

Sepucuk surat yang diviralkan di alam maya menunjukkan bahawa YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah melantik 16 Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) yang terdiri daripada ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk menjalankan tugas di semua kawasan ADUN Pembangkang berkuatkuasa pada 26 April 2022.
Menurut laporan media pada 27 April 2022, YAB Menteri Besar berkata, โLantikan yang dibuat buat sementara waktu ini adalah untuk memudahkan urusan di kawasan pembangkang terutama dalam aspek pengagihan bantuan.โ
Urusan pengagihan bantuan yang disebut oleh YAB Menteri Besar patut dijalankan oleh ADUN pembangkang yang dipilih oleh rakyat di setiap kawasan dan tidak perlu melalui Penyelaras Barisan Nasional. Kami yakin semua wakil rakyat mampu mengendalikan pengagihan bantuan.
Penyelaras Barisan Nasional mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk bekerjasama dengan ADUN Pembangkang, bukannya melangkaui peranan ADUN pilihan rakyat.
Atas prinsip dan semangat dwipartisan, semua kemudahan dan jemputan ke majlis-majlis serta mesyuarat rasmi kerajaan untuk Penyelaras Barisan Nasional harus diperuntukkan dan dipanjangkan kepada ADUN-ADUN pembangkang.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan dan MUDA Negeri Johor mencadangkan dua langkah yang boleh diambil oleh YAB Menteri Besar Johor bersama Penyelaras Barisan Nasional untuk kebaikan rakyat Johor iaitu:
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ: ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐๐๐จ๐ก ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป๐ด ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ง๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต (๐๐ง๐ฃ๐) ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐-๐บ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ.
ADUN-ADUN Pembangkang yang dipilih oleh rakyat Johor bertanggungjawab untuk memastikan setiap maklumat, kerja lapangan, dan masalah rakyat disampaikan secara terus dan rasmi kepada JTPD.
Penyertaan ADUN-ADUN pembangkang dalam JTPD, termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Daerah, dan mesyuarat rasmi yang lain, akan memudahkan usaha membantu rakyat dan membangunkan Negeri Johor.
๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฎ: ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐๐๐ธ๐ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐๐ท๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐จ๐ก-๐๐๐จ๐ก ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป๐ด.
Penyelaras Barisan Nasional perlu bertanggungjawab untuk membentangkan rancangan suku tahun bagi setiap kawasan yang telah dilantik. Ini bagi memudahkan kerjasama antara Penyelaras Barisan Nasional bersama ADUN Pembangkang dalam hal pembangunan dan kebajikan negeri.
Ini juga selaras dengan hasrat ADUN-ADUN Pakatan Harapan dan MUDA untuk mengetepikan perbezaan fahaman politik, dan memberikan khidmat terbaik kepada Bangsa Johor yang telah memilih semua ADUN pada Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu.
Semua ADUN pembangkang akan menyokong usaha yang baik daripada Kerajaan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri Johor.
Demi Johor.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023ยท
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!