{"id":22491,"date":"2024-12-31T14:22:57","date_gmt":"2024-12-31T06:22:57","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=22491"},"modified":"2025-01-08T09:36:58","modified_gmt":"2025-01-08T01:36:58","slug":"2024-tahun-menunaikan-harapan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2024\/12\/31\/2024-tahun-menunaikan-harapan\/","title":{"rendered":"2024: Tahun Menunaikan Harapan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahun 2024 merupakan tahun yang paling melegakan buat saya apabila dapat menyerahkan kepimpinan DAP Johor kepada rakan seperjuangan Sdri Teo Nie Ching sewaktu pemilihan parti peringkat negeri pada 6 Oktober lalu. Selepas satu dekad menerajui kepimpinan negeri, melepaskan jawatan secara sukarela memberi satu kepuasan buat diri saya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, saya gembira mendapat pengganti yang bersedia serta sanggup memikul tanggungjawab berat ini. Jawatan tidak memberi apa-apa makna jika kita gagal memimpin. Selamat berjaya buat Sdri Nie Ching dan pimpinan DAP Johor, dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pemimpin serta ahli atas sokongan yang mereka berikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC09661-1-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22508\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC09661-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC09661-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC09661-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC09661-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC09661-1-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada September tahun ini, saya meluangkan masa sekitar setengah bulan di Kluang, kawasan Parlimen yang pernah saya wakili, untuk melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Mahkota. Hari mengundi adalah 28 September. Calon Barisan Nasional-Pakatan Harapan, Sdr Syed Hussien Syed Abdullah, menang besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerjasama PH-BN ini membuktikan bahawa tanpa pertembungan sesama parti sahabat di Semenanjung pada pilihan raya umum nanti, peluang amat cerah untuk Kerajaan Perpaduan mengekalkan kuasa. Dan jika kerajaan ini yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu bertahan lebih sepenggal, ia dapat menonjolkan sebuah pentadbiran yang cemerlang sejak kerajaan Tun Razak pada dekad 1970-an. Ia juga bakal mewujudkan tatanan baharu untuk negara bagi dekad-dekad yang mendatang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Mahkota-finale-1-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22511\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Mahkota-finale-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Mahkota-finale-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Mahkota-finale-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Mahkota-finale-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Mahkota-finale-1.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahun ini juga mencatatkan kegembiraan apabila buku terbaru saya Second Takeoff mendapat sambutan baik daripada pembaca. Ia merupakan visi saya yang melihat Malaysia kini berpeluang untuk mencapai lonjakan ekonomi kedua sejak 1990-an serta mampu melahirkan masyarakat kelas pertengahan yang kukuh. Tentunya ini akan menjadikan negara kita lebih makmur dan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, saya bangga dapat berkhidmat bersama Tengku Zafrul Aziz, salah seorang menteri dinamik yang berpandangan jauh serta rela mendengar dan menimbang pelbagai pandangan sebelum membuat keputusan. Malah, sebagai Menteri MITI, beliau berani mencuba idea-idea baharu. Sebagai contoh, Laporan Jawatankuasa Bebas Omar Siddiq Mengenai Industri Besi dan Keluli telahpun siap dan akan menjadi panduan bagi mentransformasi industri besi dan keluli Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC02595-1-1024x576.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22514\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC02595-1-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC02595-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC02595-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC02595-1-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC02595-1-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya berharap agar lebih banyak kementerian mengundang tokoh-tokoh berkepakaran untuk mengkaji secara bebas dasar-dasar kerajaan. Hasil kajian mereka akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai pandangan dan cadangan. Pembaharuan sebegini penting kerana ada kata-kata yang menyebut bahawa &#8220;melakukan perkara yang sama berulang-ulang dengan mengharapkan perubahan adalah satu perbuatan yang tidak siuman&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri, atas nasihat Tengku Zafrul dan MITI, telah melancarkan Strategi Semikonduktor Nasional pada 28 Mei, menzahirkan kesungguhan kerajaan terhadap pengeluaran cip yang kini dimartabatkan sebagai sektor strategik negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC04890-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22474\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC04890-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC04890-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC04890-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC04890-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC04890-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam banyak lawatan ke kilang-kilang tahun ini, saya telah meluangkan masa tiga kali di sektor semikonduktor, dua kali di Pulau Pinang-Kulim, dan sekali di Selangor-Negeri Sembilan. Satu daripada lawatan tersebut melibatkan penyertaan ketua-ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Ini merupakan perkembangan baik kerana GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini komited untuk memajukan kemampuan serta teknologi Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita ingat melihat lebih banyak lokalisasi dalam program-program daripada pelaburan langsung asing (FDI) di samping meningkatkan hubungan menegak seperti menghubungkan industri semikonduktor dengan industri automotif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC07879-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22477\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC07879-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC07879-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC07879-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC07879-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC07879-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang rakan luar negara yang turut menyertai lawatan ke kilang memberitahu saya yang beliau sekarang mengetahui dan memahami dari mana datangnya keyakinan saya terhadap masa hadapan Malaysia. Saya ingin melihat Malaysia meletakkan kedudukannya di garis tengah dalam landskap teknologi global. Pada dekad yang akan datang, walaupun kita akui teknologi negara mungkin tidak standing dengan kecanggihan Amerika Syarikat, Eropah, China, Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan, kita sepatutnya berada betul-betul di bawah garis teknologi negara-negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peranan MITI merangkumi perdagangan antarabangsa. Saya gembira dapat melawat Brazil pada bulan Mei kerana apa yang dipelajari dan dikaji di sana telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri kita mengadakan kunjungan ke negara itu pada November lalu. Dua negara yang mewakili Selatan Global dapat manfaat bersama apabila mereka sedia bekerjasama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_4609-1024x768.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22517\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_4609-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_4609-300x225.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_4609-768x576.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_4609-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/IMG_4609-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya juga bangga dengan MITI yang telah bekerjasama dengan enam universiti swasta (INTI, HELP, Taylor\u2019s, UCSI, Monash Malaysia, dan Sunway) untuk menawarkan 12 Biasiswa Kerjasama Ekonomi Malaysia-Laos bagi pelajar-pelajar ijazah pertama Laos. Sememangnya Malaysia patut membantu negara-negara jiran yang sedang membangun dalam usaha membina kelompok bakat di rantau ini. Semoga Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 mampu membawa transformasi serantau yang bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perbincangan dengan rakan-rakan serta bakal-bakal pelabur dari China, saya menjelaskan bahawa kerjasama ekonomi di antara Malaysia dan China perlu difikirkan semasak-masaknya, khususnya bagi memastikan ia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Maksud saya, bakal-bakal pelabur perlu melihat Malaysia bukan sekadar sebuah kilang pengeluaran tetapi sebagai satu lokasi untuk korporat-korporat antarabangsa menubuhkan ibu pejabat serantau, dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/MITI0522-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22483\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/MITI0522-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/MITI0522-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/MITI0522-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/MITI0522-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/MITI0522-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, apabila melawat Shenzhen, China pada April lalu, saya menumpukan masa kunjungan untuk memahami dengan lebih mendalam peranan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Shenzhen, dan Bursa Saham Shenzhen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya juga telah mempopularkan kata-kata bahawa &#8220;Malaysia bukan Vietnam Plus yang hanya berjaya dalam sektor pembuatan kerana Malaysia sebenarnya adalah Singapura yang menawarkan diskaun&#8221; (Malaysia is not&nbsp; a Vietnam Plus, doing manufacturing better, but a Singapore at a discount). Apa yang saya maksudkan ialah para pelabur, termasuk dari Malaysia sendiri, perlu melihat Malaysia dari lensa yang baharu dengan memahami kemampuan dan potensi negara serta rakyatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila melihat dengan lensa baharu, kita akan ada perspektif baharu, seperti yang dicerminkan melalui peribahasa &#8220;ada rupa, ada harga&#8221;, iaitu harga barang perlu berpatutan manakala gaji pula mesti setimpal dengan pekerjaan. Apabila ada orang datang mengadu dengan saya tentang kononnya Malaysia tiada pekerja yang layak, saya segera memberitahu mereka: &#8220;Malaysia tidak ada masalah bakat, kita hanya ada masalah gaji&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"684\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC01822-1024x684.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22520\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC01822-1024x684.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC01822-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC01822-768x513.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC01822-1536x1026.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC01822-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang ada lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di Singapura kerana gaji di Malaysia terlalu rendah. Pada Mei,&nbsp; Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Johor telah menganjurkan satu ekspo pekerjaan yang unik. Keunikannya ialah syarat saya kepada semua syarikat yang menyertainya perlu menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji tidak kurang daripada RM3,500 sebulan. Dan mereka bersetuju.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sememangnya warga Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik dan adil. Jika syarikat-syarikat enggan membayar gaji yang setimpal, jangan salahkan rakyat Malaysia berhijrah ke Singapura untuk mencari nafkah hidup yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, saya tidak melihat Malaysia dan Singapura perlu sentiasa bersaing dalam semua bidang. Apabila dunia berubah daripada pendekatan rantaian bekalan \u201cjust-in-time\u201d kepada strategi bersiap sedia \u201cjust-in-case\u201d, dan apabila rantaian bekalan keluar dari China mencari destinasi baharu, Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk manfaat bersama. Dengan itu juga, saya menaruh harapan untuk kejayaan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Gelang-Patah-1-1024x768.jpg\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22523\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Gelang-Patah-1-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Gelang-Patah-1-300x225.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Gelang-Patah-1-768x576.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Gelang-Patah-1-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Gelang-Patah-1-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Awal tahun pada 25 Februari lalu, pasukan saya di Johor telah menganjurkan Pesta Gelang Patah 2024 yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. Ia bukan sahaja dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan tetapi juga mempamerkan rumah-rumah kedai lama yang dibina pada 1929 sebagai warisan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini pejabat saya bekerjasama dengan pemilik bangunan lama itu dalam usaha mengekalkan kawasan warisan tersebut. Pada 8 Februari 2025 nanti, Pesta Gelang Patah akan kembali lagi di Jalan Kacang Panjang, Gelang Patah. Anda jemput hadir beramai-ramai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC00691-1-1024x683.png\" alt=\"                                                                                                \" class=\"wp-image-22468\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC00691-1-1024x683.png 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC00691-1-300x200.png 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC00691-1-768x512.png 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC00691-1-1536x1024.png 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/DSC00691-1-2048x1365.png 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, bagi saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam kerajaan, tahun 2024 berjaya sekurang-kurangnya menunaikan harapan, menentukan arah serta melayari bahtera menuju matlamat Malaysia Madani. Sudah tentu banyak lagi yang perlu diusahakan dan dilaksanakan, bukan sahaja oleh para pemimpin kanan tetapi juga dengan sokongan serta kerjasama kita semua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memanglah Malaysia bukan sebuah negara yang sempurna sepenuhnya tetapi ia adalah tanah air kita bersama. Kita kini mempunyai satu peluang keemasan untuk membolehkan Malaysia mencapai lonjakan ekonomi kedua,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga tahun 2025 membawa pencapaian baharu yang memanfaat setiap warga Malaysia. Selamat Tahun Baru!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tahun 2024 merupakan tahun yang paling melegakan buat saya apabila dapat menyerahkan kepimpinan DAP Johor kepada rakan seperjuangan Sdri Teo Nie Ching sewaktu pemilihan parti peringkat negeri pada 6 Oktober lalu. Selepas satu dekad menerajui kepimpinan negeri, melepaskan jawatan secara sukarela memberi satu kepuasan buat diri saya. Malah, saya gembira mendapat pengganti yang bersedia serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":22559,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[80],"tags":[],"class_list":["post-22491","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22491","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22491"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22491\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22526,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22491\/revisions\/22526"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22559"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}