Kenyataan Media Pejabat Ketua Pembangkang Johor: Kerajaan Negeri Johor perlu membentangkan dan meluluskan Enakmen Anti-Lompat Parti dalam masa terdekat

Kami, ADUN-ADUN Pakatan Harapan dan MUDA Johor, menyeru agar Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Negeri membentangkan Enakmen Anti-Lompat Parti di Dewan Negeri Johor.

Jurutulis Dewan Negeri Johor, Tuan Hj Zainal bin Eran, telah secara rasminya memaklumkan semua ADUN bahawa Sidang Dewan Negeri Johor untuk sehari akan berlangsung pada hari Khamis, 22 September 2022.

Sidang Dewan bulan September lazimnya adalah untuk meluluskan belanjawan tambahan dan usul-usul spesifik. Kami belum lagi dimaklumkan tentang agenda Kerajaan Negeri untuk sidang yang akan datang.

Memandangkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah masing-masing meluluskan Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti pada 28 Julai dan 9 Ogos, Kerajaan Negeri Johor harus mencadangkan Enakmen yang sama di peringkat negeri secepat mungkin.

Jenayah lompat parti telah menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem dan amalan demokrasi.

Dalam manifesto Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Negeri Johor pada bulan Mac lalu, salah satu “ikhtiar” di bawah bab “Reformasi Politik” adalah untuk “memperkenalkan enakmen Anti-Lompat Parti”.

Janji Barisan Nasional kepada rakyat Johor dalam PRN mesti ditepati.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan juga telah memberi jaminan bahawa semua negeri yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional akan meluluskan enakmen Anti-Lompat Parti.

Maka, kami ADUN-ADUN Johor daripada Pakatan Harapan dan MUDA, sekali lagi meminta dan menyeru Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membentangkan rang Enakmen Anti-Lompat Parti di sidang Dewan Negeri pada 22 September 2022 nanti.

Sekian.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi