{"id":23810,"date":"2025-10-22T17:07:42","date_gmt":"2025-10-22T09:07:42","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=23810"},"modified":"2025-10-22T17:07:44","modified_gmt":"2025-10-22T09:07:44","slug":"strategi-pembangunan-industri-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2025\/10\/22\/strategi-pembangunan-industri-sabah\/","title":{"rendered":"Strategi Pembangunan Industri Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Tenom di atas persoalan dan cadangan yang telah dimajukan, yang menyentuh berkenaan perkara memperkukuh Sabah sebagai hab pelaburan strategik.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa bagi tahun 2024, Sabah telah merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam negara bernilai RM6.46 bilion, merangkumi sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan sektor utama. Pelaburan tersebut melibatkan sebanyak 151 projek, dan dijangka akan menjana sejumlah 2,165 peluang pekerjaan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 pula, jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi di Sabah adalah bernilai RM11.37 bilion, merangkumi sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan sektor utama. Pelaburan ini melibatkan 82 projek, dan dijangka akan menjana sejumlah 1,945 peluang pekerjaan baharu. Pelaburan terbesar bagi tempoh ini adalah dalam sektor produk logam asas yang menyumbang melebihi separuh daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sabah mempunyai potensi tinggi untuk lonjakan ekonomi <em>(economic leapfrog<\/em>) berasaskan strategi pembangunan yang holistik seperti mana yang digariskan dalam kerangka ekonomi negara dan dasar-dasar industri seperti Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (SIR 2035).\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerjasama erat antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan akan dapat menerajui inisiatif-inisiatif pembangunan di Sabah dengan visi\u00a0ekonomi yang berani dan jelas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07884-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23816\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07884-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07884-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07884-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07884-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07884-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Empat strategi utama digariskan untuk melonjakkan ekonomi Sabah:\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>1. Pembangunan infrastruktur moden\u00a0<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembangunan infrastruktur yang meliputi jalanraya, jambatan, lapangan terbang, pelabuhan, rangkaian keretapi, serta infrastruktur utiliti dan digital, adalah sangat penting untuk menarik lebih ramai pelabur dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya Sabah boleh berkembang maju.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Kerajaan MADANI telah menambah peruntukan pembangunan Sabah kepada RM6.9 bilion pada tahun 2025 bagi menaik taraf prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Tawau yang sedang dilaksanakan juga akan meningkatkan lagi daya tarikan Sabah sebagai destinasi pelaburan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk makluman, kerja-kerja naik taraf Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (Sapangar Bay Container Port &#8211; SBCP) telah diluluskan dan dijangka siap menjelang 2027 dan akan meningkatkan kapasiti tahunan daripada 500,000 TEU kepada 1.25 juta TEU. Projek ini juga termasuk pembinaan jalan khusus yang menghubungkan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Industrial Park &#8211; KKIP) dan Pelabuhan Sapangar untuk menyokong peningkatan jumlah trafik.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bawah Dana Menaiktaraf Infrastruktur Asas Bagi Taman Perindustrian pula, peruntukan telah disalurkan kepada kawasan-kawasan perindustrian di Sabah iaitu Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan Kawasan Perindustrian Kampung Patikang.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07895-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23819\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07895-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07895-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07895-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07895-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07895-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>2. Keperluan tenaga sebagai peneraju pelaburan tenaga bersih\u00a0<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cabaran kekurangan tenaga di Sabah sebenarnya merupakan satu peluang untuk memperluaskan peluang pelaburan sektor tenaga di wilayah tersebut. Kerajaan sedia untuk menyokong usaha penarikan pelaburan asing serta domestik dalam projek pembangunan hidroelektrik, solar, angin dan sistem bateri. Pelaburan dalam industri tenaga bersih seumpama sambil menyelam minum air kerana dapat memenuhi permintaan tenaga di wilayah tersebut di samping menjana pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan bagi warga Sabah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>3. Pelaburan dalam industri hijau\u00a0<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teknologi hijau amat penting untuk menjamin kemampanan masa hadapan supaya dapat menyelaraskan pembangunan perindustrian dengan pemeliharaan fungsi alam sekitar. Sabah merupakan satu-satunya wilayah di Malaysia yang tidak menggunakan arang batu sebagai sumber tenaga, menjadikan Sabah lebih \u201chijau\u201d berbanding dengan negeri-negeri lain ke arah mencapai sifar karbon.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selaras dengan usaha Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dalam industri hijau,<strong> <\/strong>Galakan Cukai Teknologi Hijau ditawarkan dengan pendekatan sistem tiering serta dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07988-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23822\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07988-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07988-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07988-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07988-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM07988-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>4. Strategi hiliran industri tempatan\u00a0<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sabah adalah pengeluar minyak sawit mentah yang terbesar di Malaysia. Jumlah besar pengeluaran minyak sawit ini membuka kemungkinan untuk membangunkan industri hiliran tempatan menggunakan biojisim sawit. Antaranya penjanaan tenaga boleh baharu dan pengeluaran produk tambah nilai seperti pelet, produk biokimia, baja dan biofuel.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Strategi hiliran juga boleh digunapakai bagi industri pertanian dan marin<strong> <\/strong>yang matang di Sabah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Juga ingin dimaklumkan bahawa Kerajaan MADANI, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan\u00a0Pelaburan Malaysia (MIDA) telah melaksanakan beberapa pendekatan secara spesifik untuk menarik pelaburan ke Sabah, antaranya:\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">a. Bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Invest Sabah Berhad (ISB), Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dan Koridor Ekonomi Wilayah Sabah (SDC)<strong> <\/strong>untuk menarik pelaburan asing ke Sabah. Ianya termasuk merangka strategi-strategi menarik pelaburan menerusi sesi libat urus bersama pelabur, serta mengkoordinasi sesi lawatan tapak bersama bakal pelabur;\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">b. Menyokong dasar utama pembangunan Sabah yang memberi fokus kepada tiga (3) teras utama iaitu pertanian, industri dan pelancongan. Industri utama yang telah dikenal pasti untuk dikembangkan adalah minyak dan gas, produk berasaskan hijau, pemprosesan makanan, peranti perubatan, biojisim hiliran, industri dalam ekosistem ekonomi biru, serta lain-lain industri yang berintensiti tenaga rendah. Industri keutamaan ini dipilih dan akan dikembang berdasarkan kelebihan daya saing yang ada di Sabah;\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">c. Pejabat MIDA Sabah juga turut memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pelaburan seiring dengan aspirasi Kerajaan Sabah menerusi keanggotaan sebagai ahli tetap kepada jawatankuasa dan mesyuarat berkaitan penggalakan pelaburan, iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian Sabah, Mesyuarat Bersama Menteri (Pasca Kabinet), Jawatankuasa Ekspatriat dan Pas Kerja Malaysia dan Jawatankuasa Pengendalian Permohonan Kuota Pekerja Asing;\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti yang digariskan dalam NIMP 2030, fokus utama MITI adalah untuk memastikan projek-projek pelaburan mendatangkan kesan limpahan ekonomi, antaranya menerusi:\u00a0<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Penciptaan peluang pekerjaan berkualiti tinggi dengan gaji yang berpatutan ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat;\u00a0<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Pembangunan ekosistem industri tempatan terutama apabila pelaburan yang dibawa masuk merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan serantau; dan\u00a0<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Pemindahan kemahiran bagi membangunkan bakat tempatan melalui kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi dalam melatih rakyat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri seperti program latihan industri (internship).\u00a0<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM08002-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23825\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM08002-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM08002-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM08002-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM08002-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/KEM08002-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                  <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (New Investment Incentive Framework &#8211; NIIF)&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain strategi dan pendekatan yang telah dijelaskan, pendekatan dalam bentuk pemberian insentif turut dilaksanakan. Melangkah ke hadapan, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan pendekatan reformasi terhadap mekanisme pemberian insentif cukai dengan memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (New Investment Incentive Framework &#8211; NIIF).\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">NIIF bertujuan menambah baik mekanisme penawaran insentif pelaburan sedia ada dengan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dan menyumbang kepada limpahan ekonomi. Selepas dilaksanakan kelak, NIIF turut akan memberi tumpuan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah melalui insentif-insentif bagi pelaburan di negeri atau wilayah kurang membangun di Malaysia seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan akan sentiasa mempergiatkan usaha merancakkan ekosistem dan daya tarikan Sabah sebagai destinasi pilihan pelabur. Dalam hal ini, kerjasama erat dengan Kerajaan Sabah adalah penting untuk meningkatkan tumpuan kepada usaha mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif dari segi infrastruktur, dasar pelaburan yang mesra pelabur\u00a0serta memahami sepenuhnya keperluan pelabur dalam melaksanakan projek pelaburan di Sabah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Jawapan saya mewakili MITI kepada pertanyaan kamar khas yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tenom pada 22 Oktober 2025<\/em>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Tenom di atas persoalan dan cadangan yang telah dimajukan, yang menyentuh berkenaan perkara memperkukuh Sabah sebagai hab pelaburan strategik.\u00a0 Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa bagi tahun 2024, Sabah telah merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam negara bernilai RM6.46 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":23813,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[188],"tags":[2109,2115,2120,2121,2114,1728,2118,1913,210,2097,2096,1500,2127,2107,2124,2106,2099,2100,2117,422,2098,1752,2126,2119,468,2094,2128,2130,2092,208,2110,2101,2108,2093,2091,2116,2122,2111,1869,1499,2102,2103,2125,2123,2095,2113,2105,2112,2104,473,2090],"class_list":["post-23810","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sabah-2","tag-dana-menaiktaraf-infrastruktur-asas-bagi-taman-perindustrian","tag-galakan-cukai-teknologi-hijau","tag-invest-sabah-berhad","tag-isb","tag-kawasan-perindustrian-kampung-patikang","tag-kementerian-pelaburan","tag-kementerian-pembangunan-perindustrian-dan-keusahawanan","tag-kerajaan-madani","tag-kerajaan-perpaduan","tag-kerajaan-persekutuan","tag-kerajaan-sabah","tag-kerangka-ekonomi-madani","tag-kerangka-insentif-pelaburan-baharu","tag-kkip","tag-koridor-ekonomi-wilayah-sabah","tag-kota-kinabalu-industrial-park","tag-lapangan-terbang-antarabangsa-kota-kinabalu","tag-lapangan-terbang-tawau","tag-lembaga-pembangunan-pelaburan-malaysia","tag-liew-chin-tong","tag-madani-2","tag-mida-2","tag-mida-sabah","tag-mide","tag-miti-2","tag-netr-2","tag-new-investment-incentive-framework-2","tag-niif","tag-nimp2030-2","tag-pakatan-harapan","tag-palm-oil-industrial-cluster-poic","tag-pelabuhan-kontena-teluk-sapangar","tag-pelabuhan-sapangar","tag-pelan-hala-tuju-peralihan-tenaga-negara","tag-pelan-induk-perindustrian-baharu","tag-perdagangan-dan-industri","tag-pihak-berkuasa-pembangunan-ekonomi-dan-pelaburan-sabah","tag-poic-lahad-datu","tag-prn-sabah","tag-sabah-3","tag-sapangar-bay-container-port","tag-sbcp","tag-sdc","tag-sedia","tag-sir-2035","tag-sogip","tag-taman-perindustrian-kota-kinabalu","tag-taman-perindustrian-minyak-dan-gas-sipitang","tag-teu","tag-timbalan-menteri-miti","tag-yb-tenom"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23810"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23828,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23810\/revisions\/23828"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23813"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}