{"id":22334,"date":"2024-11-24T12:00:00","date_gmt":"2024-11-24T04:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=22334"},"modified":"2026-05-14T14:42:52","modified_gmt":"2026-05-14T06:42:52","slug":"ucapan-perbahasan-belanjawan-johor-2025-oleh-adun-perling-liew-chin-tong-pada-24-november-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2024\/11\/24\/ucapan-perbahasan-belanjawan-johor-2025-oleh-adun-perling-liew-chin-tong-pada-24-november-2024\/","title":{"rendered":"Ucapan Perbahasan Belanjawan Johor 2025 oleh ADUN Perling Liew Chin Tong pada 24 November 2024"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sembah takzim daripada patik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Dato\u2019 Onn Hafiz Ghazi yang telah membentangkan Belanjawan 2025 dengan tema \u201cMaju Johor, Rakyat Sejahtera\u201d. Saya telah pun memberitahu beliau bahawa tema ini kena pada masa dan tempatnya kerana ia mengingatkan kita bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup, kita perlu memastikan rakyat merasai diri mereka dihargai dan dapat hidup sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani yang menekankan usaha \u201cmenaikkan siling\u201d, iaitu menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara, dan \u201cmenaikkan lantai\u201d, iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat, secara seiringan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Pekerjaan untuk warga Johor dan Malaysia<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia kini dilanda populisme, termasuk apabila Donald Trump sekali lagi dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat. Ia berlaku kerana golongan pekerja dan rakyat biasa merasakan mereka terpinggir daripada arus kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara itu. Di Malaysia, kita perlu memastikan hasil pertumbuhan ekonomi negara dapat menyediakan pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal kepada warga tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Johor, cabaran kita memang serius kerana kita berjiran dengan Singapura di mana pasaran buruh berkait rapat dan terikat antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha menghasilkan lebih banyak pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi kepada warga Johor dan Malaysia perlu dipertingkatkan agar mereka tidak perlu berhijrah ke Singapura untuk menjadi buruh asing yang murah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada kira-kira 1.1 juta warga Malaysia yang bekerja di Singapura, sebahagian besar dengan gaji kurang daripada SGD2,000 sebulan. Mereka bermotosikal setiap hari sebelum waktu Subuh and pulang lewat malam untuk merentasi Tambak Johor bagi mencari nafkah di Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, saya menyokong penuh pendekatan Menteri Besar terhadap isu gaji. Beliau telah menegaskan kepada para pengendali pusat-pusat data bahawa jika mereka boleh membayar gaji SGD4,000 sebulan kepada seorang pekerja di Singapura, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya separuh daripada gaji tersebut, atau RM7,000, kepada pekerja Malaysia yang mempunyai bidang tugas yang sama di Kulai atau Iskandar Puteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Johor akan melakukan yang terbaik bagi mengurangkan karenah birokrasi serta menambah baik usaha menyelaraskan perniagaan dan pelaburan. Sebagai balasannya, pelabur dan pihak industri perlu menawarkan pekerja dengan gaji yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, misi kita adalah untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan separuh mahir yang membayar gaji RM4,000-RM5,000 ke atas supaya mereka yang bekerja di Singapura dengan gaji tidak melebihi SGD2,000 boleh memilih untuk bekerja di Malaysia. Jika syarikat kita menggunakan automasi dan tidak bergantung kepada pekerja warga asing tanpa berkemahiran, rakyat kita tidak perlu pula menjadi pekerja asing di Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dihasilkan bagi warga Johor dan Malaysia dalam semua bidang ekonomi dan pelaburan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>JS-SEZ<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks ini, saya ingin membangkitkan tentang perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan Singapura pada awal Disember ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya menyambut baik pengumuman Menteri Besar bahawa sebuah Jawatankuasa Pilihan untuk JS-SEZ akan dibentuk dan bakal dianggotai kalangan Ahli-Ahli Dewan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JS-SEZ amat penting dalam usaha mencipta peluang pekerjaan berkualiti dengan gaji yang lebih baik. Pada satu ketika, sektor korporat biasanya berfungsi atas dasar \u201c<em>just-in-time<\/em>\u201d. Selepas pandemik Covid-19 pada 2020, pendekatannya berubah kepada \u201c<em>just-in-case<\/em>\u201d. Dengan adanya JS-SEZ, kita berpeluang untuk mewujudkan sebuah rantau gergasi bagi rantaian bekalan. Dengan rantaian bekalan yang lebih pendek dan lebih kukuh, sektor korporat dapat mengurangkan risiko (<em>de-risking<\/em>). Dengan ini, kita boleh bekerjasama untuk membina sebuah ekonomi kukuh yang menawarkan pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal kepada rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sewaktu lawatannya ke Seoul baru-baru ini, Menteri Besar telah mengadakan satu pertemuan dengan seorang profesor Korea Selatan, Dr Kuen Lee. Saya difahamkan Profesor Lee akan datang ke Johor Bahru pada 1 Disember ini. Bagi Profesor Lee, walaupun Pulau Pinang yang mula-mula sekali menceburkan diri dalam industri semikonduktor pada 1972, iaitu lebih awal daripada Taiwan yang hanya bermula pada 1980-an dan Shenzhen yang bermula pada hujung 1990-an, Malaysia masih tidak mempunyai sebuah TSMC atau Huawei. Maksudnya, walaupun sudah lebih separuh abad berkecimpung dalam industri semikonduktor, Malaysia masih tidak membangunkan teknologi sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita perlu membina teknologi Malaysia. Sewaktu pelancaran pelan Strategi Semikonduktor Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapannya untuk melihat wujudnya 10 syarikat teknologi Malaysia dengan hasil USD 1 bilion, dan 100 syarikat teknologi dengan hasil RM1 bilion setiap tahun. Kita berharap sebanyak mungkin syarikat-syarikat seperti ini wujud di Johor, khususnya melalui usaha JS-SEZ.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika JS-SEZ berjaya, model ini boleh dilaksanakan pula di sempadan Malaysia-Thailand, dan Malaysia-Filipina, atau Malaysia dan Singapura boleh menghidupkan semula idea SIJORI (Segitiga Pertumbuhan Singapura-Johor-Riau) yang melibatkan Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang pasti, sewaktu keadaan dunia dalam keadaan tidak menentu, rantaian bekalan Johor-Singapura yang kukuh memang baik untuk Malaysia dan Singapura. Membina kerjasama serantau yang kukuh adalah salah satu cara yang baik bagi menangani keadaan global semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Mobiliti<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi melancarkan pergerakan di antara Johor dan Singapura, saya berharap Kerajaan Negeri dapat menimbang idea untuk mengadakan kajian trafik rentas sempadan Johor-Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya berharap kita dapat menambah kemudahan trafik di antara Johor dan Singapura. Perkhidmatan feri patut dipertimbangkan di bahagian Barat dan Timur, termasuk feri dari Puteri Harbour dan Forest City ke Raffles Marina di Tuas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersama Konsul-Jeneral Indonesia ke Johor Bahru, Pak Sigit Suryantoro Widiyanto, baru-baru ini saya telah melawat Terminal Tanjong Belungkor untuk melihat feri penumpang dari Batam. Selain trafik ke Singapura, saya juga berharap kita dapat membangunkan lebih banyak laluan ke Indonesia untuk membina ikatan antara rakyat serta rantaian bekalan yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em><strong>Pusat data<\/strong><\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Lee Ting Han selaku Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia yang telah menyatakan bahawa Kerajaan Johor menolak 30% permohonan pusat data sejak lima bulan lalu, bagi melindungi sumber alam semula jadi. Ini isyarat yang betul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semasa membentangkan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan bahawa \u201cpelaburan pusat data tidak sepatutnya menjadi rebutan sekiranya ia tidak memberi nilai tambah kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan perkongsian kepakaran.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila pusat data mula berkembang sebagai satu industri beberapa tahun lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri telah mengambil langkah yang tepat untuk menggalakkan pertumbuhannya. Johor kini merupakan tapak pusat data yang paling penting di luar Amerika Syarikat dan China. Sektor ini boleh dianggap sudah matang. Pendekatan yang terbaik bagi kita sekarang adalah untuk bekerjasama dengan pemegang-pemegang taruh besar, termasuk para pengendali utama, bagi memastikan industri dapat berkembang secara mampan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya telah mengemukakan cadangan kepada para pengendali pusat data supaya menubuhkan sebuah persatuan bagi mengelakkan <em>\u201cspeculative build\u201d <\/em>atau pembinaan tanpa jaminan beliaan atau sewaan, dan memastikan semua pengendali dapat maju bersama tanpa perlu bersaing secara tidak sihat semata-mata untuk mendapatkan air dan elektrik, di mana kedua-dua sumber ini perlu dilindungi dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada idea asal Profesor Kuen Lee, kita bukan sahaja mahu melihat pertumbuhan pusat data tetapi juga lokalisasi peralatan pusat data, pelaburan dalam tenaga boleh baharu dan reklamasi sumber air, dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan \u2013 khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) dan dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI), walaupun pekerjaan tersebut bukan di tempat asalnya, boleh disediakan di Johor Bahru atau Kuala Lumpur. Kita perlu menggalakkan pelaburan yang melibatkan \u201ckeseluruhan rantaian bekalan\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Tatanan politik baru<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dua tahun lalu pada hari ini, iaitu 24 November, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Saya tertarik dengan kata-kata Menteri Besar sewaktu memberi ucapan Belanjawan 2025, iaitu \u201c<em>the stars have finally aligned in Johor\u2018s favour<\/em>\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita semua, iaitu para pemimpin yang berada di dalam Dewan ini dan juga di seluruh negara, berjaya melaksanakan apa yang kita rancangkan dengan baik dan tepat, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar akan mampu membawa Lonjakan Kedua Ekonomi untuk Malaysia, dan berkemungkinan akan bermula satu tatanan politik baru.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini oleh Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke, DAP tidak pernah meminta Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor. Bagi DAP, Kerajaan Johor sekarang ini yang ditubuhkan pada Mac 2022, iaitu sebelum pilihan raya umum November 2022, perlu terus kekal. Sebagai pihak pengimbang, DAP menyokong kepimpinan Menteri Besar YAB Dato\u2019 Onn Hafiz Ghazi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pilihan raya kecil Mahkota pada September lalu telah membuktikan kejayaan kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Johor. Jika kita dapat menemui satu formula yang baik untuk Johor, ia akan membuktikan bahawa Johor mampu menjadi asas kepada kestabilan negara. Pada pilihan raya umum ke-15, kalau dicampurkan semua sekali, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah memenangi 24 daripada kesemua 26 kerusi Parlimen di Johor. Kalau keputusan ini boleh diulangi, Johor akan menjadi asas kestabilan seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Johor juga bakal berkembang paling maju jika Malaysia berada di atas landasan yang betul, dan sekarang pun ekonomi Johor sedang menjadi perhatian dunia. Tahniah atas kepimpinan Menteri Besar Johor serta pasukannya, dan kepada Perdana Menteri serta pimpinan persekutuan, dan semua agensi serta institusi negeri dan persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peluang keemasan untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang hebat dan Malaysia sebuah negara yang gemilang hanya datang sekali dalam satu generasi (<em>once-in-a-generation opportunity<\/em>). Rebutlah peluang ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maju Johor, Rakyat Sejahtera.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sembah takzim daripada patik. Izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Dato\u2019 Onn Hafiz Ghazi yang telah membentangkan Belanjawan 2025 dengan tema \u201cMaju Johor, Rakyat Sejahtera\u201d. Saya telah pun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":22336,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[79,49,80,119],"tags":[],"class_list":["post-22334","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-johor","category-ekonomi","category-negara","category-sosial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22334","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22334"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22334\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24475,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22334\/revisions\/24475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22334"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22334"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22334"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}