{"id":12587,"date":"2019-03-10T10:56:48","date_gmt":"2019-03-10T02:56:48","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=12587"},"modified":"2019-03-10T21:39:20","modified_gmt":"2019-03-10T13:39:20","slug":"ucapan-pembukaan-bengkel-kertas-putih-pertahanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2019\/03\/10\/ucapan-pembukaan-bengkel-kertas-putih-pertahanan\/","title":{"rendered":"Kertas Putih Pertahanan: Persediaan untuk Cabaran Masa Depan Pertahanan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Ucapan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong di Bengkel Kertas Putih Pertahanan pada 8 Mac 2019<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bengkel ini\nmerupakan yang pertama dalam siri bengkel yang dianjurkan oleh Institut\nPertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) dan Bahagian Dasar dan Perancangan\nStrategik Kementerian Pertahanan. Siri bengkel ini merupakan sebahagian\ndaripada proses rundingan dan pembinaan konsensus bagi memastikan Kertas Putih\nPertahanan (KPP) yang dihasilkan akan memberi gambaran tepat kepada cabaran dan\npeluang yang kita sedang hadapi sekarang dan bakal akan hadapi pada10 tahun yang\nakan datang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kali terakhir versi\nrahsia Dasar Pertahanan Negara (DPN) telah disemak ialah pada tahun 2006; satu\nversi tanpa klasifikasi telah dikeluarkan pada tahun 2010 untuk kegunaan awam. Sejak\nitu, keadaan dunia telah berubah dengan begitu pantas sekali. Kemampuan siber\ntelah jauh maju ke hadapan melangkaui jangkaan dan dijangka dapat mengancam\nkestabilan rantau: China masih membangun dengan pesat, sekaligus membuktikan\ndiri sebagai kuasa besar; kebangkitan ini pula membuka peluang baru untuk\nmereka bertindak. Malah, kita berada pada penghujung zaman 30 tahun runtuhnya\ntembok Berlin pada tahu 1989; ketika tempoh sejarah tu, US merupakan kuasa\ndominan dunia; kini, dunia semakin beralih kepada sistem multipolar. Justeru, amat penting untuk mengkaji\nsemula idea asal yang menjadi asas kepada Dasar Pertahanan Negara,\nmembincangkan idea-idea ini, dan seterusnya merancang masa depan kita dengan\nrapi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dua minggu lalu, YAB\nPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan jelas menyokong proses Kertas\nPutih semasa lawatan beliau di Kementerian Pertahanan, seterusnya memberikan\nkita beberapa panduan penting; khususnya, kita perlu sedar tentang ancaman\ntransnasional yang tidak konvensional, sama ada melalui serangan siber atau\nkeganasan, industri pertahanan negara perlu berkembang supaya negara kita tidak\nperlu lagi bergantung kepada negara lain dan ejen komisen mereka, dan\nKementerian Pertahanan juga perlu mengukuhkan ketelusan perolehan dan kewangan.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti mana yang\nkita sedia maklum, panduan-panduan ini daripada Tun Mahathir telah memberi\ngambaran jelas tentang keadaan semasa hubungan antarabangsa, keselamatan dan\npertahanan. Pada masa yang sama, KPP akan menggariskan idea-idea ini sebagai\nsatu rangka prinsip dasar pertahanan kita, dan seterusnya memastikan idea-idea\ntersebut turut dilaksanakan juga. Dalam hal ini, kita berharap agar proses\nrundingan akan membina konsensus antara kerajaan dan rakyat ke arah kefahaman\nbersama mengenai pertahanan negara. Perkara ini mengambarkan pendekatan <em>\u2018whole-of-society dan whole-of-government\u2019<\/em>, selaras dengan konsep\npertahanan menyeluruh, iaitu HanRuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahan pula,\nproses ini akan mencipta ruang perbincangan antara penjawat awam dan tentera\nuntuk bertanya soalan-soalan yang kritikal tetapi amat penting mengenai masa\ndepan ketententeraan dan pertahanan negara. Hal ini sudah tentu mencerminkan\nkematangan masyarakat kita sebagai satu demokrasi melalui pembukaan ruang untuk\nidea untuk berkembang dan bertolak ansur melalui kritikan membina. Oleh itu,\natas semangat wacana tersebut, bengkel ini telah dianjurkan untuk mewujudkan perbincangan\nyang berkualiti berkenaan perkara berikut: trend global &amp; cabaran strategi\nbagi Malaysia, kerumitan dan risiko ancaman keselamatan bukan tradisional,\npendekatan dan strategi pertahanan, Angkatan Tentera masa hadapan, industri\npertahanan, sains dan teknologi, rakyat dalam pertahanan dan pelaksanaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas sekali,\nperbincangan bukan sahaja berkenaan perancangan strategi pertahanan dalam\nkeadaan peperangan, tetapi turut mengambil kira perkara lain yang boleh\nmenyumbang kepada kejayaan mempertahankan negara, seperti masa hadapan angkatan\ntentera dengan perancangan sumber yang berpandangan jauh, kebajikan anggota\ntentera dan berdikari dalam industri pertahanan. Sama juga dengan\nkepentingan perbincangan mengenai integriti dan operasi, perolehan, dan\nkewangan Kementerian Pertahanan. KPP akan memberi kerangka dan maklumat yang\nberpatutan untuk membolehkan rakyat menilai sendiri sama ada dasar dan\npelaksanaan pertahanan negara itu berjalan dengan baik, terutama sekali\nmemandangkan peruntukkan pertahanan merupakan jumlah yang begitu besar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya teringat &nbsp;akan satu pepatah daripada Presiden AS, Dwight\nD. Eisenhower: <em>\u201cIn preparing for battle,\nI have always found that plans are useless, but planning is indispensable.\u201d<\/em>\nProses rundingan dalam Kertas Putih Pertahanan sama penting dengan hasil\nperbincangan akhir yang kita sumbangkan. Tidak dinafikan, akan ada perbezaan\npendapat, tetapi kemampuan kita bertanyakan soalan-soalan ini memberi kita\npeluang yang belum kita gunakan bagi melakukan yang terbaik untuk negara kita. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ucapan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong di Bengkel Kertas Putih Pertahanan pada 8 Mac 2019 Bengkel ini merupakan yang pertama dalam siri bengkel yang dianjurkan oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) dan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan. Siri bengkel ini merupakan sebahagian daripada proses rundingan dan pembinaan konsensus bagi memastikan Kertas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":12585,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[120],"tags":[],"class_list":["post-12587","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-keselamatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12587","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12587"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12587\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12585"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12587"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12587"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12587"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}