan 2017 pada Rabu 26hb Oktober dan semasa mengemukakan Pertanyaan Waktu Menteri pagi ini (27hb Oktober), saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran HSA dan juga merakamkan penghargaan kami kepada para perubatan, Bomba, Polis dan semua pihak yang terlibat dalam usaha penyelamatan.
Dalam lawatan tersebut, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam dan memaklumkan kepada beliau tentang harapan DAP bahawa siasatan terhadap HSA boleh dijalankan oleh pihak bebas dan berkewibawaan.
Kejadian kebakaran HSA boleh berlaku di hospital mana-mana sahaja dan boleh juga berlaku kepada sesiapa sahaja. Adalah penting kita mempelajari pengajaran tragedi ini dan tidak mengulanginya.
Kebakaran kali kedua pada petang 26hb Oktober menujukkan bahawa bangunan-bangunan hospital kita belum selamat lagi.
Soalan yang saya kemukakan pada Pertanyaan Waktu Menteri pagi ini adalah berikut:~
TUAN LIEW CHIN TONG (Kluang) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:
(a) adakah Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA).
(b) Selain daripada HSA, pemegang konsesi perkhidmatan sokongan hospital Medivest Sdn. Bhd. terlibat dalam urusan berapa hospital, jumlah kos kontrak, adakah perkhidmatan syarikat tersebut akan digantung semasa siasatan.
Menteri Kesihatan Subramanian tidak datang ke Parlimen kerana beliau sedang menghadap Tuanku Sultan Johor. Jawapan dibaca oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahya adalah seperti berikut:~
(a) Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS);
(b) Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Bidmedikal (BEMS);
(c) Perkhidmatan Linen dan Pendobian (LLS);
(d) Perkhidmatan Pengurusan Sisa Fasiliti Kesihatan (HWMS);
(e) Perkhidmatan Pembersihan (CLS); dan
(f) Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti.
Kementerian tidak bercadang untuk menggantung perkhidmatan Medivest sepanjang tempoh siasatan kerana akan menjejaskan perkhidmatan sokongan hospital di hospital berkenaan dan seterusnya akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan bagi Negeri Johor. Walau bagaimanapun, Medivest boleh dikenakan penalty atau lain-lain tindakan yang lebih tegas sekiranya didapati Medivest tidak mematuhi obligasi yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi hasil daripada laporan Jawatankuasa Siastan Bebas kelak.
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.