Undi-18 perlu didaftar sebelum PRU15

DR 1/2020 RUU PERBEKALAN TAMBAHAN (2019) 2020 – Bahagian 1

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang menurunkan had umur pengundi dari umur 21 tahun kepada 18 tahun dan Dewan Negara telah meluluskannya pada 25 Julai 2019. Pindaan ini satu era baharu bagi sistem demokrasi pilihan raya yang meraikan penyertaan anak muda dalam proses membuat keputusan terpenting dalam negara. 

Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri pada 9 September 2020, penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, sekitar 6 juta hingga 7 juta orang akan menambahkan jumlah pemilih kepada 22 juta orang menjelang Julai 2021. 

Tetapi, terdapat dua isu yang perlu dipercepatkan oleh kerajaan dalam pengurusan daftar pemilih. Pertama, keperluan untuk membenarkan pemilih 18 tahun untuk mengundi pada PRU15 akan datang. Kedua, pelaksanaan  pendaftaran secara automatik masih lagi tidak dilaksanakan. 

Membenarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk berdaftar sebagai pengundi pada hari ini adalah lebih efektif berbanding ia dilakukan serentak dengan pelaksanaan pendaftaran automatik. Ia membolehkan beberapa orang anak muda yang layak mengundi terlibat dengan proses pilihan raya pada PRU akan datang.  

Saya percaya membenarkan mereka yang berumur 18 tahun dan layak mengundi dapat menjadi ‘Game Changer’ kepada budaya politik Malaysia, daripada politik perkauman kepada isu-isu dasar yang lebih utama seperti pekerjaan, kesihatan, pendapatan dan mobiilisasi sosial.  

Pihak SPR boleh mempertimbangkan memperluas kategori pos bagi pengundi Sarawak dan Sabah yang tinggal di luar negeri. Normal Baharu yang kita hadapi hari ini memerlukan pendekatan yang lebih selamat dan pragmatik dalam membuang undi. Pengundi Sabah Sarawak perlu diberikan ruang untuk melaksanakan tugas mereka meskipun tidak berada di dalam negeri. 

SPR perlu mengkaji Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundi Pos) 2003. Ia adalah setimpal dan memudahkan pengundi luar negeri mengundi, memandangkan anggota keselamatan dan pegawai media dikategorikan sebagai pengundi pos dibawah peraturan ini.

Ucapan ini telah disampaikan di Dewan Negara pada 21 Sep 2020 (Rujuk Bahagian 2 di sini)

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi