๐—”๐——๐—จ๐—ก-๐—”๐——๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฐ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

Semua ADUN Pakatan Harapan (PH) dan MUDA di Johor menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk mengembalikan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad, seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam.

Sokongan dwipartisan PH dan MUDA ini diharap dapat membantu kerajaan negeri mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih baik, khususnya dalam usaha menarik pelaburan ke Johor, yang akan memberi kesan positif kepada usaha memulihkan ekonomi Bangsa Johor dalam fasa endemik.

Penetapan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad, berbanding Jumaat dan Sabtu pada masa ini, juga diharap dapat menyelaraskan perbezaan cuti sektor awam dan swasta di Johor yang mempunyai waktu terhad untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ini akan memberi nilai tambah kepada kehidupan warga Johor yang seimbang dan lebih baik, dan dapat memberi impak positif kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti pekerja.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi