
Jemputan kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar agar Turun Padang ke Kilang-Kilang Penyebab Pencemaran Udara
- 15 November 2016
- Institution, Johor, Social

Saya telah membangkitkan isu pencemaran udara oleh kilang getah di Buloh Kasap dan kilang sawit di Jementah/Kebun Bahru dalam persidangan kamar khas Parlimen pada 14hb November 2016. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) diminta mengambil tindakan yang tegas demi kepentingan penduduk.
Dengan ini saya ingin menjemput Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Hamim Samuri, yang juga merangkap Ahli Parlimen bagi kawasan Ledang di Johor, bersama-sama turun padang untuk melawat kedua-dua kilang di Segamat ini. Saya juga akan turut serta.
Kilang getah milik Tetuan Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd di Buloh Kasap telah menyebabkan pencemaran udara yang membawa kepada permasalahan bau busuk dan turut memberi kesan kepada kesihatan penduduk setempat. Lokasinya dikelilingi penempatan dan jarak rumah yang terdekat dari kilang tersebut hanya 70 meter sahaja. Saya sudah beberapa kali membahaskan isu ini di parlimen, namun masalah ini masih lagi berlanjutan.
Dalam kamar khas Parlimen, Hamim Samuri juga telah mengesahkan bahawa kilang getah ini dipantau rapi kerana aduan yang kerap diterima berkaitan dengan pencemaran bau busuk. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengarahkan kilang ini supaya memasang Sistam Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) tambahan serta memastikan bahawa kawasan penstoran adalah tertutup bagi mengawal masalah bau busuk.
Manakala operasi kilang memproses sawit milik Tetuan Milik Mestika Sdn Bhd yang terletak di Jementah/Kebun Bahru, juga telah membawa masalah pencemaran udara yang sama dan menimbulkan banyak kesulitan kepada penduduk.
Kilang tersebut mula dibina pada 2014 dan sejak itu, banyak rungutan serta aduan telah dibuat oleh penduduk yang risau akan berlakunya pencemaran udara yang bakal menggugat kesihatan mereka. Lokasi kilang yang dibina adalah sangat berhampiran dengan tempat tinggal penduduk.
Menurut ADUN Jementah – Tan Chen Choon, kilang tersebut telah dibina tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Tangkak (MDT) dan Jabatan Alam Sekitar Johor. Bahkan MDT telah membawa pemilik kilang ke Mahkamah Sesyen pada bulan Mac 2015 atas kesalahan membina bangunan kilang tanpa kebenaran mengikut Akta Jalan Raya, Perparitan dan Binaan 1974. Walau bagaimanapun, pemilik kilang telah membuat rayuan di NRE dekat Putrajaya.
Berpandukan jawapan balas pada sesi dialog yang pernah dijalankan antara penduduk dan pihak kilang pada 21hb Ogos 2016, pegawai dari JAS Muar telah menyatakan bahawa NRE telah meluluskan rayuan oleh pihak kilang namun tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.
Menurut respon Hamim Samuri di kamar khas Parlimen, JAS di bawah NRE telah mengeluarkan surat menyatakan tiada halangan terhadap tapak cadangan dengan syarat ianya memenuhi langkah-langkah kawalan seperti pemasangan teknologi pencegahan pencemaran.
Alasan bahawa kebenaran diberikan oleh JAS adalah berasaskan kepada keperluan jarak penampan sekurang-kurangnya 500 meter seperti yang ditetapkan di dalam Guidelines for the Siting and Zoning of Industries and Residential Areas dan keberkesanan teknologi kawalan pencemaran. Pihak JAS akan menarik balik lesen tersebut sekiranya pihak kilang tidak menenuhi syarat-syarat yang dikeluarkan dan komitmen yang telah dipersetujui.
Namun begitu, saya menyarankan agar Timbalan Menteri sendiri turun padang untuk mendengar permintaan penduduk setempat yang berasa bimbang dengan kesihatan mereka. Timbalan Menteri perlu ingat, penduduklah yang akan sentiasa memikul beban dan berhadapan risiko dari ancaman pencemaran.
(Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Kluang merangkap Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pada 15hb November 2016.)
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022ยท
Ending low pay

- 2 Jul 2022ยท
๐ง๐ต๐ฒ ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐: ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ผ๐ป
Join Us
Letโs build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.