{"id":24574,"date":"2026-05-22T18:17:36","date_gmt":"2026-05-22T10:17:36","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=24574"},"modified":"2026-05-26T18:19:28","modified_gmt":"2026-05-26T10:19:28","slug":"cara-menambah-baik-agihan-bantuan-kasih-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2026\/05\/22\/cara-menambah-baik-agihan-bantuan-kasih-johor\/","title":{"rendered":"Cara Menambah Baik Agihan Bantuan Kasih Johor"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baru-baru ini saya melihat pengagihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) oleh Kerajaan Negeri Johor telah menimbulkan masalah kepada penerima, khususnya warga emas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sini saya kemukakan tiga cadangan untuk menambah baik agihan BKJ:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pertama, salurkan bantuan tunai melalui bank<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008, setahun selepas itu Ketua Menteri pada ketika itu Sdr Lim Guan Eng melancarkan inisiatif bantuan tunai RM100 kepada setiap warga emas. Ketika itu cadangan pegawai untuk agihan lebih kurang sama seperti apa yang kita lihat di Johor sekarang, iaitu meminta warga emas datang sendiri ke lokasi tertentu untuk mengambil wang tunai dengan sesi bergambar dengan pemimpin politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Pulau Pinang pada masa itu, saya bimbang cara ini akan menyusahkan warga emas. Setelah berbincang dengan Ketua Menteri, saya ditugaskan membantu mencari penyelesaian yang lebih baik. Saya turut bertanya kepada pegawai bertugas mengenai aspek keselamatan berhubung proses pengagihan wang tunai bernilai ratusan ribu ringgit kepada penerima.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, Ketua Menteri memutuskan supaya bantuan tunai diagihkan terus melalui cawangan bank. Maybank yang memang mempunyai banyak cawangan memudahkan warga emas mengambil bantuan mengikut keselesaan mereka. Kemudian, proses ini ditambah baik lagi apabila bantuan tunai terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kerajaan Persekutuan Madani juga disalurkan secara terus ke dalam akaun penerima.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat menyalurkan bantuan tunai dengan lebih cekap sejak 2009, seeloknya Kerajaan Negeri Johor juga memanfaatkan teknologi dengan baik demi kesejahteraan Bangsa Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kedua, tidak manis jika warga emas dijadikan alat untuk \u201cphoto op\u201d<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lazimnya, warga emas mempunyai masalah untuk bergerak ke sana sini, dan ramai yang tidak ada pengangkutan. Untuk hadir ke lokasi majlis demi menerima bantuan RM200, mereka terpaksa meminta tolong ahli keluarga, kawan, atau jiran untuk menghantar mereka. Apabila mereka hadir ke lokasi, proses pengagihan haruslah lebih berkesan dan cepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kami menerima maklum balas daripada penduduk bahawa ada antara mereka bertolak seawal jam 7 pagi untuk hadir ke lokasi tetapi menunggu sehingga hampir jam 12 tengah hari sebelum majlis bermula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepatutnya pihak yang merancang program perlu bertimbang rasa dan ada belas kasihan terhadap warga emas bagi mengelakkan mereka menunggu berjam-jam hanya untuk acara rasmi atau sesi bergambar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang hampir 20 tahun saya berada di barisan hadapan politik, saya sentiasa cuba mengelakkan penerima bantuan, khususnya warga emas, dihimpunkan beramai-ramai serta tidak perlu beratur dan menunggu terlalu lama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ketiga, Kerajaan Negeri perlu memastikan siapa yang layak menerima BKJ serta bagaimana kelayakan disahkan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila kerajaan mahu mengagihkan bantuan tunai, siapa yang layak menerima dan bagaimana ia disalurkan merupakan isu dasar yang penting.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pengagihan BKJ kali ini, Kerajaan Negeri Johor berhadapan dengan banyak cabaran dari segi senarai penerima. Contohnya, apabila BKJ mahu disalurkan kepada pasangan warga emas, biasanya hanya ketua isi rumah tersenarai dan layak menerima bantuan sedangkan pasangan yang sepatutnya layak tiada dalam senarai kerajaan negeri. Ini menyebabkan banyak rayuan terpaksa dikemukakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan Negeri sepatutnya memastikan senarai penerima adalah lengkap sebelum melancarkan inisiatif ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, cara bantuan tunai diagihkan, bentuk pelaksanaannya, dan sama ada ia benar-benar mencapai sasaran untuk membantu golongan yang memerlukan &#8211; semuanya ini sudah mempunyai duluan kes atau precedent cases yang boleh dijadikan panduan. Semoga semua penerima BKJ, terutamanya warga emas, merasai manfaat bantuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini saya melihat pengagihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) oleh Kerajaan Negeri Johor telah menimbulkan masalah kepada penerima, khususnya warga emas. Di sini saya kemukakan tiga cadangan untuk menambah baik agihan BKJ: Pertama, salurkan bantuan tunai melalui bank Selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008, setahun selepas itu Ketua Menteri pada ketika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":24575,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[],"class_list":["post-24574","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-johor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24574","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24574"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24574\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24576,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24574\/revisions\/24576"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24575"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}