๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—น ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ

Dalam manifesto yang diumumkan pada pilihan raya negeri Johor Mac lalu, salah satu Ikhtiar yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional adalah โ€œreformasi politikโ€ di mana โ€œBN Johor akan terus memupuk naratif politik baharu yang matang bagi menjamin kestabilan masa depan rakyat dan negeri.โ€

Kenapa Barisan Nasional mula menggunakan frasa seperti โ€œpolitik baruโ€ dan โ€œreformasi politikโ€?

Mereka faham bahawa rakyat, terutamanya anak muda, mahukan idea baru dan politik matang.

Salah satu janji Barisan Nasional dalam bab โ€œreformasi politikโ€ adalah untuk โ€œmemperkemas sistem lantikan Ketua Kampung berdasarkan merit, prestasi dan penerimaan ramai.โ€

Selepas Barisan Nasional menang besar, Ling Tian Soon selaku EXCO Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor dari parti MCA mengumumkan pada 5 Mei bahawa MCA telah memutuskan senarai 123 orang Ketua Masyarakat Kampung Cina.

Walaupun mereka patah balik menggunakan pendekatan lama dalam proses lantikan ketua masyarakat, itulah pilihan mereka sebagai kerajaan.

Namun, Ling mengumumkan pada 2 Jun bahawa Kerajaan Negeri Johor telah memutuskan untuk memilih Ketua Masyarakat melalui sistem permohonan terbuka dan temuduga, dan bukan lagi melalui lantikan terus parti kerajaan.

Kami sambut baik pengumuman ini dan mencalonkan mantan Ketua Masyarakat Pakatan Harapan yang tekun berkhidmat demi masyarakat setempat sewaktu memegang jawatan tersebut. Mereka diterima baik oleh penduduk kampung.

Malah, ramai antara mereka terus memperjuangkan kebajikan rakyat pada tempoh PKP walaupun ditamatkan jawatan Ketua Masyarakat selepas Langkah Sheraton. Mereka yang bekerja tanpa kenal lelah demi warga setempat apabila hampir dua tahun Kerajaan Negeri Johor gagal melantik calon baharu untuk jawatan tersebut.

Ini juga adalah peluang untuk lihat sama ada Barisan Nasional Johor benar-benar bertekad untuk mereformasi ke arah politik matang.

Pengumuman senarai 120 orang Ketua Masyarakat Johor yang kesemuanya dari parti MCA membuktikan bahawa Barisan Nasional Johor langsung tidak mempunyai keazaman untuk menjayakan politik dwipartisan yang bermula daripada lantikan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat tanpa ambil kira latar politik seperti yang dijanjikan.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi