๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—บ – ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฏ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ฎ๐˜€ ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—น

Tidak sampai dua bulan insiden banjir kilat di bandaraya Johor Bahru dan kawasan Hospital Sultanah Aminah pada 2 Ogos 2022, warga Johor Bahru terpaksa berhadapan dengan banjir kilat sekali lagi pada 25 September 2022 yang amat berisiko sehingga mengancam keselamatan warga Johor Bahru seperti apa yang berlaku kepada 14 kanak-kanak dan lima guru di sebuah tadika di Kampung Mohd Amin yang terperangkap dalam banjir. Insiden tanah runtuh juga berlaku di beberapa kawasan Johor Bahru.

Sekalung penghargaan kepada pasukan keselamatan yang telah bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir di Johor Bahru. Tetapi, Kerajaan Negeri tidak boleh teruskan sikap business as usual dalam mengatasi masalah banjir ini.

Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) digesa bertindak secara serentak dan lebih terancang dalam menguruskan isu banjir yang semakin membimbangkan rakyat warga Johor Bahru.

Berdasarkan jawapan bertulis oleh EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datoโ€™ Mohd Jafni bin Md Shukor pada sidang DUN baru-baru ini, sebanyak 183 kes banjir berlaku di bandar Johor Bahru di bawah pengurusan MBJB sejak tahun 2015 hingga Februari 2022. Dalam tempoh yang sama, sejumlah RM 41.6 juta daripada peruntukan MBJB telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah banjir.

Walaupun dengan jumlah perbelanjaan sebesar ini, kejadian banjir kilat kian buruk di sekitar Johor Bahru.

Kerajaan Negeri diminta menjelaskan setiap perbelanjaan yang telah dibuat bagi mengatasi isu banjir di Johor Bahru sebelum ini. Warga Johor Bahru berhak mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan perkembangan terkini isu banjir di Johor Bahru.

Saya pernah cadangkan pada sidang Dewan Negeri pada bulan Jun yang lalu supaya sebuah jawatankuasa dwipartisan berkenaan perubahan iklim dan perancangan bandar ditubuhkan di peringkat Dewan Negeri dalam mencari solusi jangka panjang dan merangka Pelan Tindakan Banjir dan Masalah Iklim Negeri Johor yang efektif.

Kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan iklim sedang berlaku di seluruh dunia. Kita tidak boleh lari daripada impak perubahan iklim. Semua perkiraan lama tidak lagi relevan. Taburan hujan yang dikatakan hanya terjadi 100 tahun sekali tidak lagi sah dalam konteks terkini.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada data hujan semata-matanya. Kita perlu mentafsirkan data ini dalam konteks terkini dan memperbaharui garis panduan untuk menangani masalah banjir. Langkah pencegahan dan kesiapsiagaan pengurusan banjir memerlukan pendekatan baharu. Sehubungan dengan itu, kepimpinan dan penyelarasan dari peringkat Kerajaan Negeri amat diperlukan. Kerajaan Negeri tidak boleh lepas tangan dan mengharapkan kerja-kerja di peringkat kerajaan tempatan sudah memadai tanpa penyelarasan menyeluruh.

Saya mengikuti ucapan yang disampaikan oleh setiap ADUN penyokong kerajaan dan pembangkang pada sidang Dewan Negeri bulan Jun yang lalu. Daripada 40 orang ADUN yang berucap, hanya seorang yang tidak menyentuh isu banjir. Kita dapat lihat bahawa isu banjir kian serius dana adalah isu yang merentasi kawasan dan kepartian. Banjir dalam konteks perubahan iklim memerlukan penyelesaian baharu, tindakan dan usaha yang luar biasa dengan kerjasama dwipartisan dan semua lapisan masyarakat Bangsa Johor.

Liew Chin Tong

Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi