{"id":12263,"date":"2018-04-18T13:29:28","date_gmt":"2018-04-18T05:29:28","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=12263"},"modified":"2018-04-18T14:01:45","modified_gmt":"2018-04-18T06:01:45","slug":"mengapa-kita-lawan-najib-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2018\/04\/18\/mengapa-kita-lawan-najib-bn\/","title":{"rendered":"MENGAPA KITA LAWAN NAJIB, BN"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">KENYATAAN MEDIA oleh Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong, di Ayer Hitam pada Rabu 18 April 2018<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pilihanraya umum 2018 bukan sekadar pertandingan di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Ia juga bukan perlawanan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak. Dan tentunya ia bukan soal saya bertanding melawan Datuk Seri Wee Ka Siong di Ayer Hitam.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Yang lebih penting dalam PRU ke-14 ini adalah rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama bersatu hati, berganding bahu melawan kerajaan Najib dan BN. Kita bangun menentang salah urus tadbir, keangkuhan kuasa dan kleptorasi kerana semua ini memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sejak PRU 2013, masalah mula timbul dengan pelaksanaan GST pada 1 April 2015, kejatuhan nilai ringgit sejak Oktober 2014 dan pemansuhan subsidi secara berterusan. Ia telah menyebabkan harga barangan meningkat. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pendapatan boleh-guna rakyat terjejas dan ia memburukkan sektor kepenggunaan domestik. Ini bermakna bil bulanan yang kita bayar semakin bertambah. Kos sara hidup meningkat sedangkan gaji dan pendapatan kita masih di takok lama. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Golongan pelajar dan mahasiswa tertekan manakala ibu bapa mereka menderita terpaksa membanting tulang mencari pendapatan tambahan. Ini bermakna pendidikan tinggi di Malaysia sudah menjadi satu kemewahan yang tidak mampu dinikmati semua rakyat Malaysia.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam keadaan ini, apa yang kerajaan Najib lakukan? <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kerajaan BN bersikap angkuh dan tidak peduli. Najib tidak memahami kehidupan rakyat biasa dan tidak bersedia mengakui bahawa pengurusan ekonominya gagal memenuhi keperluan rakyat Malaysia. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila rakyat membangkitkan masalah mereka, rakyat pula dipersalahkan. Mereka dituduh malas atau tidak pandai mencari peluang. Inilah keangkuhan kuasa BN.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila ekonomi Malaysia muram, rakyat terpaksa berhijrah mencari kerja. Dalam masa tidak sampai lima tahun kebelakangan ini, jumlah rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik ke Singapura melalui Tambak Johor meningkat daripada 200,000 kepada 300,000. Kebanyakan mereka terpaksa bekerja di sektor sukar, kotor, dan bahaya yang bergaji rendah. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Malah, ada juga rakyat Malaysia yang terpaksa bekerja secara haram di United Kingdom, New Zealand, Australia dan Korea Selatan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semua ini berlaku kerana pentadbiran Najib tidak menepati janji-janjinya pada PRU13. Sebaliknya, skandal mega 1MDB serta Felda dan MARA menyebabkan beban kewangan negara teruk terjejas. Semua ini membebankan rakyat.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Saya amat memahami masalah tekanan ekonomi. Ibu bapa saya datang dari kawasan perumahan paling miskin di Kuala Lumpur. Rumah kami terletak di kawasan perkuburan di Sungai Besi. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ayah saya melibatkan diri dalam beberapa perniagaan kecil tetapi malang datang menimpa-nimpa sehingga dia pernah kehilangan semua wang simpanannya akibat krisis ekonomi. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ibu saya pula bekerja sebagai kerani yang terpaksa berhenti untuk menjaga anak selepas adik saya dilahirkan. Dia turut menjual tiket loteri untuk menyara keluarga.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh itu, saya marah dengan segelintir golongan elit, termasuk pemimpin kerajaan, yang menganggap sesiapa yang tidak berjaya dalam perniagaan sebagai orang yang kurang cerdik atau pemalas. <\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Golongan mewah ini lupa bahawa setiap kali krisis ekonomi terjadi, termasuk akibat daripada salah urus kerajaan, golongan yang paling bawah lah yang akan merasai kesan paling buruk.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh kerana pentadbiran Najib dan kerajaan BN telah gagal menangani semua masalah ini \u2013 semuanya ditimbulkan oleh mereka sendiri \u2013 masanya tiba untuk kita membuat perubahan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Inilah sebabnya mengapa kita semua melawan BN. Ia bukan sekadar Pakatan Harapan melawan BN, Ia adalah perjuangan semua rakyat Malaysia melawan pentadbiran Najib dan BN.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">LIEW CHIN TONG<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN MEDIA oleh Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong, di Ayer Hitam pada Rabu 18 April 2018 &nbsp; Pilihanraya umum 2018 bukan sekadar pertandingan di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Ia juga bukan perlawanan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":12266,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[80,122],"tags":[],"class_list":["post-12263","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-politik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12263","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12263"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12263\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12266"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12263"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12263"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12263"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}