{"id":24792,"date":"2026-07-09T20:01:35","date_gmt":"2026-07-09T12:01:35","guid":{"rendered":"https:\/\/liewchintong.com\/?p=24792"},"modified":"2026-07-17T20:41:43","modified_gmt":"2026-07-17T12:41:43","slug":"implikasi-1mdb-kepada-rakyat-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/2026\/07\/09\/implikasi-1mdb-kepada-rakyat-malaysia\/","title":{"rendered":"Implikasi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Soalan mengenai 1MDB yang dikemukakan kepada saya di Parlimen oleh Ahli Parlimen Stampin Sdr Chong Chieng Jen bukan sahaja menarik, malah amat penting sekali. Dalam soalan tambahannya, beliau bertanya sama ada kos negara menanggung kerugian akibat skandal 1MDB akan bertambah jika tiada perubahan kerajaan pada tahun 2018.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapan saya:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama, jumlah kos 1MDB adalah RM51.4 bilion. Jika tiada perubahan kerajaan pada 2018, ia bererti pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal, dan tidak akan berbuat apa-apa tentang skandal tersebut. Ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung kos sekurang-kurangnya RM51.4 billion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, pada masa ini, melalui usaha gigih Perbendaharaan serta banyak pihak lain yang menggembleng segala tenaga dan masa profesional mereka sejak 2018, aset bernilai RM31.3 bilion telah Berjaya diperolehi semula. Namun, baki RM20.1 bilion lagi mungkin tidak akan dapat ditemui lagi. Ini bermakna kerugian yang amat besar yang perlu ditanggung oleh semua rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, kos melepas. Jika skandal 1MDB tidak berlaku, segala usaha termasuk kos kepakaran perundangan dan kewangan tidak akan dibazirkan untuk mencari aset yang hilang. Lebih penting lagi, jika wang tersebut tidak dicuri, ia boleh digunakan untuk banyak program yang memanfaatkan rakyat, dan kerajaan tidak perlu membuang masa, tenaga, dan wang untuk menangani skandal mega ini. Sebagai contoh, pada Mac 2023, Kerajaan Madani terpaksa membelanjakan RM13 bilion daripada Belanjawan Pembangunan Malaysia semata-mata untuk membayar bon bernilai USD3 bilion yang dijamin oleh Kerajaan sebelum itu. Jumlah itu adalah 13.1% daripada keseluruhan Perbelanjaan Pembangunan 2023.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keempat, kos maruah. Selama satu dekad lamanya Malaysia menjadi tajuk utama berita antarabangsa, namun ia merupakan berita buruk tentang skandal 1MDB yang memalukan kita semua. Ramai warga Malaysia yang berada di luar negara atau yang perlu mengadakan pertemuan dengan pelabur asing di Malaysia terpaksa menanggung malu kerana skandal tersebut. Hanya apabila Kerajaan Madani pimpinan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa, barulah imej buruk negara dapat dipulihkan semula. Kini dunia menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang berwibawa dan bermaruah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Soalan mengenai 1MDB yang dikemukakan kepada saya di Parlimen oleh Ahli Parlimen Stampin Sdr Chong Chieng Jen bukan sahaja menarik, malah amat penting sekali. Dalam soalan tambahannya, beliau bertanya sama ada kos negara menanggung kerugian akibat skandal 1MDB akan bertambah jika tiada perubahan kerajaan pada tahun 2018. Jawapan saya: Pertama, jumlah kos 1MDB adalah RM51.4 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":24793,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"inline_featured_image":false,"footnotes":""},"categories":[80],"tags":[],"class_list":["post-24792","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24792","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24792"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24792\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24794,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24792\/revisions\/24794"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24793"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24792"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24792"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/liewchintong.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24792"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}