

Pihak pembangkang Johor kecewa bahawa rundingan untuk mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan cadangan terhadap Enakmen Anti Lompat Parti di Peringkat Dewan Negeri Johor yang dibawa oleh ADUN Skudai Sdri Marina Ibrahim dan disokong oleh ADUN Bukit Batu Sdr Arthur Chiong telah ditolak secara majoriti dalam Dewan Negeri Johor hari ini.
Memandangkan Akta Anti Lompat Parti diluluskan di Parlimen atas persefahaman dwipartisan di antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang, ADUN-ADUN Pakatan Harapan dan MUDA Johor yakin bahawa semangat kerjasama dwipartisan dan politik matang yang sama dapat diamalkan di peringkat Dewan Negeri Johor demi kestabilan politik.
Rundingan ini juga dicadangkan bagi menggesa kerajaan negeri Johor agar segera memberi komitmen untuk meggubal Enakmen Anti Lompat Parti. Walaupun telah hampir dua bulan sejak Akta Anti Lompat Parti diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Julai yang lalu, kerajaan negeri Johor tidak mengambil sebarang tindakan malah tidak menyatakan apa-apa pendirian mengenai isu ini. Sebagai bandingan, beberapa kerajaan negeri termasuk Selangor, Sabah, Melaka dan Perak telah menyatakan kesediaan untuk membentangkan RUU Anti Lompat Parti pada sidang DUN terdekat.
Walau bagaimanapun, kami berharap agar Enakmen Anti Lompat Parti akan dilaksanakan di Johor dalam masa terdekat untuk memulihkan keyakinan Bangsa Johor terhadap sistem demokrasi kita.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022·
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!