
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ณ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฎ๐พ๐ฎ๐๐ถ๐ฑ ๐ถ๐ป๐ฑ๐๐๐๐ฟ๐ถ ๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐น
- 16 September 2023
- Uncategorized @ms

Dalam bidang ekonomi, halal bukan sekadar tentang makanan. Inilah yang saya faham daripada pemikiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau merasmikan sidang Kemuncak Halal Global. Tiga perkara penting diutarakannya.
Pertama, maqasid syariah bukan sahaja sesuatu yang penting untuk industri halal tetapi ia juga dapat membawa anjakan paradigma kepada semua sektor. Kewangan Islam bukan sahaja melibatkan penolakan riba tetapi ia juga perlu melahirkan sistem kewangan yang lebih adil dan saksama.
Dalam konteks pembangunan industri halal, pensijilan halal bukan setakat memastikan sesuatu makanan itu tidak haram tetapi memastikan ia merupakan halalan toyyiban, iaitu makanan yang mendapat pengiktrafan halal perlu bersih, berzat dan bermutu.
Halal juga bukan label semata-mata, sebaliknya ia menekankan keutamaan maqasid. Ini merupakan asas pemikiran Perdana Menteri berhubung industri halal. Semoga Kerajaan Perpaduan dapat menyusun dasar awam dan hasil ekonomi yang lebih baik berbanding pentadbiran sebelumnya.
Kedua, standard tinggi pensijilan halal Malaysia telah mendapat pengiktirafan dunia, termasuk daripada negara asing dan pengguna Islam antarabangsa. Namun, Datuk Seri Anwar mahu sijil halal tersebut dikeluarkan dengan lebih cekap dan berkesan, dan lebih penting lagi, ia perlu dihubungkan dengan program pembangunan industri yang pesat. Baginya, tidak ada gunananya jika kita tidak menggunakan kewibawaan sijil halal yang ada untuk kemajuan pembangunan industri.
Ketiga, masalah bekerja secara berasingan. Kita berharap Kerajaan Perpaduan dapat memupuk budaya kerjasama dalam perkhidmatan awam untuk memperoleh manfaat daripada pendekatan โseluruh kerajaanโ dan โseluruh masyarakatโ.
Kementerian dan agensi tidak sepatutnya bekerja secara berasingan dalam ruang masing-masing tetapi bekerjasama untuk menggalakkan pembangunan industri halal serta aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain. Perdana Menteri telah menugaskan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelaraskan pendekatan menyeluruh bagi pembangunan industri halal.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023ยท
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!