๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ธ

Apabila sejarah ditulis suatu hari nanti, bekas Perdana Menteri Datoโ€™ Sri Najib Razak akan dikenang sebagai seorang kleptokrat yang paling teruk yang mementingkan diri sendiri serta tamak haloba.

Beliau pernah berada di puncak kuasa tetapi keangkuhan dan ketamakan menjadi punca kejatuhannya sendiri, termasuk terpaksa menjalani hukuman penjara pada masa ini.

Kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen ialah pada Mac 2008. Pada bulan Jun tahun yang sama, saya menyertai Dialog Shangri-la di Singapura. Najib yang menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu sedang menunggu gilirannya untuk berucap di majlis tersebut.

Apabila saya memperkenalkan diri sebagai โ€œBukit Benderaโ€, nama kawasan Parlimen yang saya wakili ketika itu, beliau dengan tiba-tiba menyuarakan rasa syukur kepada pimpinan DAP kerana menganggap kami tidak terlalu ghairah membangkitkan isu Altantuya. Entah kenapa, Najib juga memberitahu saya bahawa beliau merupakan pemimpin untuk semua kaum. Memang terasa janggal perbualan singkat kami itu.

Pertemuan kebetulan itu membuatkan saya terasa bahawa beliau seorang ahli politik cerdik yang sedar kes Altantuya merupakan beban besar baginya. Jika tidak, mengapa beliau tiba-tiba membangkitkan hal itu dengan saya sedangkan saya bukan sesiapa pun.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

Pada tahun 2008, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan Ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September. Tetapi tiada apa-apapun berlaku. Sebaliknya, suara Anwar itu menjadi ancaman terhadap pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini dipergunakan oleh Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendesak Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan.

Setelah tertekan, pada 17 September 2008, Abdullah terpaksa melepaskan portfolio kewangan yang sangat diidamkan oleh Najib. Tidak cukup dengan itu, seminggu kemudian, Najib dan Muhyiddin sekali lagi berjumpa dengan Abdullah yang bersetuju untuk berundur pada April 2009.

Antara beberapa hal yang baik di zaman Abdullah ialah tahap kebebasan media yang agak berbaik berbanding era sebelumnya. Kritikan terhadap kerajaan yang disertakan dengan fakta boleh diterima asalkan Perdana Menteri tidak dikritik.

Era kebebasan terhad itu tidak lama usianya. Pada awal tahun 2009, kekangan kembali dikenakan. Contohnya, Astro menghentikan beberapa rancangan bual bicara yang sangat popular sejurus sebelum Najib mengambil alih tampuk pemerintahan.

Dengan menuduh kelemahan Abdullah yang tidak tegas terhadap pembangkang dan NGO seperti Bersih yang menyebabkan kuasa BN terhakis dalam PRU 2008, Najib membawa Malaysia kembali ke zaman kuku besi.

Malah, sejurus sebelum mengambil alih tampuk kuasa, Najib selaku Timbalan Perdana Menteri melancarkan rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan mendorong beberapa wakil rakyat untuk melompat parti. Krisis ini bolehlah dikatakan sebagai โ€œraptaiโ€ untuk Langkah Sheraton pada tahun 2020.

Ada juga kalangan UMNO yang berpendapat Abdullah boleh menghalang kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah, Perak dan Selangor pada Mac 2008 sekiranya beliau membentuk kerajaan perpaduan Melayu di antara UMNO dan PAS.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang amat menyetujui cadangan itu tetapi dibantah keras oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih berprinsip dan berintegriti.

Bantahan Nik Aziz berjaya menangguhkan kerjasama rasmi UMNO-PAS selama satu dekad, sehinggalah Mursyidul Am PAS tersebut meninggal dunia, dan selepas selesai PRU 2018.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Najib sudahpun menunjukkan taringnya. Beliau bukan seorang demokrat kerana sikapnya yang suka mengekang kebebasan media serta enggan menghormati mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat. Malah, Najib sanggup memperkotak-katikkan PAS demi kepentingan dirinya. Setelah menjadi Perdana Menteri, terserlah segala sifat buruknya.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ

Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak berprinsip, tidak mempunyai falsafah kepemimpinan, malah tiada wawasan yang kukuh. Beliau hanya mahu duduk di tampuk kuasa.

Antara ciri kepemimpinan beliau yang dapat dilihat ialah:

๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป โ€œ๐—ฐ๐—ฎ๐˜€๐—ต ๐—ถ๐˜€ ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ดโ€

Saya pasti semua orang menyedari sifat Najib ini. Beliau sedar rakyat tidak peduli atau sayang denganya, malah beliau tiada karisma atau berwawasan. Beliau juga sedar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim lebih popular berbanding dengannya.

Oleh itu, untuk menutup kelemahan dirinya, beliau membeli sokongan parti dan rakyat dengan wang ringgit.

Najib benar-benar percaya bahawa wang boleh membeli sokongan dan kesetiaan rakyat. Beliau tidak memahami mengapa ada orang berjuang demi keadilan dan maruah tanpa mengharapkan wang ringgit.

๐Ÿฎ. ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜, ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ

Walaupun tidak banyak idea tentang pentadbiran negara, pengalaman politik Najib menyedarkan dirinya bahawa dia perlu dilihat melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Namun, beliau juga tidak yakin dengan kemampuan perkhidmatan awam Malaysia untuk melaksanakan usaha mengangkat martabat negara.

Dengan itu, beliau mentadbir melalui penasihat dan perunding. Keputusan dibuat setelah mendengar pembentangan PowerPoint daripada para perundingnya. Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah slogan kosong 1Malaysia tanpa sebarang makna yang diterimanya daripada cadangan perunding perhubungan awam.

Idris Jala yang mengetuai PEMANDU menjadi perunding โ€œdalamanโ€ yang cuba menarik perhatian pengundi. Perunding Korea W Chan Kim yang terkenal dengan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) juga dilantik sebagai perunding kepada Najib. Maka lahirlah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Yang sedihnya, antara inisiatif pertama strategi itu ialah menempatkan banduan di dalam kem tentera.

Tentulah ini menimbulkan kemarahan pimpinan tentera kerana tindakan menjadikan enam kem tentera sebagai penjara jelas menunjukkan ketidakcerdikan Najib, Idris Jala dan Chan Kim untuk memahami angkatan tentera. Mereka tidak tahu membezakan peranan Jabatan Penjara dan Angkatan Tentera.

๐Ÿฏ. ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฒ๐—ป

Najib sebagai anak bangsawan tidak memahami keperitan hidup rakyat. Tindakannya memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai usaha untuk menutup celanya selepas merompak tabung negara jelas menunjukkan beliau gagal memahami masalah teras ekonomi yang dihadapi negara.

Rakyat marhaen tidak membayar cukai pendapatan kerana gaji dan pendapatan mereka berada di strata paling bawah, malah tidak mencapai had pendapatan bercukai minimum. Yang sepatutnya kerajaan lakukan ialah meningkatkan pendapatan rakyat, dan bukannya mengenakan cukai terhadap semua rakyat termasuk golongan miskin.

Najib menjadi tokoh yang dibenci apabila GST dilaksanakan pada April 2015, yang kebetulan bertembung pula dengan kejatuhan harga petrol global yang mendorong beliau untuk memotong peruntukan belanjawan persekutuan secara besar-besaran pada 2015 dan 2016.

Dalam keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat, Najib dengan selamba mengajak rakyat supaya mengurangkan makan nasi dan beralih kepada bijirin quinoa. Bagi menjaga kesihatan, katanya.

๐Ÿฐ. ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

Najib dan isterinya Rosmah Mansor memerintah negara seolah-olah mereka akan menongkat langit buat selama-lamanya.

Mereka tidak peduli dengan undang-undang, peraturan, dan norma kehidupan. Sudahlah mereka melanggar undang-undang dengan terang, malah mereka tidak pernah peduli untuk menutup atau melindungi jenayah masing-masing.

Kes SRC yang menghantar Najib ke penjara menjadi contoh kegilaan itu. Najib sedar untuk membeli sokongan, dia memerlukan wang tunai dalam akaun banknya untuk dikeluarkan dengan cek yang ditandatangani atas namanya sendiri untuk pengikutnya dari UMNO dan BN.

Sudah tentu ini meninggalkan jejak wang yang kembali kepada Najib. Beliau dan isterinya hidup dalam khayalan kerana menyangka mereka kebal daripada undang-undang.

๐Ÿฑ. ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜, ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป

Najib menggunakan kesemua jentera kerajaan yang ada padanya untuk melakukan kezaliman kepada lawannya. Senarai panjang mereka yang telah diancam nyawa atau dikenakan tindakan undang-undang kerana mendedahkan skandal 1MDB tidak perlu lagi diulang di sini.

Muhyiddin, sewaktu bersama Pakatan Harapan, pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau diekori pegawai Cawangan Khas selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015.

Bukan itu sahaja, Najib juga telah memenjarakan Anwar Ibrahim, saingan utama politiknya.

Pada malam PRU 2018, Najib menghubungi Anwar dua kali melalui panggilan telefon. Mungkin ketika itu beliau menyesal dengan keputusannya memenjarakan Anwar pada 2015 kerana pemenjaraan Anwar membuatkan pembangkang bersatu tenaga melawan Najib.

Pada 9 Mei 2018, Anwar masih ditahan sebagai banduan di pusat kesihatan kerajaan di Cheras. Najib cuba memujuk Anwar untuk bekerjasama dengan UMNO atas andaian bahawa Pakatan Harapan tidak cukup kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Tanpa disangka, Pakatan Harapan berjaya memenangi 113 kerusi dan sekaligus meraih majoriti mudah di Parlimen yang mempunyai sejumlah 222 kerusi.

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ

Apabila Najib mula memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009, UMNO bukan lagi sebuah kuasa politik yang ditakuti. Pada 2008, pembangkang berjaya mematahkan penguasaan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Pembangkang juga berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor, selain mengekalkan Kelantan. Pada pilihan raya yang sama, pembangkang berjaya mendapat 49% undi popular manakala BN memperoleh 51%.

Seharusnya ia menjadi petanda kepada Najib mereformasikan UMNO-BN. Sayangnya, beliau lebih ghairah untuk menghancurkan pembangkang dengan usahanya mengukuhkan pemerintahan satu parti/gabungan.

Namun, usahanya tidak begitu membuahkan hasil. Pada 2013, BN hanya menang tipis di bawah kepimpinan Najib, di mana ia menerima 47% undi manakala Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS ketika itu menerima 51%.

Persempadanan kawasan pilihan raya yang tidak seimbang atau gerrymandering telah membantu BN memegang lebih banyak kerusi walaupun dengan undi yang kurang.

Namun, Najib masih berdegil.

Dalam pemerintahan hampir sedekad Najib, tidak ada satu pun percubaan untuk meminda Perlembagaan, yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau tidak berniat langsung untuk berunding dengan pembangkang.

Sedangkan selepas era Najib, pindaan Perlembagaan berlaku tiga kali selepas tahun 2018; pertama untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun dan mewujudkan pendaftaran pemilih secara automatik, kedua untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai โ€˜wilayahโ€™, dan ketiga ialah usaha terbaru untuk meluluskan undang-undang anti lompat parti.

Walaupun terdapat perbincangan antara wakil-wakil Najib dan Anwar di antara Mei dan Ogos 2013 untuk meneroka peluang kerjasama antara dua pihak, ia tidak pergi jauh.

Hal ini kerana tidak ada kemahuan politik di pihak Najib untuk bekerjasama dengan pembangkang di Parlimen.

๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ

Pertama, menolak keluar Anwar daripada sifir politik, sekaligus menghapuskan ancaman Anwar sebagai calon perdana menteri alternatif.

Kedua, menarik PAS ke pihak UMNO melalui platform perpaduan umat Islam.

Ketiga, menggambarkan pembangkang sebagai didominasi DAP dan kaum Cina bagi menakutkan pengundi Melayu.

Anwar telah dipenjarakan pada 10 Februari 2015, sekaligus menyingkirkan calon perdana menteri daripada pembangkang. Nik Aziz pula meninggal dunia pada 12 Februari 2015, dan ini juga menghapuskan satu-satunya halangan PAS untuk bekerjasama dengan Najib.

PAS berpecah pada Jun 2015. Golongan tegar yang lebih suka bersekutu dengan Najib telah menggulingkan golongan sederhana dalam pemilihan parti, yang kemudiannya keluar parti untuk membentuk Parti Amanah Negara.

Saya difahamkan bahawa dengan bukti yang semakin kuat tentang salah laku Najib dalam kes 1MDB yang dibocorkan, sebenarnya terdapat usaha memujuk Najib untuk bersara awal dengan menawarkan beliau pada tahun 2015 jaminan perlindungan dan pengampunan.

Kalaulah Najib menyangka dia akan dipenjarakan hari ini, tentu dia akan menerima tawaran tersebut yang bukan sahaja dapat menghalang kejatuhan UMNO dan BN tetapi juga melindungi dirinya sendiri.

Namun, Najib dan Rosmah tidak peduli semua itu kerana sudah amat selesa di tampuk kuasa, dan merasakan tiada siapa boleh mengancam kedudukan mereka.

BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak pada 7 Mei 2016. UMNO juga memenangi dua pilihan raya kecil serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016.

Walaupun Najib sentiasa tertekan dengan kebocoran dan laporan mengenai skandal 1MDB, beliau berada dalam kedudukan yang sangat selesa.

Andaian yang timbul daripada kemenangan pilihan raya kecil serentak itu ialah UMNO dan PAS yakin untuk bertanding tiga penjuru dengan Pakatan Harapan, yang dianggap akan menguntungkan UMNO.

Sifir mereka mudah sahaja. Dengan menganggap pengundi Melayu yang tidak senang dengan Najib dan UMNO akan mengundi PAS, dan selagi undi mereka tidak sampai kepada Pakatan Harapan, UMNO akan menang dan PAS boleh tumpang bersorak.

Najib mula menyusun strategi besar ini sejak Mac 2014 tetapi beliau leka dan tidak menjangka percaturan baharu lawannya.

Beliau tidak menyangka sama sekali parti-parti pembangkang akan bersatu dan kata sepakat akan dicapai di antara Dr Mahathir dan Anwar pada 14 Julai 2017. Beliau juga tidak menyangka bahawa pada 7 Januari 2018, Pakatan Harapan akan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Anwar sebagai Perdana Menteri Kelapan, sekaligus menyelesaikan isu kepimpinan dalam mendepani pilihan raya.

Najib baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau pernah menimbang untuk membubarkan Parlimen pada Ogos 2017. Memandangkan kata sepakat Mahathir-Anwar dicapai pada Julai 2017, saya rasa PRU Ogos itu pun tidak akan banyak membantu Najib.

Setiap percubaan Najib untuk melemahkan pembangkang termasuk membatalkan pendaftaran Bersatu sebelum pembubaran Parlimen, dan keputusan menetapkan hari mengundi pada hari Rabu (hari bekerja) bukan sahaja tidak membantu beliau, malah membangkitkan kemarahan rakyat pula.

Pada saat itu, bola berada di kaki Pakatan Harapan.

Semasa tempoh berkempen, saya terkejut apabila menonton ucapan Najib yang memperlekehkan perhimpunan pembangkang di Melaka dan Putrajaya yang dihadiri berpuluh ribu orang dengan mendakwa mereka merupakan orang luar yang dibawa dengan bas.

Sedangkan saya tahu mereka yang menghadiri ceramah pembangkang pada masa itu adalah penyokong tegar yang datang tanpa sebarang bayaran atau pengangkutan.

Najib juga sangat yakin untuk menang. Beliau mendakwa โ€œtahu realiti yang berlaku di lapanganโ€ dan โ€œmempunyai sokongan yang kukuhโ€. Entah siapa yang memperdayakannya, beliau dan kalangan orang kanannya amat yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.

Saya pernah mengulas pada ketika itu, Najib sudah menjadi seperti Hitler pada hari-hari terakhirnya, bersembunyi di dalam kubu bawah tanahnya tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar, dan hanya menjenguk keluar sekali-sekala; itu pun menembak tanpa kena sebarang sasaran.

๐—ก๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ-๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฐ๐—ฎ-๐—ฃ๐—ฅ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿด

Selepas kejatuhan kerajaan BN pada PRU14, Najib mungkin akhirnya sedar dia bakal dipenjarakan. Dia cuba untuk lari meninggalkan negara tetapi gagal.

Pada 30 Jun 2018, dengan sokongan Najib, UMNO telah memilih Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden baharunya. Daripada memilih kumpulan baharu untuk mereformasikan parti, UMNO terus kekal dikuasai golongan โ€œkluster mahkamahโ€ iaitu Najib dan Zahid.

Mereka tahu bahawa mereka perlu musnahkan Kerajaan Pakatan Harapan jika mereka mahu bebas dari penjara, atau lebih baik lagi, kembali memegang kuasa.

UMNO melaksanakan โ€œdasar bumi hangusโ€ untuk menekan kerajaan Pakatan Harapan. Najib pula mengambil persona baharu โ€“ โ€œMalu Apa Bosskuโ€ di Facebook sejak PRK Cameron Highlands pada Januari 2019.

UMNO yang bekerjasama dengan PAS sejak Oktober 2018 telah sama-sama melancarkan demonstrasi lawan ICERD pada 8 Disember 2018. Segala langkah mereka berteraskan kaum dan ekstremisme agama.

Najib dan Zahid mengatur serangan demi serangan terhadap Pakatan Harapan. Mereka jugalah yang memainkan peranan penting dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020. Muhyiddin yang berpaling tadah menjadi Perdana Menteri.

Matlamat Najib dan Zahid adalah untuk melepaskan diri daripada kes mahkamah. Selepas gagal mendapatkan apa yang diingini daripada kerajaan Muhyiddin, mereka berusaha pula menjatuhkan Muhyiddin.

Sejak pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021, Najib dan Zahid berjaya mencetuskan PRN di Melaka dan Johor, masing-masing pada November 2021 dan Mac 2022. Mereka juga mendesak agar PRU dijalankan dengan segera.

Kini Najib sudah dipenjarakan. Zahid tidak akan bertahan lama. Bayangkan sebaik sahaja BN tumpas dalam PRU 2018, Najib meminta maaf kepada negara, mengundur diri daripada politik, dan memohon pengampunan, pasti keadaan berbeza daripada hari ini.

๐—–๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป

Sebelum Najib masuk penjara, saya โ€œberdebatโ€ dengan beliau (atau lebih tepat lagi dengan para pentadbir Facebook beliau) berhubung isu kapal tempur pesisir (LCS). Saya sedar Najib tidak akan dan tidak mahu berubah.

Fakta tidak penting baginya. Beliau lebih suka hanya buat cerita palsu tanpa menghiraukan sama ada hantaran-hantaran media sosialnya itu akan memakan dirinya suatu hari nanti.

Saya percaya bahawa salah satu sebab mengapa LCS menjadi isu sensasi adalah kerana Najib terus โ€œmenulisโ€ mengenainya, kadang-kadang hampir 10 hantaran Facebook sehari.

Najib lebih percaya dengan para perunding yang kelihatan bijak tetapi sebenarnya tidak tahu apa-apa. Sikapnya sama seperti yang berlaku semasa zaman Idris Jala dan Chan Kim. Kini para perunding tersebut menjelma dalam wajah-wajah baharu seperti peguam Zaid Ibrahim dan Hisyam Teh. Rasanya mereka telahpun mempercepatkan kemasukannya ke dalam penjara.

Najib bukan seorang pemimpin strategik. Dia melakukan terlalu banyak kesilapan bodoh, tidak kira sama ada politik atau hal-hal lain, sepanjang hidupnya. Saya tahu masih ada orang yang berharap dia akan kembali memimpin. Bagi saya, zaman politik Najib sudah berakhir. Kita ada ramai lagi pemimpin muda di negara ini.

Liew Chin Tong

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi