Apa sebenarnya LCS?

Selepas PAC bentangkan laporan tentang LCS pada 4 Ogos, Datuk Seri Najib Razak dan pasukan cybertroopers beliau sibuk lontarkan tomahan dan tulisan yang kononnya berlandaskan fakta, laporan dan data. Sampai ada hampir 10 posts dalam masa sehari. Najib memang juara Facebook.

Padahal, semua yang Najib sedang buat adalah cubaan untuk alihkan perhatian.

Panjang keseluruhan sebuah kapal LCS adalah 111m.

Padang bola sepak hanya 110m, 1m lebih pendek daripada LCS.

LCS boleh membawa 138 orang krew dan mampu berlayar selama 21 hari, menjadikannya kapal perang tercanggih TLDM.

Pendawaian dan paip sahaja melebihi 300km panjangnya.

Jangan lupa ada lagi sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil antipermukaan, sistem pelancar misil antiudara dan meriam kaliber sederhana.

Antara soalan yang paling besar sekarang, kenapa detailed design ataupun reka bentuk terperinci LCS belum siap? Menurut kontrak, detailed design patut dilengkapkan pada November 2016 tetapi sehingga hari ini pada tahun 2022, detailed design hanya siap lebih kurang 80%.

Pembinaan kapal tidak boleh bermula walaupun BNS siapkan detailed design sekarang.

Seperti yang ditetapkan dalam kontrak, detailed design yang dihasilkan oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) perlu diluluskan oleh Naval Group sebagai design authority.

Selepas itu, pengesahan juga perlu didapatkan daripada pihak Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat.

Pelik juga, kenapa BNS membeli peralatan secara pukal sebelum detailed design disiapkan dan diluluskan oleh Naval Group dan Bureau Veritas? Apa akan jadi dengan peralatan ini sekiranya reka bentuk diubahsuai?

Malah, PAC juga dedahkan bahawa 15% daripada peralatan ini sudah lapuk. Obsolete.

โ€œHullโ€ hanya sebahagian daripada pembinaan kapal LCS yang besar ini.

Detailed design yang paling penting kerana ia menentukan sama ada LCS ini boleh berfungsi. Jangan dapatkan sebuah kapal untuk pameran sahaja nanti.

Bagaimana nak sambung pendawaian? Di mana letaknya sistem pelancaran misil? Semua faktor ini perlu diambil kira.

Tanpa detailed design, janji Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa LCS siap 1-2 tahun lagi adalah janji kosong yang tidak realistik.

Kongsikan artikel ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Artikel Berkaitan