Mengukuhkan Kerjasama Ekonomi ASEAN Melalui RCEP

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merupakan perjanjian perdagangan yang terbesar di dunia. Ia merangkumi banyak negara, termasuk angota-anggota ASEAN bersama dengan China, Jepun dan Korea Selatan.

Untuk mewujudkan RCEP, ia telah mengambil masa bertahun lamanya melalui pelbagai rundingan, dan pada awalnya timbul harapan bahawa perjanjian ini akan membantu mengembangkan perdagangan Asia dan ASEAN. Namun, RCEP tidak dijadikan keutamaan yang menyebabkan perdagangan intra-ASEAN juga tidak dapat berkembang pesat seperti yang diharapkan.

Di Vientiane, Laos, saya telah menghadiri Sidang Meja Bulat Bagi Mengukuhkan Kerjasama Ekonomi Melalui RCEP.

Para peserta sidang ini bersetuju menerima pandangan Profesor Mari Pangestu, mantan Menteri Perdagangan Indonesia yang juga salah seorang peneraju utama RCEP, yang menyatakan bahawa:

•           ASEAN wajar memimpin RCEP;

•           RCEP perlu dilihat sebagai wadah pimpinan ASEAN; dan

•           Banyak lagi usaha perlu dilaksanakan untuk memperluaskan perdagangan intra-ASEAN

Sidang meja bulat ini dianjurkan oleh East Asian Bureau of Economic Research di Australian National University (ANU), dan dipengerusikan bersama oleh TYT Dr Manothong Vongsay, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Laos, dan Profesor Emeritus Peter Drysdale daripada ANU.

Laos merupakan Pengerusi ASEAN untuk tahun ini.

Saya menyuarakan pandangan bahawa anggota-anggota RCEP perlu memastikan negara seperti Laos mendapat manfaat penuh daripada perjanjian perjanjian RCEP. Bagi membolehkan negara-negara yang lewat menyertai perjanjian ini mengembangkan perdagangan mereka, dasar perindustrian perlu dilihat secara positif sebagai peralatan dasar bagi mencapai matlamatnya.

Sidang meja bulat ini memang penting kerana ia membolehkan perbincangan dan pertukaran pandangan bersama dengan penggubal dasar, pakar-pakar pelbagai bidang, dan pegawai tinggi kerajaan. Terima kasih kepada ANU dan para pegawainya yang telah menjemput saya.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengukuhkan Kerjasama Ekonomi ASEAN Melalui RCEP

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merupakan perjanjian perdagangan yang terbesar di dunia. Ia merangkumi banyak negara, termasuk angota-anggota ASEAN bersama dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Untuk mewujudkan RCEP, ia…
Baca Lagi

Perlu Anjakan Paradigma untuk Jayakan JS-SEZ

Menjunjung kasih atas titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang telah merasmikan sidang Dewan Negeri Johor. Tunku menitahkan “adalah menjadi keutamaan saya untuk…
Baca Lagi

Lonjakan Kedua Ekonomi Malaysia

Kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 adalah melahirkan kelas pertengahan orang Melayu. Momen Tun Razak Dasar yang diperkenalkan oleh Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua,…
Baca Lagi