๐——๐—”๐—ฃ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—จ๐—บ๐˜‚๐—บ ๐—ธ๐—ฒ-๐Ÿญ๐Ÿฑ (๐—ฃ๐—ฅ๐—จ๐Ÿญ๐Ÿฑ)

Semua jawatankuasa negeri kini telah menubuhkan Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya bagi negeri masing-masing.

Jawatankuasa ini telah memulakan gerak kerja kempen PRU15, termasuk menjalankan pelbagai latihan dan merangka pelan strategi bagi menghadapi PRU15 yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Jawatankuasa Persediaan PRU15 DAP serta jentera parti wajib gandakan usaha bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap DAP, khususnya antara golongan Undi18.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke yang mempengerusikan mesyuarat kebangsaan berkenaan juga menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mula mengendalikan kerja persediaan menghadapi PRU15.

โ€˜Pegawai-pegawai daerah telah dipanggil SPR untuk hadir taklimat perjalanan PRU, ini tanda PRU15 semakin dekat.โ€™

Menurut Anthony, rakyat kini menaruh harapan tinggi terhadap DAP dan Pakatan Harapan kerana kami berpengalaman mentadbir negara.

Anthony juga menyeru pemimpin DAP untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu yang dihadapi rakyat, contohnya tekanan hidup akibat harga barang yang melonjak, bagi menonjolkankan keupayaan PH-DAP untuk mentadbir.

Turut hadir adalah Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP Sdr Liew Chin Tong, Naib Pengerusi Kebangsaan Sdri Teresa Kok, Timbalan Setiausaha Agung Sdr Tengku Zulpuri Shah b. Raja Puji dan Sdr Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, serta Setiausaha Publisiti Kebangsaan Sdri Teo Nie Ching.

Senarai Pengarah Pilihan Raya DAP bagi setiap negeri adalah:

Perlis: Teh Seng Chuan

Kedah: Tan Kok Yew

Penang: Lim Hui Ying

Perak: Chong Zhemin

Selangor: Ng Sze Han

Wilayah Persekutuan: Lim Lip Eng

Negeri Sembilan: Cha Kee Chin

Melaka: Cassel Krishnan

Johor: Chen Kah Eng

Pahang: Lee Chin Chen

Kelantan: Lee Yoke Pin

Terengganu: Cheong Siow Foon

Sarawak: Oscar Ling Chai Yew

Sabah: Phoong Jin Zhe

(Kenyataan Media oleh Setiausaha Jawatankuasa Persediaan PRU15 DAP, Wong May Ing)

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi