๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ป ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—”๐—– ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—–๐—ฆ

Susulan penerbitan Laporan PAC berkenaan perolehan Littoral Combat Ship (LCS), Dewan Rakyat dan Dewan Negara harus dibenarkan sekurang-kurangnya sehari untuk membahas Laporan PAC, dan kerajaan, khususnya Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, perlu ditugaskan untuk menjawab dalam Parlimen.

Memandangkan sidang Dewan Rakyat berakhir hari ini, kami ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, yang merupakan mantan Menteri Pertahanan, untuk bersetuju dengan sidang khas satu hari pada awal bulan September demi mencari penyelesaian kepada isu perolehan LCS.

Kami juga akan menulis kepada Presiden Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim untuk menarik perhatian beliau supaya memperuntukkan satu hari semasa Dewan Negara bersidang dari 8 sehingga 16 Ogos untuk perbahasan Laporan PAC.

Kami mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen atas penerbitan โ€œLaporan Berhubung Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combat Ship (LCS) Bagi Tentera Laut Diraja Malaysiaโ€ yang dibentang kepada Parlimen pada hari ini.

Perolehan enam (6) buah kapal LCS yang dilaksanakan secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 bilion adalah perolehan yang paling besar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dan juga salah satu projek yang paling besar Kerajaan Malaysia.

Kontrak perolehan LCS ini yang bermula daripada 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023 bertujuan bagi meningkatkan keupayaan TLDM. Namun, sehingga kini tiada sebuah kapal LCS yang telah siap dibina.

Semasa Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, sebuah Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang telah ditubuhkan pada Mei 2018 untuk menyiasat projek-projek yang mecurigakan.

Pada 11 Februari 2020, kurang daripada dua minggu sebelum berlakunya Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan, kami berdua bersama dengan Tan Sri Ambrin Buang, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan pegawai-pegawai tinggi Kementerian telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri semasa, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Keputusan hala tuju telah dicapai pada mesyuarat tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Berikut adalah respon awal kami terhadap Laporan PAC berkenaan LCS:

Pertama, sidang khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipanggil untuk mencari penyelesaian kepada perolehan LCS.

Kedua, kami bersetuju dengan cadangan PAC bahawa โ€œLaporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysiaโ€ dinyahklasifikasikan (declassify) sepenuhnya. (Laporan PAC, Point 12.1, muka surat 168)

Ketiga, Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS oleh pihak Boustead Naval Shipyard (BNS) dinyahklasifikasikan. Pihak BNS telah melantik syarikat audit forensik Alliance IFA pada tahun 2019 bagi menjalankan pengauditan forensik sebagai usaha untuk mengenalpasti sama ada wujudnya ketirisan, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dalam perolehan LCS.

Keempat, surat mantan Panglima Tentera Laut dinyahklasifikasikan.

Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar adalah Panglima Tentera Laut pada 1 April 2008 sehingga 17 November 2015. Dalam prosiding PAC, beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM kepada KSU, lima (5) surat kepada Yang Berhormat (YB) Menteri, satu (1) kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), satu (1) surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan dua (2) kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri. Ini kerana beliau mendapati terdapat sesuatu yang luar biasa berlaku dalam proses perolehan tersebut di mana perolehan dilakukan oleh Kerajaan bagi pihak TLDM sebagai pengguna, tetapi kuasa sepenuhnya diberi kepada BNS.

Beliau berkata kepada PAC โ€œKerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, โ€œSomething is gravely wrongโ€. So, saya tidak mengeluarkan kenyataan- kenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me.โ€

โ€œDespite all the letters, despite seeing personal presentation to all those sama ada KSU, Yang Berhormat Menteri, KSN, KSP dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, we were fighting a losing battle.โ€ (Laporan PAC, Point 5.1.1 C iii, mukasurat 19-21)

Kami begitu sedih dan kecewa bahawa amaran beliau mengenai masalah yang bakal timbul diketepikan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kelima, kerajaan mesti telus menjawab Parlimen dan rakyat mengenai hala tuju projek LCS.

Kami hairan kenapa syarikat BNS pada Jun 2021 telah mencadangkan nilai kontrak ataupun order book sebanyak RM53 bilion daripada pihak kerajaan bagi tujuan mendapatkan pinjaman melalui sukuk berjumlah RM4 bilion untuk memulihkan projek LCS.

Cadangan RM53 bilion order book daripada Kerajaan adalah untuk kerja-kerja Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) untuk tempoh 30 tahun. (Laporan PAC, Point 9 A, mukasurat 153-155)

Cadangan untuk BNS diberi order book bernilai RM53 bilion untuk tempoh 30 tahun adalah tidak wajar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan pada 20 April 2022 bahawa projek LCS akan diteruskan tetapi tiada sesiapa, termasuk PAC, dimaklumkan butiran dan kaedah mendapat dana, dan juga jadual masa.

Hishammuddin dan kerajaan mesti memberi keterangan yang telus dan jelas, dan menjaminkan tiada penyelewengan dana yang akan membawa kemudaratan.

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan