Perbahasan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Kami mengalu-alukan usul memohon Laporan Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) dibahaskan di Dewan Negara oleh Senator Lim Hui Ying, Senator Fadhlina Sidek dan Senator Datuk A Kesavadas Nair. Mereka telah mengemukakan usul tersebut kepada Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein diminta menjelaskan status kewangan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) dan projek LCS kepada Dewan Negara.

Sekiranya beliau benar-benar “tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan” seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media beliau, sila jawab tiga soalan berikut:

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ก๐—ฆ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ?

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat tomahan bahawa Kementerian Pertahanan di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah โ€œmembekuโ€ projek LCS selama 15 bulan untuk siasatan atau telah โ€œmembekukanโ€ projek LCS sejak September 2019. Ini adalah satu penipuan.

Projek LCS telah mengalami masalah kewangan sebelum Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kuasa.

Setakat Ogos 2019, hutang BNS dengan institusi kewangan adalah sebanyak RM 869 juta, dan hutang kepada OEM adalah RM 767 juta. Hutang-hutang lain adalah RM 102.2 juta. Jumlah hutang pada Ogos 2019 adalah sebanyak RM 1.738 billion.

Ramai sub-kontraktor dan OEM tidak lagi teruskan kerja kerana hutang. Kerajaan Pakatan Harapan tidak โ€œmembekuโ€ projek LCS.

๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—Ÿ๐—–๐—ฆ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—น ๐—ฉ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ฒ๐—น (๐—ก๐—š๐—ฃ๐—ฉ) ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต?

Kami terkejut dengan kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa sebahagian daripada dana LCS digunakan untuk membiayai hutang lapuk BNS untuk projek lama, iaitu NGPV yang bermula pada 1998 dan berakhir pada 2010 dengan โ€œrescue fundโ€ daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM 1.4 bilion tanpa sebarang penambahan peralatan mahupun scope of work.

Sebanyak RM 6.08 bilion daripada siling RM 9.128 bilion telah dibayar kepada BNS oleh kerajaan Malaysia. Daripada RM 6.08 bilion tersebut, RM 255 juta digunakan untuk menjelas hutang lapuk NGPV, RM 141 juta untuk faedah yang dikenakan kepada hutang NGPV, dan RM 349 juta untuk โ€œcost increase on design activities with NGPVโ€. Sejumlah RM 745 juta telah digunakan untuk โ€œbailoutโ€ projek NGPV.

Hishamuddin mesti jawab adakah dia bersetuju dengan Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa dana LCS boleh digunapakai untuk membayar hutang NGPV.

Adakah projek LCS dimulakan dengan tujuan untuk โ€œrollingโ€ hutang lapuk NGPV?

๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ก๐—ฆ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป โ€œ๐—ผ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ผ๐—ผ๐—ธโ€ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ธ?

Kami hairan kenapa syarikat BNS pada Jun 2021 telah mencadangkan nilai kontrak ataupun order book sebanyak RM53 bilion oleh pihak kerajaan bagi tujuan mendapatkan pinjaman berjumlah RM4 bilion melalui sukuk untuk memulihkan projek LCS.

Cadangan RM53 bilion order book daripada kerajaan adalah untuk kerja-kerja Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) untuk tempoh 30 tahun. (Laporan PAC, Point 9 A, mukasurat 153-155)

Cadangan untuk BNS diberi order book bernilai RM53 bilion untuk tempoh 30 tahun adalah tidak wajar.

PAC dimaklumkan bahawa kerajaan pada tahun 2021 hanya bersetuju untuk memberi order book selama 3 tahun. Tetapi ini pun bukan satu tindakan yang betul dan selamat.

Hishammuddin mengumumkan pada 20 April 2022 bahawa projek LCS akan diteruskan tetapi tiada sesiapa, termasuk PAC, dimaklumkan butiran dan kaedah mendapat dana, dan juga jadual masa.

Hishammuddin dan kerajaan mesti memberi keterangan yang telus dan jelas, dan jamin tiada penyelewengan dana yang akan membawa kemudaratan.

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi