Mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Johor (2021-5-10)

Mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Johor yang dijalankan pada 10 Mei 2021 melalui Zoom telah membuat 4 keputusan yang berikut:

1. Sdr Liew Chin Tong, Sdri Teo Nie Ching, Sdr Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali, Sdr Andrew Chen Kah Eng, dan Sdr Alan Tee Boon Tsong akan mewakilli DAP Johor menghadiri Majlis Pengerusi Pakatan Harapan Johor.

2. Sdri Teo Nie Ching, Sdr Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali dan Sdr Andrew Chen Kah Eng akan mewakili DAP Johor dalam Jawantankuasa Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Johor.

3. DAP Johor akan menubuhkan Biro Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Peladang Kecil yang diketuai oleh Sdr Chew Chong Sin. Ia berperanan sebagai saluran mengumpul pandangan daripada para pengusaha/peniaga untuk penggubalan polisi PKS (SME). Biro ini juga akan membantu PKS dan peladang kecil menghadapi cabaran transformasi dan peningkatan produktiviti.

4. Sdr Ho Bao Kheong dilantik untuk mengetuai Unit Tindak Johor yang bermatlamat untuk membantu Bangsa Johor apabila berlakunya kecemasan (seperti banjir, ribut, wabak penyakit dan sebagainya). Unit Tindak Johor adalah di bawah kawal selia Setiausaha Organisasi Negeri.

Andrew Chen Kah Eng
Setiausaha Negeri DAP Johor

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi