
๐ง๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐ฃ๐๐๐ฒ๐ฟ๐ถ
- 17 November 2022
- Johor

Pilihan raya umum ke-15 kali ini bukan sekadar untuk memilih calon tetapi menentukan kerajaan baharu yang akan mentadbir Malaysia. Namun, calon juga penting bagi memastikan tugasnya sebagai wakil rakyat benar-benar memberi manfaat kepada pengundi dan warga setempat.
Selama ini kerajaan persekutuan Barisan Nasional-Perikatan Nasional hanya mengutamakan Lembah Klang sebagai kawasan metropolitan negara. Mereka tidak mempedulikan Johor Bahru yang sangat berpotensi untuk dijadikan kota metropolitan dan perkara ini perlu diberi perhatian serius sekarang.
Malaysia perlu bangkit kembali daripada kesengsaraan yang kita hadapi di bawah pemerintahan BN-PN. Inilah masanya kita memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan berwawasan yang baharu.
Apabila kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk melancarkan pentadbiran serta memudahkan usaha menjaga kepentingan rakyat.
Atas kesedaran inilah, selain menawarkan idea ke arah pembentukan kerajaan persekutuan, saya mengemukakan Tawaran Harapan Iskandar Puteri untuk warga Iskandar Puteri serta jiran-jiran kita dalam kawasan Johor Bahru. Ia boleh dilaksanakan melalui kerjasama semua pihak demi kebaikan rakyat.
๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ฒ๐ธ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ด๐ฎ๐ท๐ถ ๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐น
Setelah ekonomi Malaysia merudum di bawah pemerintahan PN dan BN, dan kedua-duanya masih bertelagah hingga ke hari ini, rakyat semakin menderita dengan kenaikan harga barang tanpa kenaikan gaji, kehilangan pekerjaan atau tiada kenaikan pangkat, serta pinjaman dan hutang serta faedah yang perlu dibayar. Pendek kata, kos sara hidup melambung naik, dan kerajaan BN-PN gagal melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Untuk langkah jangka panjang, kerajaan perlu memastikan rakyat mempunyai pekerjaan berkualiti dan gaji yang setimpal. Selain manfaat ekonomi, pekerjaan sedemikian mengukuhkan identiti, keyakinan diri dan kesejahteraan hidup seseorang individu.
Bagaimana ia boleh dilaksanakan? Dengan menggunakan teknologi, automasi dan robotik, kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing kurang berkemahiran, dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal untuk rakyat Malaysia.
Dengan pertambahan peluang pekerjaan ini di Malaysia, tentunya rakyat Johor terutama warga Iskandar Puteri tidak perlu lagi berulang-alik bekerja di Singapura. Di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang bersih, adil dan stabil, usaha ini boleh dimulakan sekarang dan hasilnya dapat dilihat dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐๐ฎ๐บ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐น๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป
Kesesakan lalu lintas semakin serius kerana ia bukan sahaja boleh mengakibatkan tekanan jiwa tetapi juga menjejaskan produktiviti. Malaysia berada di tangga kelapan dalam senarai jalan-jalan berbahaya di dunia. Ini perlu diatasi segera.
Kerajaan perlu meluaskan perkhidmatan bas dan pengangkutan awam lain untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50% rakyat mendapat akses kepada sistem pengangkutan awam yang baik. Apabila pengunaan kereta persendirian dikurangkan, ia akan mengurangkan pengeluaran karbon yang akan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Malah, apabila orang ramai kurang membeli kereta, mereka akan menjimatkan wang. Malah, beban hutang juga dikurangkan apabila tidak terikat dengan pinjamaan kenderaan.
Di Johor Bahru, jika orang awam menggunakan RTS – salah satu bentuk pengangkutan awam – dari Singapura tetapi sebaik sahaja turun, mereka terpaksa memandu kereta sendiri, kesesakan lalu lintas tetap akan berlaku. Warga Iskandar Puteri memahami masalah ini.
Menjelang tahun 2026, kita perlu memastikan seramai mungkin rakyat menggunakan pengangkutan awam yang baik termasuk yang mempunyai kesinambungan (connectivity) tepat dan munasabah. Integrasi pengangkutan awam di Johor sangat penting.
Kesesakan lalu lintas di Johor Bahru juga dapat diatasi apabila kita menubuhkan sebuah agensi tunggal untuk menguruskan operasi badan-badan kerajaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar serta di Bangunan Sultan Iskandar. Ini akan memudahkan proses lintas sempadan.
Pada masa ini terlalu banyak agensi kerajaan beroperasi secara berasingan yang melambatkan urusan termasuk pemeriksaan kenderaan dan proses imigresen yang menyebabkan kesesakan. Jika semua agensi dapat disatukan di bawah satu agensi, ia akan memudahkan pengendalian proses di samping melancarkan lalu lintas.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ
Perubahan iklim adalah masalah yang memberi kesan besar kepada semua orang. Banjir, cuaca panas dan bencana lain memerlukan usaha untuk memastikan perancangan yang lebih baik untuk kawasan bandar dan luar bandar. Bagi membina ketahanan bencana, kerajaan perlu menyediakan infrastruktur, sistem pengangkutan awam, perumahan, penjagaan kebersihan dan penebatan banjir yang lebih baik.
Sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa, Johor Bahru sepatutnya dilengkapi sistem peparitan yang sistematik. Sistem perparitan dan saliran air di sekitar Johor Bahru perlu segera dinaiktaraf secara holistik supaya dapat menampung aliran air tinggi akibat penambahan populasi, hujan lebat dan kesan perubahan iklim.
Saya bersama rakan-rakan seperjungan Pakatan Harapan komited untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan mngeri dalam usaha mengatasi masalah iklim dan banjir demi kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya warga Iskandar Puteri.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022ยท
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besarย JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!