
Bahagian Ketiga: Memahami Keadaan Politik Semasa Malaysia

๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ป๐๐
Pakatan Harapan mengadakan persidangannya di Johor Bahru pada 17 Mei 2026. Ia bertujuan menentukan hala tuju dan langkah Pakatan Harapan yang seterusnya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Kita menziarahi semula kembara politik yang telah membawa kita ke persimpangan sekarang. Tulisan saya sebelum ini mengisahkan tentang pentingnya persidangan Pakatan Harapan pada 2018.
UMNO dilahirkan di Johor, atau lebih tepat lagi, di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946. Johor juga menjadi kubu kuat Barisan Nasional untuk sekian lamanya dengan mendapat sokongan tiga kaum utama di Semenanjung.
Pada pilihan raya umum 1999 yang diadakan selepas pemecatan dan pemenjaraan Datoโ Seri Anwar Ibrahim, lebih separuh pengundi Melayu marah terhadap kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, keputusan PRU 1999 terus memihak kepada Barisan Nasional yang berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga apabila mendapat sokongan lebih separuh pengundi Cina.
Sempadan kawasan Parlimen di Malaysia adalah hasil persempadanan semula yang diadakan pada 1993 dan 2003. Walaupun persempadanan semula turut diadakan pada 2018, ia hanya menyusun semula sempadan kawasan Parlimen tanpa menambah sebarang kerusi.
Selepas PRU 1999, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menambah bilangan kerusi campuran kaum, dan ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Pada masa itu, andaiannya ialah PAS lebih berpeluang memenangi kerusi majoriti Melayu manakala DAP akan dapat menembusi kawasan pengundi Cina. Dengan itu, kerusi campuran dianggap โselamatโ untuk Barisan Nasional. Tiada siapa yang menjangka bahawa suatu hari nanti DAP dan PKR akan merampas kerusi-kerusi campuran ini daripada Barisan Nasional.
Johor memperolehi manfaat besar daripada persempadanan semula pada 2003. Di luar Semenanjung, dengan 31 kerusi Parlimen, Sarawak menjadi negeri yang mempunyai kerusi paling banyak. Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen, iaitu yang terbanyak di Semenanjung. Selangor walaupun jumlah pengundinya paling ramai, hanya mempunyai 22 kerusi.
Daripada 26 kerusi Parlimen di Johor, DAP hanya menang satu kerusi pada PRU 2008. Pada PRU 2013, dengan kehadiran Tan Sri Lim Kit Siang, DAP dan PKR memperolehi lima kerusi di Johor. Dan pada PRU 2018, Pakatan Harapan berjaya memenangi 18 daripada 26 kerusi tersebut, sesuatu yang tidak dijangka sama sekali oleh Barisan Nasional.
Pakatan Harapan memerlukan 112 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Pada sebelah malam 9 Mei 2018, Pakatan Harapan disahkan mendapat 113 kerusi – 18 daripadanya diperolehi dari Johor โ dan cukup majoriti untuk mencatatkan sejarah perubahan kerajaan di Malaysia. Jika Pakatan Harapan menang sekadar beberapa kerusi di Johor, sejarah politik Malaysia mungkin berlainan daripada apa yang kita ketahui sekarang.
Keadaan yang sama berlaku pada PRU 2022. Pakatan Harapan (bersama MUDA ketika itu) memenangi 15 kerusi di Johor manakala Barisan Nasional 9 dan Perikatan Nasional 2. Ini membuktikan betapa penting dan relevannya peranan Johor dalam politik tanah air.
Adakah Persidangan Pakatan Harapan di Johor pada 17 Mei lalu akan mempunyai impak yang sama kuatnya dengan Persidangan Pakatan Harapan di Shah Alam pada 2018 dahulu dalam menentukan masa hadapan Johor dan Malaysia? Sama-samalah kita nantikannya.
Kongsi artikel ini
Artikel yang berkaitan


- 16 Sep 2025ยท
Ketidakjaminan Ekonomi Boleh Membawa Kepada Bencana Politik

- 9 Jan 2025ยท