{"id":22736,"date":"2025-02-18T15:30:00","date_gmt":"2025-02-18T07:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=22736"},"modified":"2025-02-20T14:31:36","modified_gmt":"2025-02-20T06:31:36","slug":"memperkasa-kamar-khas-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2025\/02\/18\/memperkasa-kamar-khas-parlimen\/","title":{"rendered":"Memperkasa Kamar Khas Parlimen"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi pihak MITI, saya berada di Kamar Khas Parlimen untuk menjawab secara khusus persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hassan Karim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada kisah menarik tentang Kamar Khas ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila saya dipilih buat kali pertama sebagai Ahli Parlimen pada 2008, saya mendapati ucapan-ucapan semua Ahli Parlimen di dalam dewan utama Dewan Rakyat mengambil terlalu banyak masa membahaskan isu-isu tempatan. Walaupun saya tahu isu-isu ini penting kepada setiap Ahli Parlimen dan pengundi kawasan masing-masing, ia sebenarnya boleh dibahaskan dalam ruang lain yang lebih sesuai tanpa perlu mengambil masa ruang utama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06530-1-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                                                \" class=\"wp-image-22743\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06530-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06530-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06530-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06530-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06530-1-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu mekanisme Dewan pada masa itu adalah \u201cucapan penangguhan\u201d, iaitu dua ucapan oleh Ahli-Ahli Parlimen yang diadakan pada penghujung setiap sidang harian, dan ia akan dijawab oleh Menteri atau wakilnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, sebelum ini, persidangan Parlimen memakan masa yang lama sampai malam, malah sesetengahnya hingga tengah malam. Apabila sidang berakhir lewat, ucapan penangguhan menjadi beban untuk mereka yang terlibat. Dan tentunya, jika ia dilaksanakan lewat malam, hampir tiada orang di dalam Dewan untuk mendengarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Parlimen di Australia dan United Kingdom, selain dewan utama masing-masing, telah membuka ruang khas yang rasmi untuk perbincangan urusan Parlimen. Di Australia, ia digelar \u201cFederation Chamber\u201d manakala di UK ia adalah \u201cWestminster Hall debates\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06545-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                                                \" class=\"wp-image-22746\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06545-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06545-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06545-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06545-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06545-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 2016 sewaktu Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menjadi Speaker Parlimen berhadapan dengan pihak Eksekutif yang dilihatnya sebagai tidak begitu mempedulikan pentingnya peranan Parlimen, beliau telah mencadangkan penubuhan ruang khas bagi membolehkan Ahli-Ahli Parlimen membangkitkan isu-isu untuk dijawab oleh Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada mulanya ruang ini, iaitu Kamar Khas, agak terhad kerana hanya membenarkan dua ucapan sehari. Kini ia lebih anjal dengan membenarkan soalan-soalan tambahan Ahli Parlimen kepada Menteri untuk penjelasan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang lebih menarik, Speaker Parlimen sekarang Tan Sri Johari Abdul telah membenarkan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mempengerusikan sesi Kamar Khas bagi pihak Speaker. Sesi Kamar Khas yang saya hadir dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Padang Besar YB Rushdan bin Rusmi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06557-1024x683.jpg\" alt=\"                                                                                                                                \" class=\"wp-image-22749\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06557-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06557-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06557-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06557-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/JEC06557-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah sembilan tahun sesi Kamar Khas dilaksanakan. Saya berharap apabila kita menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada 16 Mei 2026, lebih banyak perbahasan dapat diadakan di ruang khas ini. Dengan itu, ruang utama Dewan Rakyat boleh menumpukan kepada isu-isu nasional, serantau dan antarabangsa manakala Kamar Khas yang menjadi tempat membahaskan isu-isu khusus, relevan dan setempat memberi cukup masa kepada setiap Ahli Parlimen yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Parlimen merupakan institusi penting yang sentiasa berkembang. Sepanjang 17 tahun bersama Parlimen, walaupun ada kalanya saya lihat proses perubahannya agak perlahan, saya tetap gembira kerana kita masih mampu meneruskan reformasi untuk menambah baik institusi demokratik ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan kesungguhan Kerajaan Perpaduan menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen dan akan membentangkannya tidak lama lagi, ia merupakan satu usaha yang baik bagi membolehkan Parlimen bukan sahaja diangkat martabatnya tetapi juga mempunyai kuasa sebenar dalam sistem demokrasi Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi pihak MITI, saya berada di Kamar Khas Parlimen untuk menjawab secara khusus persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hassan Karim. Ada kisah menarik tentang Kamar Khas ini. Apabila saya dipilih buat kali pertama sebagai Ahli Parlimen pada 2008, saya mendapati ucapan-ucapan semua Ahli Parlimen di dalam dewan utama Dewan Rakyat mengambil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":22737,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[1185,1179,1187,1181,1180,1178,210,422,468,1186,1184,1183,1182],"class_list":["post-22736","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-institusi","tag-ahli-parlimen-padang-besar","tag-ahli-parlimen-pasir-gudang","tag-akta-perkhidmatan-parlimen","tag-australia-2","tag-hassan-karim","tag-kamar-khas-parlimen","tag-kerajaan-perpaduan","tag-liew-chin-tong","tag-miti-2","tag-rushdan-bin-rusmi","tag-tan-sri-johari-abdul","tag-tan-sri-pandikar-amin-mulia","tag-united-kingdom-2"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22736"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22756,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22736\/revisions\/22756"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}