{"id":24061,"date":"2025-12-16T17:05:09","date_gmt":"2025-12-16T09:05:09","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=24061"},"modified":"2025-12-30T17:18:43","modified_gmt":"2025-12-30T09:18:43","slug":"ai-untuk-produktiviti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2025\/12\/16\/ai-untuk-produktiviti\/","title":{"rendered":"AI Untuk Produktiviti"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Program AI untuk Produktiviti 2025. Program ini melambangkan kesungguhan kerajaan untuk memperkukuh ekosistem digital negara, meningkatkan keupayaan industri, dan mempercepat pertumbuhan produktiviti nasional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Laporan IMD World Competitiveness Ranking (WCR) 2025 menunjukkan Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 berbanding pada tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, terdapat beberapa indikator yang memerlukan tindakan lanjut. Antaranya kemahiran digital negara yang masih berada pada kedudukan ke-40, dan penggunaan teknologi digital oleh firma yang belum mencapai tahap optimum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk makluman semua, produktiviti pekerja negara telah meningkat sebanyak 2.4% pada tahun 2024, dengan nilai tambah per pekerja berjumlah RM99,265, berbanding RM96,914 pada tahun 2023. Kadar ini dikira berdasarkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibahagikan dengan bilangan pekerja semasa yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                              <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02326-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24068\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02326-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02326-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02326-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02326-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02326-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                                                <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita harus sedar bahawa peningkatan produktiviti negara sebenarnya tidak memuaskan. Menurut Laporan Pertubuhan Produktiviti Asian 2024, \u201cdari 2015 hingga 2022, produktiviti pekerja Asia berada pada kadar purata sebanyak 3.8% setahun, iaitu jatuh daripada 4.9% pada 2010-2015. Penggerak utama petumbuhan produktiviti yang pesat sepanjang 2005-2022 di Asia adalah China, Vietnam, Bangladesh, dan India\u201d. Produktiviti pekerja Malaysia sebanyak 2.4% itu tidak memuaskan berbanding 25 negara Asia yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita mesti sedar bahawa produktiviti meningkat kerana teknologi, dan bukan input buruh semata-mata. Kebergantungan syarikat Malaysia terhadap buruh asing tanpa kemahiran telah melembabkan peningkatan produktiviti pekerja. Adalah tidak adil untuk menyalahkan pekerja jika produktiviti meningkat perlahan kerana kita tahu teknologi dapat membantu peningkatan produktiviti. Malaysia memerlukan lonjakan <em>(leapfrog)<\/em> dan perubahan daripada fokus pada kos rendah sahaja kepada tumpuan pada kualiti tinggi<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Industri Malaysia perlu membuat perubahan dengan melabur dalam penggunaan AI dan teknologi lain untuk meningkatkan produktiviti Malaysia. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada buruh asing tidak berkemahiran yang murah untuk tidak melabur dalam penggunaan teknologi terkini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program AI untuk Produktiviti 2025 bertujuan memperkukuh perkongsian amalan terbaik industri, mengiktiraf syarikat yang berjaya menunjukkan potensi peningkatan kecekapan dan keuntungan melalui penggunaan AI, serta mengetengahkan syarikat-syarikat berprestasi tinggi ini sebagai model rujukan bagi mendorong lebih banyak organisasi menerapkan teknologi AI secara strategik dan berimpak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                              <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02342-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24071\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02342-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02342-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02342-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02342-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02342-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                              <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan melalui MPC telah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam mempercepat pertumbuhan produktiviti nasional. Sehingga kini, sebanyak 135 projek <em>Proof of Concept (PoC)<\/em> AI untuk Produktiviti telah berjaya direalisasikan, merangkumi automasi kilang, kecerdasan buatan dalam proses pengeluaran, pengoptimuman tenaga kerja, dan analitik pelanggan masa nyata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seiring dengan pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, kerajaan memberi tumpuan besar kepada pendigitalan dan penerimagunaan AI sebagai pemacu transformasi industri negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program AI untuk Produktiviti 2025 ini dirangka dengan tiga matlamat utama. Pertama, memperkukuh kompetensi tenaga kerja melalui kemahiran digital dan AI. Tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah prasyarat kepada kejayaan transformasi industri. Kedua, membantu syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana serta mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pemanfaatan data. Ketiga, mewujudkan budaya organisasi yang berteraskan inovasi, analitik dan penambahbaikan berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita kini berada di titik puncak atau \u201csweet spot\u201d berkaitan AI kerana AI kini lebih mudah diperolehi, lebih mampu dimiliki, dan lebih senang diguna pakai, berbanding dua tiga tahun lalu. Malaysia juga berada pada titik puncak kerana kita kini menjadi tumpuan serantau, kalau pun bukan perhatian dunia, berhubung pelaburan dalam AI dan infrastruktur data. Pada masa yang sama, di negara dan rantau lain, AI telah menggantikan banyak pekerjaan, dan ini menjadi punca kebimbangan sosial. Sebaliknya, di Malaysia kita mempunyai jutaan pekerja asing tidak berkemahiran yang tidak diperlukan lagi kerana kitab oleh menggantikannya dengan teknologi. Dengan itu, penerimagunaan AI memberi manfaat sosial kepada kita, asalkan manfaat itu bermakna ia menawarkan pekerjaan berkualiti dengan gaji yang lebih baik kepada warga Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                              <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02347-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24065\" srcset=\"https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02347-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02347-300x200.jpg 300w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02347-768x512.jpg 768w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02347-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/liewchintong.com\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/KEM02347-scaled.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">                                                                                                                              <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terima kasih kepada Nexus Produktiviti, dan berharap MPC serta agensi-agensi MITI, malah Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi dapat duduk bersama untuk membincangkan mengenai manfaat yang dapat diperolehi melalui lonjakan produktiviti sektoral.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya berharap agar MPC dapat mengikuti trend perkembangan terkini dan memastikan fungsinya kekal relevan dalam era baharu ini. Saya ingin melihat lebih banyak transformasi dalam MITI bersama agensinya, termasuk MPC. Ini adalah peluang keemasan untuk kita mentransformasikan peranan kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua pihak agar perlu berani melabur dalam teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti, bukan sahaja produktiviti pekerja tetapi juga industri, dan tidak terlalu bergantung kepada buruh asing yang tidak berkemahiran. Semoga ekonomi Malaysia terus berkembang maju demi kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan penuh penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, saya dengan sukacitanya merasmikan Program AI untuk Produktiviti 2025. Semoga program ini menjadi pemangkin utama kepada lonjakan produktiviti nasional serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju digital dan inovasi di rantau ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Ini merupakan ucapan perasmian saya bagi Program AI untuk Produktiviti 2025 yang diadakan pada 16 Disember 2025 (Selasa) di Glenmarie Hotel &amp; Golf Resort.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Program AI untuk Produktiviti 2025. Program ini melambangkan kesungguhan kerajaan untuk memperkukuh ekosistem digital negara, meningkatkan keupayaan industri, dan mempercepat pertumbuhan produktiviti nasional. Laporan IMD World Competitiveness Ranking (WCR) 2025 menunjukkan Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 berbanding pada tahun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":24062,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[1717],"tags":[1348,2338,2345,1299,431,2339,1270,2343,2341,2350,2349,210,2344,422,374,2337,2348,2347,208,1968,2346,473,1917,2340],"class_list":["post-24061","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dasar-dan-polisi","tag-ai-2","tag-ai-untuk-produktiviti","tag-asia-2","tag-bangladesh-2","tag-china-2","tag-imd-word-competitiveness-ranking-2025","tag-india-2","tag-kdnk","tag-keluaran-dalam-negara-kasar","tag-kementerian-ekonomi","tag-kementerian-kewangan","tag-kerajaan-perpaduan","tag-laporan-pertubuhan-produktiviti-asian-2024","tag-liew-chin-tong","tag-malaysia-2","tag-mpc-2","tag-nexus-produktiviti","tag-nimp-2030-2","tag-pakatan-harapan","tag-pelan-induk-perindustrian-baharu-2030","tag-proof-of-concept-poc","tag-timbalan-menteri-miti","tag-vietnam-2","tag-wcr-2025"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24061","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24061"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24061\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24074,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24061\/revisions\/24074"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24062"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24061"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24061"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24061"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}