
Skandal LCS – Najib perlu henti kelirukan rakyat
- 9 Ogos 2022
- Keselamatan, Politik

Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa projek LCS terbengkalai kerana kerajaan Pakatan Harapan menangguhkan projek tersebut pada September 2019.
Najib juga mengatakan bahawa projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022 kerana berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021.
Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐๐๐ฆ
Garis masa (timeline) di bawah akan membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bukan punca projek LCS lambat.
Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai:
49.12% pada ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ฒ tetapi hanya siap 39.67%;
59.35% pada ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ณ tetapi hanya siap 46.99%;
70.53% pada ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ด tetapi hanya siap 50.15%;
82.41% pada ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ tetapi hanya siap 56.39% dengan variance sebanyak -26.02%
๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ (๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ), ๐ฑ๐ฒ๐๐ฎ๐ถ๐น๐ฒ๐ฑ ๐ฑ๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ป (๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฐ๐ถ) ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ
Pembinaan kapal tempur pesisir LCS melibatkan fasa concept design, diikuti basic design, dan akhirnya detailed design. Menurut persetujuan di antara Naval Group Perancis dan kontraktor Boustead Naval Group (BNS), detailed design perlu diluluskan oleh Naval Group selaku design authority sebelum pembinaan kapal.
Fasa concept design bermula pada 4 Jun 2012 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 28 Januari 2013. Namun, ia hanya dimuktamadkan pada 24 September 2013 (kelewatan 238 hari atau 8 bulan).
Basic design mula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari 2015 tetapi hanya disiapkan sepenuhnya pada 20 Januari 2016 (kelewatan 17 bulan 20 hari).
Menurut kontrak asal, fasa detailed design sepatutnya dilaksanakan dari 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016. Namun, fasa ini berterusan sehingga hari ini dan masih belum selesai.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐น ๐๐ฟ๐ผ๐๐ฝ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ ๐ฉ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐
Bagi tujuan kawalan mutu, reka bentuk LCS yang dihasilkan oleh syarikat BNS tertakluk kepada kelulusan oleh Naval Group sebagai design authority, diikuti pemeriksaan dan pengesahan oleh Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat, seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Dalam prosiding pada 1 Disember 2020, Tan Sri Ambrin Buang telah memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) bahawa:
โ…what is glaring is pada keadaan biasa, sepatutnya kita sudah finalized the design before you sign the contract. You cannot sign the contract when you do not know what is the design. Itu menjadi masalah sehinggakan berpusing-pusing isu ini.โ (Laporan PAC, mukasurat 15)
Wakil JKSTUPKK, Guna Arulalan David juga memaklumkan PAC bahawa BNS gagal membayar hutang sebanyak RM198 juta kepada Naval Group.
Pada 27 September 2021, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datoโ Sri Muez Abdul Aziz memaklumkan PAC bahawa detailed design pada masa itu siap lebih kurang 80%. Beliau juga berkata bahawa selepas BNS menyiapkan detailed design ini, Naval Group memerlukan minima 12 bulan daripada tarikh pembayaran dibuat untuk menyiapkan pengesahan sebagai design authority (Laporan PAC, mukasurat 153-4).
Apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat pengumuman pada April 2022 bahawa projek LCS telah dihidupkan semula, apa yang sebenarnya berlaku adalah BNS diberi tempoh 6 bulan untuk mencari dana mobilisasi (mobilisation funds) untuk memulihkan projek. Dana ini akan digunakan untuk bayar Naval Group dan original equipment manufacturers (OEM) yang lain.
Memandangkan detailed design yang sepatutnya dimuktamadkan pada November 2016 hanya siap lebih kurang 80% dan Naval Group belum lagi dibayar, maka pengumuman Hishammuddin di Dewan Negara semalam bahawa LCS kapal pertama โakan siap dalam satu atau dua tahunโ langsung tidak realistik.
๐๐ง๐ค๐จ๐๐จ ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐ง๐ค๐จ๐๐จ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐ข ๐ฅ๐๐ข๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐พ๐. ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ก๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐ช๐ก๐ช๐จ๐ ๐๐ฃ ๐ค๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐ช๐-๐๐ช๐ ๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐ง๐ค๐ช๐ฅ ๐๐๐ฃ ๐ฝ๐ช๐ง๐๐๐ช ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐จ, ๐ฅ๐ง๐ค๐๐๐ ๐๐พ๐ ๐ฉ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฉ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐ช๐จ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐จ๐๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐จ๐ฉ๐๐ฉ๐ช๐จ ๐จ๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ง๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ข๐๐ ๐ฃ๐.
๐จ๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป
Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan, Mohamad Sabu mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.
Dalam tempoh kurang dari dua minggu, iaitu pada 30 Mei 2018, Mohamad Sabu mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama beliau sertai.
Kerajaan Pakatan Harapan telah cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan projek LCS. Tan Sri Ambrin Buang, Pengerusi JKSTUPPK, membentangkan laporan siasatan LCS kepada Kementerian Pertahanan pada 20 Ogos 2019. Pegawai Kementerian, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia, dan pihak kontraktor juga berusaha mencari jalan penyelesaian.
Tan Sri Ambrin Buang, mantan Menteri Mohamad Sabu, timbalan beliau Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Reza Sany, dan pegawai-pegawai kanan Kementerian memberi taklimat kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2020. Sesi ini dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang juga merupakan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Dalam mesyuarat tersebut, mantan Perdana Menteri memutuskan bahawa
Mereka yang membuat salah laku mesti dibawa ke muka pengadilan;
Pasukan pengurusan BNS dirombak;
Projek LCS dianggap sebagai projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk ganti balik dana yang disonglap.
Kementerian Pertahanan diarahkan untuk membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป
Projek LCS telah mengalami kelewatan sejak 2016. Reka bentuk terperinci (detailed design) yang sepatutnya siap pada November 2016 belum lagi dimuktamadkan sehingga hari ini. Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat keputusan mengenai hala tuju projek ini pada Februari 2020 berpandukan cadangan JKSTUPKK namun kerajaan jatuh pada bulan tersebut juga.
Jelasnya, Najib sedang cuba mengelirukan rakyat dan salahkan kerajaan Pakatan Harapan padahal beliau dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab atas kegagalan projek LCS kerana meluluskan projek ini tanpa rundingan teliti dengan pakar terdahulu.
Mohamad Sabu
Mantan Menteri Pertahanan
Liew Chin Tong
Mantan Timbalan Menteri Pertahanan
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022ยท
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besarย JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!