
Mikrocip adalah sumber “bahan api” yang baru, bakal bantu lonjakan kedua ekonomi Malaysia

Semikonduktor atau mikrocip kini merupakan bahan api baharu yang semakin diperlukan serta strategik berikutan perkembangan teknologi, industri dan ekonomi.
Ada dua sebab utama mengapa dunia memerlukan mikrocip.
Pertama, perkembangan pesat pengeluaran dan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sejak beberapa tahun lalu yang telah merevolusikan industri automotif turut menyebabkan mikrocip menjadi bahan yang amat diperlukan.
Kedua, teknik moden kepintaran buatan (AI) bergantung sepenuhnya kepada komputasi. Permintaan terhadap mikrocip AI berkepintaran tinggi yang semakin meningkat bukan sahaja akan terus membangunkan industri semikonduktor dari segi jumlah tetapi juga dari sudut kecanggihannya.
Wilayah utara Semenanjung termasuk Pulau Pinang, Kulim, Perlis dan Perak Utara akan mendapat faedah daripada pelaburan baharu bagi semikonduktor berteknologi tinggi ini. Ia juga akan memberi lonjakan ekonomi kedua negara apabila industri dapat menghasilkan peluang pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal kepada warga Malaysia.
Petikan ucapan saya sewaktu merasmikan Loji AT&S di Kulim Hi-Tech Park, Kedah
Kongsi artikel ini
Artikel yang berkaitan


- 16 Sep 2025·
Ketidakjaminan Ekonomi Boleh Membawa Kepada Bencana Politik

- 9 Jan 2025·