{"id":23113,"date":"2025-05-19T14:30:00","date_gmt":"2025-05-19T06:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=23113"},"modified":"2025-05-19T22:24:49","modified_gmt":"2025-05-19T14:24:49","slug":"ucapan-perbahasan-usul-menjunjung-kasih-atas-titah-diraja-dun-johor-oleh-adun-perling-liew-chin-tong-pada-19-mei-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2025\/05\/19\/ucapan-perbahasan-usul-menjunjung-kasih-atas-titah-diraja-dun-johor-oleh-adun-perling-liew-chin-tong-pada-19-mei-2025\/","title":{"rendered":"Ucapan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja DUN Johor oleh ADUN Perling, Liew Chin Tong pada 19 Mei 2025"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terima kasih kepada YB Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berdiri berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah DYAM Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>1.&nbsp;Tatanan ekonomi dan politik baharu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Titah DYAM Pemangku Sultan yang penuh berinspirasi menegaskan bahawa Baginda ingin terus melihat Johor berkembang maju untuk menjadi negeri yang harus dicontohi di Malaysia. Ini perlu dijadikan asas usaha kita semua di Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadaan perdagangan antarabangsa yang tidak menentu pada masa ini berikutan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mungkin membawa kesan negatif kepada Malaysia. Kerajaan Persekutuan, terutamanya MITI, sedang gigih berusaha menguruskan keadaan sebaik mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa yang sama, suasana global juga sedang mengalami satu momen yang penting, iaitu transisi orde ekonomi dan orde geopolitik daripada dunia unipolar kepada dunia multipolar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dahulu hanya Barat yang kaya, dan selepas pembubaran Soviet Union pada 1991, hanya Amerika Syarikat yang paling berpengaruh di seluruh dunia. Kini, keadaan semakin berubah apabila China, India, Timur Tengah, dan negara-negara <em>Global South <\/em>juga mempunyai pengaruh dan kekayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya beberapa tahun lalu, kita tidak menjangka transformasi ekonomi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Qatar berlaku dengan begitu cepat dan memberangsangkan, dan ini boleh menjadi teladan kepada kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Arab Saudi dan UAE sebagai negara-negara pengeluar minyak melabur begitu banyak dalam tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). UAE juga mempunyai pelaburan yang sangat tinggi dalam kecerdasan buatan (AI), jauh lebih besar daripada kita di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks dunia baharu, Malaysia harus beralih daripada menekankan identiti kita sebagai negara berdagang (trading nation) kepada negara teknologi (technology nation).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Era baharu Malaysia juga perlu beralih daripada hanya \u201cMade in Malaysia\u201d yang menjadi pengeluar peralatan tulen (OEM) kepada gergasi multinasional kepada \u201cMade by Malaysia\u201d yang dicipta dan dihasilkan dengan teknologi dan inovasi Malaysia oleh warga Malaysia sendiri. Ini akan membolehkan kita melahirkan syarikat-syarikat teknologi Malaysia yang mempunyai harta intelek sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya menyokong wawasan DYAM Pemangku Sultan bahawa Johor mampu bangkit dalam masa yang terdekat ini serta dicontohi negeri-negeri lain di Malaysia apabila Johor memimpin anjakan paradigma.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan ini juga, kita perlu terus gigih berusaha membangunkan negeri, dan mengurangkan politicking, seperti yang dititahkan oleh Tuanku, dan saya petik, \u201c<em>Saya turut ingin mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri bahawa sekarang bukan musim pilihan raya Johor.<\/em>\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dewan Johor hanya akan dibubarkan secara automatik pada 20 April 2027. Ini bermakna kita ada hampir dua tahun untuk memperkasakan tatanan baharu politik Perpaduan bagi menyokong kebangkitan dan transformasi ekonomi Johor dan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam dua tahun yang akan datang ini, jika kita menggembleng tenaga dan berganding bahu, Johor dan Malaysia dapat berkembang maju demi kesejahteraan rakyat walaupun terpaksa menghadapi ketidaktentuan global.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>2. Gaji dan pekerjaan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DYAM Pemangku Sultan bertitah bahawa \u201c<em>Dalam usaha kerajaan negeri untuk terus menarik pelaburan dan projek baharu, saya juga berharap keutamaan diberikan kepada rakyat Johor dalam soal peluang pekerjaan dan lebih banyak usaha dilakukan untuk mencipta lebih banyak pekerjaan khususnya pekerjaan bergaji tinggi. Pertumbuhan ekonomi Johor perlu dinikmati oleh semua rakyat Johor. Pendapatan rakyat Johor juga harus meningkat seiring untuk menampung kenaikan kos sara hidup.<\/em>\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti yang disebutkan tadi, titah Tuanku tentang perlunya anjakan paradigma harus disokong oleh kita semua. Isu kos sara hidup menjadi beban disebabkan gaji yang rendah sejak sekian lamanya. Fokus kerajaan adalah untuk menaikan gaji pekerja dan menjana transformasi ekonomi bagi membolehkan rakyat dan syarikat Malaysia dapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Buat kali pertama sejak tahun 2007, gaji pegawai dan kakitangan awam telah dinaikkan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Gaji minima ditetapkan pada RM1,700<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Pada bulan ini juga, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah menetapkan bahawa semua GLIC persekutuan akan membayar gaji kehidupan wajar (living wage) yang bermula dengan minima RM3,100 sebulan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita perlu berusaha mengurangkan penghijrahan rakyat Malaysia ke Singapura untuk bekerja di samping mengurangkan penggunaan tenaga kerja warga asing tanpa kemahiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya pernah dengar ada orang kata gaji tidak boleh naik jika tidak ditingkatkan. Ini hanyalah alasan kerana kajian Bank Negara telah menunjukkan bahawa produktiviti telah meningkat sejak 2019 tetapi tahap gaji tidak pula meningkat selaras dengannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, jika kita mengguna pakai automasi, AI, dan teknologi lain, kita boleh mengurangkan penggunaan tenaga kerja warga asing tanpa kemahiran dan sekali gus meningkatkan produktiviti. Ini bermakna bahawa apabila menerima pelaburan, penggunaan teknologi dan gaji setimpal untuk warga Malaysia mesti menjadi keutamaan. Dengan ini, saya juga berharap agar semua GLC di peringkat negeri seperti JCorp akan membayar \u201cliving wage\u201d bermula dengan RM3,100 kepada semua kakitangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahun lepas, pejabat saya telah menganjurkan karnival kerjaya di mana semua pempamer diwajibkan untuk menawarkan pekerjaan dengan gaji bulanan sekurang-kurangnya RM3,500. Saya akan meneruskan program tersebut pada bulan Ogos tahun ini, dan saya harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk mengenakan syarat tawaran gaji sama untuk pameran kerjaya dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>3.&nbsp; Tidak semua orang perlu membeli rumah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DYAM Pemangku Sultan bertitah bahawa \u201c\u2026<em>kemudahan tempat tinggal untuk Bangsa Johor juga menjadi keutamaan keluarga Diraja Johor sejak dahulu lagi.<\/em>\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks menjadikan Johor sebagai negeri kuasa ekonomi, kita memerlukan ramai warga Malaysia, terutamanya jurutera muda dan juruteknik berkemahiran tinggi. Kalau semua jurutera dan juruteknik kita tidak mahu bekerja di Johor kerana gaji di Singapura lebih tinggi, Johor tidak akan menjadi kuasa ekonomi besar yang mampu menghasilkan teknologi \u201cMade by Malaysia\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepatutnya, dasar perumahan di negara kita tidak harus ditentukan oleh pemaju tetapi tertakluk di bawah wawasan ekonomi kita. Dasar perumahan adalah untuk menyokong dasar ekonomi secara keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan Negeri, GLIC\/GLC, dan pemaju taman perindustrian perlu mewujudkan lebih banyak perumahan untuk disewa atau asrama berkualiti untuk pekerja warga Malaysia, termasuk jurutera dan juruteknik warga Malaysia, dan bukan lagi asrama bersifat tangkap muat untuk pekerja asing tidak berkemahiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun gaji di Singapura tinggi (termasuk atas faktor kadar tukaran wang), kos yang mahal untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura adalah sewa rumah. Sebenarnya jika kos perumahan untuk bekerja di Johor tidak tinggi, ramai akan memilih untuk bekerja di Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya telah melawat sekurang-kurangnya 150 rumah semasa banjir besar pada bulan Mac lalu, termasuk rumah-rumah setinggan di kawasan Perling dan Iskandar Puteri. Saya sedih kerana ramai yang bekerja di Johor, termasuk yang bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), tepaksa bermastautin dalam rumah setinggan kerana tidak ada rumah sesuai dengan kadar sewa berpatutan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masalah ini juga dialami ramai penjawat awam, termasuk polis yang bukan berasal dari Johor Bahru. Saya dimaklumkan bahawa IPD Iskandar Puteri mempunyai 750 pegawai dan anggota tetapi ia hanya ada 104 unit rumah kuarters untuk pegawai\/anggota. Ini bermakna 646 pegawai dan anggota lain terpaksa menyewa di luar jika mereka bukan anak jati Johor Bahru. Bagi mereka yang menyewa di luar, pegawai diberi elaun RM500 sebulan manakala anggota RM300 sebulan. Tetapi kita semua maklum bahawa elaun ini tidak mencukupi untuk menyewa rumah di Iskandar Puteri dan Greater Johor Bahru.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pegawai dan anggota agensi seperti Jabatan Imigresen, Bomba, dan Jabatan Penjara yang berkhidmat di Greater Johor Bahru turut menghadapi masalah yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mengatasi masalah ini, saya harap pemikiran bahawa setiap orang perlu menjadi pemilik rumah perlu diubah kerana rumah boleh diduduki dengan menyewa, khususnya di dalam kawasan bandaraya. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga perlu menerima hakikat bahawa majikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan perumahan pekerja mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya harap GLIC dan GLC seperti UEM, IIB dan JCorp, bersama dengan pemaju taman perindustrian, akan membina lebih banyak rumah untuk disewakan kepada jurutera, juruteknik dan penjawat awam bagi menjayakan usaha untuk membangkitkan ekonomi Johor. Pembinaan perumahan seperti ini boleh diberi galakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan, dan boleh dibiayai melalui skim REIT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>4. \u201cMencipta permintaan\u201d untuk peniaga pasar, pasar malam dan bazar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada hari Jumaat 16 Mei, saya hadir ke Program Pelancaran Insentif Khemah anjuran PUJB bersama Dato\u2019 Menteri Besar dan EXCO Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sebanyak 6,000 khemah telah disumbangkan kepada penjaja tahun ini, meningkat daripada 2,000 yang diberikan tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan Dewan yang mulia ini mengenai satu inisiatif berimpak tinggi yang lahir daripada keprihatinan terhadap dua perkara asas: tekanan kos sara hidup rakyat, dan keperluan untuk merancakkan semula ekonomi pasar awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersama ADUN Skudai, saya telah memperkenalkan Inisiatif Jom Beli di Pasar sebagai satu pendekatan berasaskan komuniti. Projek perintisnya dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina di Pasar Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), di mana RM40,000 diagihkan dalam bentuk baucar kepada 300 penerima (200 keluarga menerima baucar RM150 manakala 100 bujang menerima RM100) yang melibatkan 33 gerai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat kepada keberkesanan dan sambutan kepada program ini, ia diteruskan semasa Hari Raya Aidilfitri di Pasar Awam Taman Universiti dengan peruntukan RM30,000 untuk 200 penerima, masing-masing menerima RM100 (bujang) dan RM150 (keluarga) yang melibatkan 36 gerai. Program ini juga diperluaskan ke Pasar Awam Taman Perling, melibatkan agihan RM20,000 kepada 150 penerima dengan 31 gerai menerima manfaat daripada program ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, pejabat saya juga telah melaksanakan program Jom Beli Di Bazar di dua lokasi, iaitu Bazar Ramadan Taman Nusantara dan Bazar Ramadan Perling Mall. Kira-kira 100 penduduk telah menerima baucar sebanyak RM100 setiap seorang bagi meraikan perayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesannya, bukan sahaja rakyat dapat membeli barang keperluan perayaan dengan lebih bermaruah, malah peniaga kecil turut merasai limpahan ekonomi melalui usaha merancakkan semula ekonomi tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Impaknya bukan sahaja dilihat dari sudut kemampuan rakyat berbelanja, tetapi turut mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasar awam sebagai pusat ekonomi rakyat. Inisiatif ini mengangkat semula nilai pasar, bukan hanya sebagai tempat jual beli, tetapi sebagai ruang sosial, tempat interaksi, dan titik pertemuan pelbagai lapisan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya harap Kerajaan Negeri dapat beralih daripada pendekatan mengedar bakul makanan sahaja kepada pendekatan memberi baucar untuk membolehkan mereka yang memerlukan berbelanja dengan bermaruah di pasar, pasar malam dan bazar. Baucar juga boleh disalurkan melalui sistem e-wallet. Saya yakin pendekatan sebegini harus diperluas ke seluruh negeri Johor sebagai satu bentuk intervensi ekonomi komuniti yang bersasar, inklusif dan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>5. Pengurusan sisa pepejal<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DYAM Pemangku Sultan turut bertitah bahawa \u201c<em>Saya kesal apabila mendengar dan melihat sendiri apabila masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di dalam sungai baru-baru ini. Tingkah laku sebegini membebankan kerajaan yang terpaksa membelanjakan wang rakyat untuk kerja-kerja pembersihan\u2026<\/em>\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Negeri dan negara yang makmur perlu ada sistem pengurusan sampah yang efisien dan efektif dengan kos yang berpatutan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buat masa ini, sampah di kawasan Greater Johor Bahru hanya dapat diuruskan di Tapak Pelupusan Sampah di Seelong, Kulai, kerana TPS Tanjung Langsat, Pasir Gudang, akan mengakhiri perkhidmatannya pada hujung tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kontraktor pelupusan sisa dan pemandu lori sampah merungut bahawa kesesakan lalu lintas ke Seelong dan juga kesesakan di TPS Seelong, yang ada masanya memerlukan mereka beratur beberapa jam, mengakibatkan mereka hanya dapat menjalankan satu atau dua trip sehari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memandangkan aktiviti ekonomi di Zon Khas Ekonomi Johor Singapura (JSSEZ) akan terus meningkat, saya mencadangkan bahawa Kerajaan perlu:<\/p>\n\n\n\n<ol style=\"list-style-type:lower-alpha\" class=\"wp-block-list\">\n<li>Mewujudkan Stesen Pemindahan Sisa (transfer stations) di Greater Johor Bahru terutamanya di Iskandar Puteri. Transfer station ini juga boleh menjadi Kemudahan Perolehan Sumber (Material Recovery Facility) untuk membantu pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal.<\/li>\n\n\n\n<li>Mewujudkan Tapak Pelupusan Khas Sisa Pembinaan di Iskandar Puteri. Dengan tapak seperti ini, sisa pembinaan tidak perlu dihantar ke Seelong.<\/li>\n\n\n\n<li>Mewujudkan Fasiliti Pengurusan Sisa Berjadual di Greater Johor Bahru. Bagi mengurangkan kebergantungan fasiliti di Negeri Sembilan dan untuk melengkapi fasiliti di Pengerang, satu fasiliti Pengurusan Sisa Berjadual wajar diwujudkan di kawasan JSSEZ.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita maklum bahawa longgokan sampah merupakan salah satu sebab banjir berlaku di sebahagian tempat, malah ada juga tapak pembuangan sampah secara haram di kawasan bandar. Pengurusan sisa pepejal di Greater Johor Bahru\/JSSEZ memerlukan penambahbaikan dan perhatian daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya juga ingin mencadangkan bahawa kuasa penguatkuasaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya aktiviti penguatkuasaan boleh dijalankan dengan lebih berkesan di peringkat tempatan dengan menguna pakai tenaga kerja PBT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>6.&nbsp;Budaya penyelenggaraan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semalam, saya bersama YB Kota Iskandar membuat lawatan ke Jalan Jasa 60, Mutiara Rini, selepas dimaklumkan bahawa hakisan tanah dan tanah runtuh telah sampai tahap yang membahayakan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Exco Kerja Raya, Pegawai COO SAJ Ranhill, dan Pengurus Besar TNB kerana sudi memberi respons pantas selepas dihubungi. Saya dimaklumkan bahawa JCB juga sudah ada di tapak sejak semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi, pengajaran dari insiden ini dan banyak lagi insiden dan musibah yang berlaku di negeri kita adalah bahawa budaya penyelenggaraan sangat diperlukan. Langkah-langkah pencegahan (preemptive) adalah lebih penting daripada pengurusan selepas tragedi berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes Jalan Jasa 60 Mutiara Rini telah dimaklumkan kepada SAJ sejak bulan April tetapi SAJ mengambil masa untuk mengesan keadaan dan melantik kontraktor untuk membaiki cerun. Apabila tender diputuskan sebulan selepas kes ini dilaporkan, keadaan telah sampai tahap yang membahayakan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini hanya satu kes, sedangkan banyak lagi insiden melibatkan banyak agensi yang memiliki tanah atau aset-aset lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya harap satu unit koordinasi oleh Kerajaan Negeri ditubuhkan untuk memastikan semua cerun dan sungai dipantau dan diselenggarakan setiap masa supaya kejadian tanah runtuh dan banjir dikurangkan, dan risiko terhadap penduduk dikurangkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara kesimpulan, adalah menjadi harapan kita agar Johor dan Malaysia bangkit dalam tatanan dunia yang baharu dengan anjakan paradigma seperti mana yang dititahkan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Tatanan politik baharu Perpaduan adalah asas kemajuan dan kesejahteraan negeri dan negara kita.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terima kasih kepada YB Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berdiri berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah DYAM Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. 1.&nbsp;Tatanan ekonomi dan politik baharu Titah DYAM Pemangku Sultan yang penuh berinspirasi menegaskan bahawa Baginda ingin terus melihat Johor berkembang maju untuk menjadi negeri yang harus dicontohi di Malaysia. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":23114,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[1357,1348,1140,1342,431,1347,1343,1341,783,1353,1270,1350,1354,1359,1360,1365,1351,1362,422,1346,788,468,1364,1349,1356,1345,1355,1361,1300,1339,1363,1340,1358,1344,1352],"class_list":["post-23113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-johor","tag-adun-skudai","tag-ai-2","tag-amerika-syarikat","tag-arab-saudi","tag-china-2","tag-dyam-pemangku-sultan","tag-emiriah-arab-bersatu","tag-global-south-2","tag-greater-johor-bahru-2","tag-iib","tag-india-2","tag-iskandar-puteri-2","tag-jcorp-2","tag-jom-beli-di-bazar","tag-jom-beli-di-pasar","tag-jssez","tag-kota-iskandar","tag-kulai-2","tag-liew-chin-tong","tag-made-by-malaysia-2","tag-menteri-besar-johor","tag-miti-2","tag-pasir-gudang","tag-ptp-2","tag-pujb","tag-qatar","tag-reit","tag-seelong","tag-singapura","tag-soviet-union-2","tag-tanjung-langsat","tag-timur-tengah","tag-tuta","tag-uae-2","tag-uem"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23113"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23119,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23113\/revisions\/23119"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23114"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}