๐—ง๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—ž ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—บ๐—ฏ๐—ฟ๐—ถ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ

Kami menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa mesyuarat Jemaah Menteri telah setuju untuk nyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

JKSTUPKK ditubuhkan selepas Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat pada 30 Mei 2018 mencapai persetujuan untuk melakukan siasatan terhadap tadbir urus, perolehan dan kewangan di pelbagai kementerian. JKSTUPKK juga akan mengenal pasti sekiranya berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara.

Ahli jawatankuasa JKSTUPKK adalah pakar dalam bidang perundangan, perakaunan, pengauditan dan ketenteraan manakala sekretariat terdiri daripada kalangan mereka yang berpangkat Jusa dan gred 44 ke atas yang tentunya berpengalaman dalam tadbir urus kerajaan.

Dalam tempoh lebih kurang 3 tahun, JKSTUPKK telah melengkapkan 39 siasatan yang meliputi 9 kementerian, khasnya Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Misalnya, jawatankuasa ini pernah menyiasat projek AES di bawah Kementerian Pengangkutan.

Pencapaian yang mengagumkan ini adalah hasil titik peluh Tan Sri Ambrin Buang bersama 5 orang ahli jawatankuasa dan pasukan sekretariat.

Malah, Menteri Pertahanan telah mengeluarkan surat penghargaan kepada JKSTUPKK pada 9 Mei 2019 kerana membentangkan 16 laporan siasatan ke atas isu land swap di antara bulan Mei hingga Disember 2018 yang melibatkan hampir 3,000 ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.8 bilion.

Malangnya, JKSTUPKK dibubarkan dan keseluruhan kontrak ahli jawatankuasa tidak disambung lagi selepas Julai 2021.

Adakah kerajaan berniat untuk musnahkan mekanisme semak dan imbang terhadap perbelanjaan dan tadbir urus kerajaan?

Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri untuk siarkan secara umum laporan JKSTUPKK berkenaan dengan projek LCS, kami ingin menyeru agar beliau dan kerajaan mengembalikan fungsi dan peranan JKSTUPKK dalam masa terdekat dengan Tan Sri Ambrin Buang sebagai Pengerusi untuk menjamin kesinambungan kerja siasatan.

Penubuhan semula JKSTUPKK bukan sahaja untuk meneruskan siasatan terhadap skandal LCS tetapi juga untuk membasmi masalah ketirisan dan penyelewengan wang dalam kerajaan.

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi