
๐๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ณ๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ธ ๐๐ก๐ฆ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ต๐ธ๐น๐ฎ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป
- 18 Ogos 2022
- Keselamatan, Negara

Pada 8 Ogos, kami telah menyeru agar Jemaah Menteri nyahklasifikasikan Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysiaโ terbitan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang, laporan pengauditan forensik projek LCS dari tahun 2019 oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) dan juga surat teguran mantan Panglima Tentera Laut.
Selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Ogos, iaitu hari Rabu yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk siarkan secara umum kedua-dua laporan disebut atas.
Laporan JKSTUPKK telah dinyahklasifikasikan semalam tetapi laporan pengauditan forensik dan surat teguran mantan Panglima Tentera Laut belum lagi.
Pengauditan forensik BNS dimulakan pada tahun 2019 seperti yang diarahkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dan laporan disiapkan pada Julai 2020, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, pengurusan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) memilih untuk melakukan pengauditan forensik bagi tahun 2010 ke 2014 sahaja.
Walau bagaimanapun, dapatan pengauditan forensik ini juga amat mengejutkan.
Melihat kelambatan dalam proses nyahklasifikasi laporan penuh pengauditan forensik, kami di sini sertakan Laporan Prosiding (Hansard) Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) bertarikh 8 Mac 2022 yang memberi butiran-butiran hasil pengauditan walaupun laporan penuh tidak dilampirkan. (Pautan di bahagian komen)
Antara pendedahan yang penting adalah:
1. Dalam muka surat 27, Encik Prabhat Kumar (Pengarah Eksekutif Alliance IFA, syarikat pengauditan) memaklumkan PAC bahawa โThey (mereka yang terlibat) had no intention to deliver the LCS project. They only want โ intent to maximise their gain which was issued even before the signing of the LOA with GOM (Government of Malaysia).โ
2. Terma dan syarat usaha sama BHIC dan Rheinmetall Air Defence AG (RAD) (kedua-dua melalui anak syarikat) untuk menubuhkan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) berat sebelah dan memihak kepada pihak RAD sehingga menjejaskan kepentingan BHIC. RAD mempunyai kuasa mutlak dalam pengurusan CAD. Keputusan ini juga menyukarkan akses kepada maklumat yang diperlukan untuk memahami butiran operasi perniagaan CAD dan menjalankan audit dalaman. Terdapat kepentingan dan tangan tersembunyi di dalam operasi syarikat di mana CAD digunakan sebagai kenderaan untuk menjalankan projek yang dikeluarkan oleh BNS.
3. Mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Nor yang merupakan Pengarah Urusan BHIC pada masa itu dan Anuar Murad sebagai Pengarah Program LCS keluarkan LOA dan VO tanpa mengambil kira pandangan dan cadangan pasukan teknikal dan komersial, tanpa berunding dengan LSC Steering Committee dan tidak sesekalipun melindungi kepentingan BHIC. Mereka bertindak seumpama mereka berdua sahaja yang berada dalam organisasi tersebut. (muka surat 22, En Prabhat Kumar mengatakan bahawa โIt is clear that in the case of the LCS programme, Anuar bin Murad sidestepped the authority of all of his subordinates, and acted in a manner as if they were only two persons in the whole organisation.โ). Ia merupakan sebuah percanggahan kepentingan secara terang-terangan di mana Tan Sri Ramli adalah pengerusi kepada LCS Steering Committee dan CAD, dan pada masa yang sama juga Pengarah Urusan BHIC.
Kesimpulannya, semakan dan analisis dokumen dan sejarah urus niaga menunjukkan penyelewengan, penipuan dan salah urus yang juga melibatkan pegawai kanan yang mengikut arahan secara buta dan tidak menaikkan red flags dalam perolehan tersebut. Pelanggaran tanggungjawab fidusiari amat jelas di situasi ini dan merupakan sebuah jenayah pecah amanah. Salah laku ini tidak akan terbongkar tanpa siasatan yang diarahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Mohamad Sabu
Mantan Menteri Pertahanan
Liew Chin Tong
Mantan Timbalan Menteri Pertahanan
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022ยท
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besarย JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!