
๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ถ๐ด๐ฒ๐๐ฎ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ท๐ถ๐ฟ ๐ฑ๐ถ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ

ADUN Johor Pakatan Harapan (PH) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memandang serius bencana banjir kilat yang berlaku di kawasan Johor Bahru semalam. Banjir kilat yang sering mengancam warga Johor Bahru bukan sahaja membawa kerosakan dan kerugian harta benda tetapi juga menimbulkan tekanan kepada mereka.
Ironinya, kejadian banjir kilat ini berlaku di tengah-tengah kempen Johor Bersih 100 Hari yang dilancarkan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Insiden banjir kilat yang sekali lagi berlaku di Johor Bahru sepatutnya menyedarkan Kerajaan Negeri Johor untuk mempertingkatkan usaha tebatan banjir, perancangan pembangunan mampan dan pembersihan sistem aliran air.
Sistem perparitan yang uzur dan tersumbat telah menjadi punca bencana banjir kilat semakin buruk di Johor Bahru sehingga menjejaskan keselamatan orang awam.
Sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa, Johor Bahru sepatutnya dilengkapi sistem peparitan yang sistematik. Sistem perparitan dan saliran air di sekitar Johor Bahru perlu segera dinaiktaraf secara holistik supaya dapat menampung aliran air tinggi akibat hujan lebat, air pasang dan kesan perubahan iklim, yang semuanya dijangka akan bertambah dalam tahun-tahun yang akan datang.
Usaha penyelenggaraan sistem perparitan secara sistematik juga penting untuk mengurangkan risiko banjir yang berlaku akibat halangan aliran air. Penambahan pam baharu bagi memperkemaskan saliran air di sekitar Johor Bahru, seperti yang dicadangkan oleh MBJB, wajar dilaksanakan segera.
Insiden banjir kilat yang kerap berlaku di Johor Bahru juga membuktikan masalah iklim semakin serius. ADUN PH dan MUDA sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Masalah Iklim, Perancangan Bandar dan Luar Bandar di peringkat Dewan Negeri Johor, seperti yang telah saya cadangkan kepada Datuk Menteri Besar pada bulan Mei, dalam mencari solusi jangka panjang dan merangka Pelan Tindakan Banjir dan Masalah Iklim Negeri Johor yang efektif.
ADUN PH dan MUDA menghargai usaha MBJB dan agensi-agensi kerajaan lain yang turun ke lapangan untuk menghulurkan bantuan pasca banjir dan menjalankan kerja pembersihan. Sehubungan dengan itu, kami juga ingin mencadangkan supaya Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan, Ahli Majlis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil Kerajaan Negeri ditubuhkan sebagai unit tindak balas bencana โsingle command centreโ.
Namun, usaha mencegah banjir adalah lebih baik daripada โmengubatiโ. Kerajaan Negeri Johor perlu lebih cakna dengan masalah iklim dan bersedia mencari solusi jangka panjang. ADUN PH dan MUDA komited untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi masalah iklim dan banjir demi kesejahteraan Bangsa Johor.
(Kenyataan Media Bersama ADUN Pakatan Harapan dan MUDA Johor pada 3 Ogos 2022 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang Johor)
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023ยท
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!