Bajet Najib berkempen untuk pilihanraya dengan wang rakyat – Jelaskan butir dana gelap JPM

Ucapan Parlimen (Bahagian I) Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 30hb Oktober 2017

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri Najib Razak menggelarkan Bajet 2018 sebagai “ibu segala bajet”. Sebenarnya, tujuan paling penting Bajet 2018 adalah untuk memberikan kuasa kepada Najib untuk mengukuhkan kedudukan politik beliau.  

Bajet 2018 adalah “ibu segala bajet” dari segi perbelanjaan yang mencecah RM 280 bilion, berbanding dengan RM 260 bilion pada tahun 2016 dan 2017, iaitu kenaikan RM 20 bilion.

Berbanding dengan perbelanjaan pada 2010 (bajet pertama Najib sebagai Perdana Menteri), ia  hanya RM 190 bilion.  Ini bermakna Bajet kali ini mencatatkan kenaikan 67 peratus.

Jumlah Perbelanjaan Bagi Tahun 2010 hingga 2018

Jumlah Perbelanjaan Bagi Tahun 2010 hingga 2018

Walaupun jumlah Bajet 2018 bertambah RM 20 bilion, jumlah peruntukan Pembangunan tidak pula bertambah berbanding dengan tahun 2017, iaitu kekal di RM 46 bilion. Dari segi peratusan, hanya 16 peratus.  Ia yang paling rendah dalam sejarah kita. Peruntukan Pembangunan pada tahun 2010 ialah 27 peratus.

Perbandingan Bajet Dengan Perbelanjaan Sebenar Bagi Tahun 2010 hingga 2018

Perbandingan Bajet Dengan Perbelanjaan Sebenar Bagi Tahun 2010 hingga 2018

Namun, jumlah peruntukan pembangunan yang diumumkan tidak semestinya perbelanjaan yang sebenar. Sebagai contohnya, peruntukan pembangunan bagi tahun 2016 berjumlah RM50 bilion, tetapi jumlah yang dibelanjakan hanya RM 42 billion sahaja. Ke manakah baki RM 8 billion?

Hal-hal ini akan mengakibatkan projek-projek menaik taraf jalan raya, hospital dan sebagainya mungkin berhadapan dengan kesukaran. Tetapi dalam keadaan yang terhad sebegini pun, Jabatan Perdana Menteri mengambil sejumlah 26 peratus daripada keseluruhan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan berbanding hanya 8.1 peratus pada 2008.

Jabatan Perdana Menteri akan menerima sejumlah RM17.43 bilion peruntukan dari Bajet 2018 di mana perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing RM5.2 bilion dan RM12.21 bilion. Jumlah ini adalah terlampau besar, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk kementerian-kementerian lain seperti pendidikan, kebajikan, dan kesihatan, tidak diberikan peruntukan secukupnya.

Kebanyakan peruntukan pembangunan untuk JPM adalah ‘Dana gelap’. Dana semacam ini tidak wujud sebelum ini selain di era pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri dan untuk tujuan kepentingan survival politik beliau.

Dana Gelap (Slush Funds) Jabatan Perdana Menteri

Butiran20172018
00104Penyusunan Semula Masyarakat300,000,000
00108Program Pembangunan297,000,000363,000,000
71000Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan118,589,800114,623,000
93000Projek-projek Kecil
93500Projek Khas775,712,600572,404,900
93600Projek Mesra Rakyat792,000,000804,000,000
97000Dana Fasilitasi1,500,000,0003,284,000,000
Jumlah (RM)3,483,302,4005,438,027,900

 

Hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan bagaimana dana gelap ini hendak dibelanjakan. Dengan jumlah yang begitu besar, rakyat tidak tahu apa yang Perdana Menteri buat.

Dana gelap bagi tahun 2018 telah ditambah sebanyak RM2 billion berbanding dengan tahun 2017. Perincian perbelanjaan ini tidak dikemukakan kepada ahli-ahli Parlimen, jauh sekali ke pengetahuan rakyat.

Menerima hakikat bahawa institusi Parlimen itu sendiri telah dicengkam dan dilemahkan fungsinya oleh parti pemerintah sejak sekian lama, perbelanjaan-perbelanjaan melibatkan item-item yang tidak jelas di bawah Jabatan Perdana Menteri ini tidak dapat disemak apatah lagi diaudit oleh mana-mana badan berwajib. ‘Dana gelap’ adalah istilah paling tepat untuk menjelaskan perkara ini.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More