Stesen bas Bukit Indah sebagai terminal transit daerah Johor Bahru dengan kemudahan “Park and Ride”. 

Saya telah mengemukakan soalan di Dewan Negeri Johor mengenai status terkini perancangan pembinaan stesen bas Bukit Indah sebagai terminal transit daerah Johor Bahru dengan kemudahan “Park and Ride”.

Pelaksanaan projek ini di lot tanah bersebelahan dengan Hotel Granada Johor Bahru di Bukit Indah dijangka bermula pada tahun 2023.

Menurut jawapan daripada EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Haji Mohd Jafni bin MD Shukor di Dewan Negeri, cadangan terkini projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan tempat letak kereta 5 aras dengan 355 lot parking kereta, 39 lot parking motor dan 5 lot parking OKU. Namun, projek ini masih lagi di dalam proses cadangan reka bentuk.

Projek ini tergendala sejak pertukaran kerajaan pada tahun 2020. Saya berharap agar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan melaksanakan projek ini secepat mungkin supaya warga Johor Bahru yang berulang alik ke Singapura dapat dimanfaatkan dan masalah kekurangan tempat letak kereta yang telah lama membelenggu mereka dapat diselesaikan.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi