
Liew: Penyiasatan Kebakaran Kapal Pendarat Seri KD Inderapura
Kementerian Pertahanan telah mengesahkan bahawa Seri KD Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut pada pagi ini.
Kebakaran juga pernah berlaku di KD Seri Inderapura pada bulan Disember 2002, ketika kapal tersebut berlabuh di Lumut. Bahagian jambatan dan kapal dek KD Seri Inderapura telah rosak dalam kebakaran tersebut.
KD Seri Inderapura yang telah diguna selama 39-tahun, dibeli oleh Kerajaan Malaysia pada 1994 daripada Amerika Syarikat dengan harga belian sebanyak RM53 juta. Dan menjalani pembaikan refit ke atas kapal tersebut dengan kosnye sebanyak RM54.45 juta.
Saya minta Kementerian Pertahanan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat kebakaran KD Seri Inderapura di Lumut, serta menjelaskan perkara tersebut sambil melaporkan perkembangan kapal tersebut di Parlimen.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·