
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ ๐ฑ๐ถ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฅ๐จ๐ญ๐ฑ

Sejak keputusan berani diambil pada pilihan raya umum 2018 untuk menjadikan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Harapan di peringkat kebangsaan, ia semakin membuahkan hasil. Johor yang satu ketika dahulu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sudah mula terbuka pintu gerbangnya untuk Pakatan Harapan sejak PRU ke-14.
Pada PRU ke-15 baru-baru ini, Pakatan Harapan dengan kerjasama Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen di Johor berbanding BN yang hanya mendapat sembilan kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. Keputusan ini amat bermakna buat Pakatan Harapan untuk meneruskan momentum memperjuangkan kesejahteraan rakyat selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu.
Kami merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi beramai-ramai pada PRU15, termasuk mereka yang pulang dari luar negeri, dan memberi sokongan padu bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan di 15 kerusi Parlimen. Keputusan ini amat penting kerana Johor telah menyumbang 15 daripada jumlah 82 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Harapan di peringkat kebangsaan.
Kebangkitan Bangsa Johor dalam PRU15 adalah satu mesej jelas bahawa rakyat mahukan kepimpinan berwibawa Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan serta pilihan majoriti di Johor.
PRU15 juga telah membuka lembaran baru ke arah politik yang lebih matang, terutamanya menjalin kerjasama antara gabungan parti, bagi membuktikan bahawa Malaysia memerlukan kepercayaan, keyakinan dan usaha sama pimpinan tanpa mengira latar belakang politik demi mengangkat kepentingan rakyat.
Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan Johor menyeru Menteri Besar YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi agar memperkukuhkan kerjasama dwipartisan di antara Kerajaan Negeri dan Pembangkang Dewan Negeri Johor dalam agenda kesejahteraan rakyat.
Pakatan Harapan Johor terbuka dan komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
Kami yakin Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri ke-10 YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyuntik perspektif baharu dalam menambah baik sistem federalisme yang lebih seimbang dan adil di antara Putrajaya dan Kerajaan Negeri, termasuk Johor. Ini dapat menyumbang kepada kebangkitan semula ekonomi, kesihatan, pembangunan dan kualiti hidup buat seluruh rakyat Malaysia.
Pakatan Harapan Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia, khasnya Bangsa Johor, yang telah melaksanakan tanggungjawab kepada negara pada hari mengundi 19 November lalu. Kami berharap semangat muhibah akan terus dipupuk demi mencipta Malaysia yang lebih makmur dan harmoni, selaras dengan semangat perpaduan Bangsa Johor.
Salahuddin Ayub
Pengerusi Pakatan Harapan Johor
Aminolhuda bin Hassan
Pengerusi AMANAH Johor
Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Pengerusi PKR Johor
Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Johor
(Kenyataan Media Pakatan Harapan (PH) Johor pada 1 Disember 2022)
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022ยท
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besarย JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!