{"id":24771,"date":"2026-06-29T19:46:12","date_gmt":"2026-06-29T11:46:12","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=24771"},"modified":"2026-07-17T19:47:30","modified_gmt":"2026-07-17T11:47:30","slug":"undi-harapan-perling-gemilang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2026\/06\/29\/undi-harapan-perling-gemilang\/","title":{"rendered":"Undi HARAPAN, Perling Gemilang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya berbesar hati melancarkan bilik gerakan Pakatan Harapan bagi DUN Perling bersama Sdr Andrew Chen, Setiausaha DAP Johor yang juga calon Pakatan Harapan bagi DUN Stulang yang akan mempertahankan kerusinya. Ia menandakan bermulanya kempen pilihan raya negeri Johor secara rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bilik gerakan ini merupakan Pejabat ADUN saya dahulu. Pada PRN Johor 12 Mac 2022, saya telah dipilih sebagai ADUN Perling. Pada 20 Mac, Sdr Anthony Loke pula telah dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP pada kongres kebangsaan parti. Pada 1 April, Pejabat ADUN Perling menjadi pejabat khidmat wakil rakyat parti yang pertama di seluruh negara dirasmikan oleh Sdr Anthony dalam kedudukan baru beliau sebagai Setiausaha Agung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya mengenali Sdr Alan Tee Boon Tsong sekitar pilihan raya umum 2013. Ketika itu, teruja dengan perjuangan BERSIH, beliau mengambil keputusan untuk melibatkan diri bagi melatih PACA di seluruh Johor tanpa sebarang bayaran. Pada tahun yang sama, Sdr Lim Kit Siang, Sdri Teo Nie Ching, dan saya meninggalkan kerusi Parlimen kami, masing-masing di Perak, Selangor, dan Pulau Pinang untuk bertanding di Johor, dalam usaha membuka landskap politik baharu. Ketika itu Johor merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Sdr Alan pada masa itu merupakan salah seorang sukarelawan paling aktif yang bertugas dengan Sdri Nie Ching di kawasan Parlimen Kulai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada tahun 2016, selepas kembali bertugas daripada cuti sakit selama enam bulan, antara keutamaan saya ialah menarik bakat-bakat baharu menyertai parti. Saya melawat Sdr Alan di studio seninya di Kelapa Sawit, Kulai untuk menjemput beliau menyertai DAP. Pada masa itu, beliau merupakan guru seni, malah sehingga sekarang beliau adalah seorang pelukis yang berbakat. Saya berkata kepadanya, \u201cJika saudara mahu mengubah negara, saudara perlu bermula dengan dasar awam, dan cara untuk melibatkan diri secara langsung adalah dengan berada di barisan hadapan politik.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau merupakan antara pemimpin DAP Johor yang paling bersemangat serta rajin. Sama ada dalam kerja memberi bantuan pasca-bencana, kempen pilihan raya atau pembinaan parti, beliau sentiasa melibatkan diri secara aktif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada tahun 2018, beliau dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di DUN Senai dan berjaya memenangi kerusi tersebut. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau giat dalam usaha rejuvenasi bandar, menggalakkan penjagaan alam sekitar dan pengurusan sisa, serta memberi tumpuan kepada isu perumahan, pekerjaan belia, dan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PRN Johor 2022 yang diadakan di penghujung pandemik Covid-19 merupakan pilihan raya yang mencabar bagi DAP dan Pakatan Harapan. Berdasarkan penilaian ketika itu, kami berkemungkinan besar akan kehilangan kerusi DUN Yong Peng. Namun begitu, Sdr Alan dengan beraninya meninggalkan kerusi DUN Senai yang lebih selamat untuk memikul tugas yang lebih sukar mempertahankan Yong Peng. Malangnya, disebabkan sempadan negara masih ditutup selepas pandemik yang menyebabkan kadar keluar mengundi menjadi sangat rendah, beliau tewas di Yong Peng.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, kekalahan di Yong Peng tidak melemahkan semangatnya. Beliau terus berkhidmat menjadi setiausaha politik saya, giat melibatkan diri dalam khidmat rakyat dan reformasi politik, khususnya membantu saya menguruskan Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Pejabat ADUN Perling. Atas sebab inilah, sepanjang empat tahun lalu, tugas dan khidmatnya di Johor Bahru membolehkan beliau memahami isi hati serta keperluan rakyat Perling.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sdr Alan merupakan seorang pemimpin yang mudah mesra, senang didekati, serta sentiasa mengambil berat terhadap keperluan rakyat, perancangan bandar, dan pembinaan komuniti. Beliau mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyelesaikan pelbagai isu dasar dan masalah rakyat yang kompleks.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya yakin Sdr Alan Tee Boon Tsong akan melaksanakan yang terbaik apabila dipilih sebagai ADUN Perling. Semoga para pengundi Perling memberi sokongan penuh kepada beliau untuk mengembalikannya ke Dewan Negeri Johor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya berbesar hati melancarkan bilik gerakan Pakatan Harapan bagi DUN Perling bersama Sdr Andrew Chen, Setiausaha DAP Johor yang juga calon Pakatan Harapan bagi DUN Stulang yang akan mempertahankan kerusinya. Ia menandakan bermulanya kempen pilihan raya negeri Johor secara rasmi. Bilik gerakan ini merupakan Pejabat ADUN saya dahulu. Pada PRN Johor 12 Mac 2022, saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":24772,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[122],"tags":[],"class_list":["post-24771","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24771","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24771"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24771\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24773,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24771\/revisions\/24773"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}