
Liow Tiong Lai kini hanya ulang pembohongan UMNO-PAS
- 18 December 2017
- National

Ucapan Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di majlis makan malam DAP Kluang Baru di Kluang pada 17 Disember 2017.
Presiden MCA Liow Tiong Lai kini hanya berperanan sebagai jurucakap bagi hubungan de facto UMNO-PAS dengan mengulang semula pembohongan jahat yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang – bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menurut Liow, negara akan terjejas sekiranya Kit Siang menjadi perdana menteri dan menuduh pemimpin veteran DAP itu sebagai ahli politik yang tidak berprinsip yang bermain isu perkauman
“Hanya beliau yang tahu jika beliau ada cita-cita menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Bagi saya beliau adalah ahli politik yang tidak boleh dipercayai dan akan menjejaskan keharmonian antara kaum,” kata Liow selepas menghadiri acara komuniti di Paloh di Kluang Sabtu lalu.
Kenapa Liow merendahkan diri sendiri untuk menjadi budak suruhan Najib dan Hadi?
Selepas PRU 2013 yang menyaksikan BN menang dengan hanya 47 peratus undi popular, Najib tahu beliau tidak akan mampu menang PRU seterusnya sekiranya perlu berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan perdana menteri, atau dalam situasi pertembungan langsung antara Pakatan Rakyat dan BN.
Bekas pakar strategi UMNO baru-baru ini berkongsi dengan saya bahawa pada 2013, unit risikan (Cawangan Khas, Unit Risikan Tentera, JASA dan yang lain) memberitahu Najib boleh menang dengan lebih 60 peratus undi popular kerana populariti peribadinya di kalangan pengundi agak tinggi, dan beliau boleh memberi kemenangan yang selesa kepada UMNO dan BN.
Menurut pakar strategi itu yang berada berhampiran Najib pada malam pilihan raya, apabila banyak hal tidak menyebelahi BN, perdana menteri dapat dilihat menggeletar dan terkejut dengan keputusan pada malam itu.
Bagi mengubah situasi, Najib perlu melakukan sesuatu yang dramatik. Dengan bantuan Yusuf Kala yang belum lagi menjawat jawatan Naib Presiden Indonesia ketika itu, Najib cuba menghubungi Anwar bagi menarik bekas timbalan perdana menteri itu dalam kerajaannya, namun telah ditolak Anwar pada Ogos 2013.
Sudah tentu, Anwar terpaksa menerima akibat daripada keengganannya itu. Setiap kali saya memikirkan tentang pemenjaraan Anwar, saya berasa begitu simpati terhadapnya dan pengorbanan yang dilakukannya bagi memastikan pakatan pembangkang kekal teguh terutama pasca PRU 2013. Ia bukan sesuatu yang mudah.
Strategi tiga sisi Najib mula kelihatan pertengahan 2014. Pertama, menyingkirkan Anwar sebagai faktor yang menyatukan pembangkang; kedua, mengumpan PAS bekerjasama dengan BN; ketiga, menggambarkan pembangkang sebagai didalangi DAP/Cina/Lim Kit Siang bagi menaktkan pengundi Melayu yang menyokong pembangkang.
Dengan menyingkirkan Anwar dan mengumpan PAS, Najib cuba memberitahu kepada pengundi Melayu yang membuat pertukaran undi agar perlu kekal menyokongnya tidak kira betapa rasuah pentadbirannya. Beliau cuba menang tanpa bertanding.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara selepas rayuannya ditolak Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. Secara langsung telah menyebabkan tiada watak yang menyatukan pembangkang.
Pada Mac 2014, UMNO mula menyogok isu hudud/RUU355 bagi menarik penyokong teras PAS. Ia juga adalah ketika Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak begitu setuju dengan Langkah Kajang PKR yang bertujuan mengetengahkan semula Anwar sebagai pemimpin utama.
Ketika Najib melawat Hadi di hospital pada penghujung Jun 2014, dengan restu Hadi, idea kerjasama UMNO-PAS mula berputik. Presiden PAS itu memainkan peranan dalam mengeruhkan krisis Menteri Besar Selangor pada Ogos dan September 2014, dan dari awal 2015 mengambil sikap terhadap DAP sebagai musuh nombor satu bagi menjustifikasikan peralihan sokongan kepada UMNO.
Pada 5 Oktober 2014, ketika saya berdebat dengan Pengerusi MCA Kluang Gan Peng Sieu di ibu pejabat akhbar Sinchew, saya menjangkakan “MCA akan menjadi rakan sekutu de facto PAS apabila tiba masanya.”
Hari ini, MCA bukan saja rakan sekutu de facto PAS, presiden MCA kini malah mengulangi pembohongan Hadi Awang bahawa Lim Kit Siang bercita-cita menjadi perdana menteri dan akan menjejaskan negara.
Saya berasa lega apabila rakyat Malaysia dapat melihat strategi kotor Najib. Meski menempuh pelbagai cabaran, Pakatan Harapan berjaya ditubuhkan dan memberi semangat baru untuk perubahan kerana pemimpin-pemimpin di dalam PAS yang enggan menyertai politik taksub parti itu telah keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara, sementara pemimpin dalam UMNO yang enggan terlibat dengan kleprokrasi Najib membuat keputusan untuk keluar dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang seterusnya memberi pilihan kepada rakyat Malaysia.
Bagi Liow dan MCA, permainan politik mereka yang sebelumnya sudah sedia teruk kini bertambah parah. Tidak lama lagi mereka akan cuma tingga sebagai nota kaki dalam sejarah.
Share this article
Related Articles


- 12 Sep 2023·
Green transition as a new investment opportunity

- 6 Sep 2023·
Greater Johor Bahru as the second metropolitan
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.