๐—•๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ถ๐˜ ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐˜‚๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฅ๐—จ๐Ÿญ๐Ÿฑ

Sebahagian daripada calon Pakatan Harapan telah diminta untuk memohon permit untuk aktiviti walkabout sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum ke-15 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Malaysia.

Peraturan yang tiba-tiba dilaksanakan ini adalah tidak berasas kerana ia tidak pernah ada dalam apa-apa peraturan pilihan raya.

Peraturan ini bukan sahaja menyukarkan calon-calon bertemu para pengundi serta menjejaskan kelancaran kempen, ia juga membebankan pegawai serta kakitangan SPR dan PDRM dengan penambahan karenah birokrasi.

SPR dan PDRM perlu lebih komited untuk menambah baik peraturan kempen dalam PRU15, dan bukannya membebankan semua pihak.

Sebagai langkah proaktif, SPR dan PDRM perlu membatalkan segera peraturan memohon permit walkabout dalam kempen PRU15 bagi memudah dan mempercepatkan usaha calon bertemu dengan pengundi yang kian bertambah jumlah mereka di setiap kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Liew Chin Tong

Pengarah Pilihan Raya DAP Kebangsaan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi