๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ

Perdana Menteri mengumumkan penyahklasifikasian (declassification) Laporan Pengauditan Forensik berkaitan โ€œReview of the LCS Programmeโ€ selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Ogos.

Akhirnya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menerima laporan ini daripada pihak Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) pada 22 Ogos.

Kami setuju dengan cadangan-cadangan PAC bahawa Jemaah Menteri pada hari Rabu ini perlu:

1. Mengarahkan supaya Pengauditan Forensik lanjut dilaksanakan oleh BHIC ke atas projek LCS bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dan LOA dari tahun 2015 sehingga kini;

2. Memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk New Generation Patrol Vessel (NGPV) oleh BNS, Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Berkenaan dengan Enam (6) Buah Patrol Vessel (NGPV), Integrated Logistik Support dan Commercial Package Programme oleh TLDM juga harus dinyahklasifikasikan.

Sejak laporan PAC berkenaan projek LCS diumumkan pada 4 Ogos yang lalu, disusuli nyahklasifikasi dua laporan yang berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya telah mempunyai maklumat dan bukti yang mencukupi untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.

Selama ini, SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. Mereka juga menerima salinan semua laporan JKSTUPKK semasa laporan-laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan projek LCS.

Laporan JKSTUPKK berkenaan projek LCS dan projek NGPV dibentangkan kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 dan dipanjangkan kepada SPRM dengan serta merta.

JKSTUPKK juga menyiasat sebanyak 16 kes land swap dan di antaranya 12 kes didapati bermasalah. Dengan persetujuan Jemaah Menteri, Kementerian Pertahanan di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah menyahklasifikasikan semua laporan pada April 2019 dan juga memanjangkan laporan-laporan tersebut kepada SPRM.

Semasa JKSTUPKK ditubuhkan pada Mei 2018, Kementerian Pertahanan dan Jawatankuasa di bawah pimpinan mantan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dimaklumkan bahawa SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap kes rasuah kapal selam Scorpene maka Jawatankuasa Tan Sri Ambrin Buang tidak perlu menyiasat kes tersebut.

Kami kini menggesa SPRM mengambil tindakan serta merta dan jelaskan kepada Parlimen sebab-sebab kelewatan dalam siasatan, tangkapan dan pendakwaan kes-kes yang disebut atas.

Kami juga menggesa Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan dalam perolehan LCS dan mencadangkan hala tuju, penggubalan undang-undang dan tata-kelola baharu untuk mengelak pengulangan penyelewengan seperti dalam Projek LCS dan Projek NGPV.

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi